Rawatan Untuk Orang Yang Tidur Berdengkur



Ramai beranggapan berdengkur ketika tidur disebabkan seseorang itu mendapat tidur yang nyenyak namun ia tidak tepat. Dengkuran sebenarnya berlaku apabila udara tidak dapat bergerak secara bebas melalui hidung, kerongkong, tekak atau saluran pernafasan semasa tidur.


Rawatan Untuk Orang Yang Tidur Berdengkur
Credit Pic : SUMBER
Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong yang menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul pada seseorang itu.

Rawatan Untuk Orang Yang Tidur Berdengkur
Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.

Punca BerdengkurMenurut Dr Jaswine, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Selain masalah sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran seseorang.

Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alkohol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

“Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat,” katanya.

Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralkohol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.

Tambahnya, berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.

“Oleh itu kanak-kanak yang kronik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal,” katanya.

Rawatan Untuk DengkurDengkuran yang serius perlu dirawat kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).

Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi.

Terdapat rawatan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak membabitkan risiko pembedahan.

“Sebelum melakukan rawatan keadaan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu. Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.

Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran,” katanya.

Tambah Jaswine lagi, rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut.

“Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud dengkuran,” katanya.

Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.

Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesakit akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak.

“Rawatan ini juga tidak menyakitkan, mudah dan selamat. Tiada masa pemulihan dan pesakit tidak perlu memakai alat ketika tidur. Apa yang penting selepas rawatan pesakit dinasihatkan minum banyak air bagi mengurangkan rasa kering,” katanya.


SUMBER


Baca Juga : Waktu Terbaik Menasihati Anak-Anak Yang Degil



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/08/rawatan-untuk-orang-yang-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miliki Pikiran Positif Bisa Buat Kamu Tidur Lebih Lama Dan Berkualitas

Miliki Pikiran Positif Bisa Buat Kamu Tidur Lebih Lama Dan Berkualitas

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 176 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa seseorang yang optimis cenderung memiliki tidur yang lebih baik Hal ini diketahui melalui hasil penelitian yang dipublikasikan pada jurnal Behavioral Medicine
Askar Makan Tidur Koon Yiew Yin Jangan Biadab

Askar Makan Tidur Koon Yiew Yin Jangan Biadab

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 393 hits
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI14 AUGUST 2019SAYA merasakan sudah sampai masanya Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang mencetuskan keadaan tidak tenteram di dalam negara terutamanya memba...
Bila Tidur Seperti Ada Yang Memerhati Anak Beranak Diganggu Benda Yang Menumpang Dalam Patung Dibeli Dari Sarawak

Bila Tidur Seperti Ada Yang Memerhati Anak Beranak Diganggu Benda Yang Menumpang Dalam Patung Dibeli Dari Sarawak

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 332 hits
The ReporterSemenjak pulang dari Sarawak wanita ini mendakwa dia dan keluarganya diganggu oleh benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat merasa kehadiran benda itu di kediamannya Pelbagai petanda yang ditunjukkan dan ana...
Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 523 hits
Hina Tentera Kurang Ajar Lucut Kerakyatan AP Pasir MasAskar hanya tidur makan Koon Yew Yin kurang ajarSAYA membaca tulisan seorang taikun besar yang pernah mengaku menderma kepada PH Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar perkhidmatan awam...
Empat Perkara Sebelum Tidur

Empat Perkara Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 336 hits
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra Ya Aisyah Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu 1 Sebelum khatam al Quran 2 Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat 3 Sebelum para muslimin meredhai engkau...
Puting Tak Gerenti Diamkan Bayi Kuat Menangis Susah Tidur Ini Ramai Silap

Puting Tak Gerenti Diamkan Bayi Kuat Menangis Susah Tidur Ini Ramai Silap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 313 hits
Babysitter anak minta belikan puting sebab anak saya kuat menangis dan susah tidur Patut ke saya beli Ini antara luahan ibu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu dan belum ada apa apa pengalaman membesarkan anak Menurut Konsultan Tan...
Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 802 hits
Saya tahu Koon Yew Yin ini adalah kawan baik dengan pemimpin PH Saya faham kamu juga adalah penderma dana politik kepada mereka Tapi kenyataan seperti ini sudah keterlaluan dan merupakan satu penghinaan serious kepada seluruh pasukan kesela...
Askar Hanya Makan Tidur

Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 592 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bagaimana cuti sekolah anda harap semua baik baik belaka Di kawasan Naim sekarang sedang hujan lebat bagaimana tempat anda semoga sentiasa ok ya Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muha...
6 Manfaat Yang Bisa Kamu Peroleh Dari Kebiasaan Tidur Lebih Cepat

6 Manfaat Yang Bisa Kamu Peroleh Dari Kebiasaan Tidur Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 165 hits
Bangun dan tidur lebih awal pada seseorang ini bisa memberi manfaat yang lebih baik pada kesehatan mental dan fisik seseorang Selain menyehatkan kebiasaan ini juga bisa membuatmu lebih produktif dan meningkatkan kapasitas tubuh secara kuat
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn