Rawatan Muntah Perlu Tahu Punca Penyebab Muntah


Muntah adalah keadaan penyingkiran isi kandungan dalam perut melalui mulut secara sengaja atau tidak sengaja


Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala yang boleh berlaku disebabkan pelbagai jenis penyakit dan keadaan lain. 
Antara sebab-sebab biasa muntah berlaku adalah: mengandung, mabuk perjalanan, masalah dalam telinga,migrain, kesan sampingan kemoterapi kesan sampingan ubat-ubat tertentu

 Muntah juga boleh disebabkan oleh keadaan lain seperti kecederaan di bahagian kepala, jangkitan kuman atau virus, keracunan makanan, penyakit berkaitan usus dan sebagainya. 
Selain itu, pesakit perlu cakna dengan komplikasi muntah iaitu dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti bibir atau mulut kering, kurang kencing, mata cengkung, denyutan jantung laju dan kurang air mata ketika menangis (bagi bayi)

 Dehidrasi yang teruk boleh membawa komplikasi yang berbahaya seperti kegagalan buah pinggang.
Pesakit dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran sekiranya mengalami tanda-tanda bahaya muntah seperti: muntah berterusan, muntah disertai demam, muntah selepas kecederaan di kepala,muntah berdarah / kehijauan,muntah disertai tanda-tanda kekeliruan atau sukar bernafas. 

Pesakit tidak digalakkan untuk merawat sendiri muntah kerana rawatan muntah adalah bergantung kepada puncanya. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat supaya kesan rawatan yang optimum dicapai


Rawatan muntah
Terdapat beberapa jenis ubat muntah untuk punca muntah yang berbeza-beza. Berikut ialah contoh-contoh muntah yang kerap berlaku dan rawatan yang sesuai:

Muntah ketika mengandung
Ubat tahan muntah (anti-emetic drug) yang sering digunakan ialah meclozine & pyridoxine atau metoclopramide. Muntah yang berpanjangan ketika hamil juga mungkin perlu dirawat di dalam wad dengan rawatan gantian cecair dan elektrolit



Muntah disebabkan rawatan kemoterapi
Muntah ialah kesan sampingan yang biasa bagi sesetengah rawatan kemoterapi kanser. Bergantung kepada jenis kemoterapi, terdapat sesetengah pesakit dewasa yang dibekalkan dengan ubat dexamethasone dan metoclopramide untuk mencegah muntah yang disebabkan oleh rawatan kemoterapi.  


Muntah akibat mabuk perjalanan
Mabuk perjalanan disebabkan oleh kecelaruan otak dalam mentafsir rangsangan daripada mata, telinga dan pergerakan badan akibat perjalanan yang berliku-liku. Untuk mengelakkan situasi ini, ubat muntah perlu diambil sebelum memulakan perjalanan

Namun begitu, kebanyakan jenis ubat muntah boleh menyebabkan kesan mengantuk dan tidak sesuai untuk diambil oleh individu yang akan memandu kenderaan. 
Walaupun sesetengah ubat muntah boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, pesakit dinasihati untuk berbincang dengan ahli farmasi berkaitan gejala dan arahan pengambilan ubat tersebut supaya kesan rawatan yang optimum diperoleh



Muntah di kalangan kanak-kanak
Kebanyakan ubat muntah tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti kesukaran bernafas

Kanak-kanak yang mengalami muntah hendaklah dirujuk kepada doktor supaya punca muntah dikenal pasti dan rawatan yang sesuai dapat diberikan


Tip Mengelakkan Muntah
Selain mengambil ubat muntah, langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah;
-Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
-Elakkan mengambil makanan pedas atau berminyak
-Elakkan makanan yang sukar dicerna jika muntah belum reda
-Makan secara perlahan-lahan
-Berehat selepas makan dengan keadaan kepala lebih tinggi daripada perut. 
Kesimpulannya, muntah ialah gejala yang disebabkan oleh pelbagai keadaan dan rawatannya adalah berasaskan punca. Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan dalam rawatan muntah, namun tidak semuanya sesuai untuk kanak-kanak. Pesakit dinasihati untuk berjumpa dengan doktor apabila mengalami gejala muntah supaya rawatan yang sesuai diberikan berdasarkan punca penyakit

Moga bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/12/rawatan-muntah-petua-muntah-punca-muntah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Slipped Disc Maksud Lengkap Punca Cara Atasi Claim Perkeso

Slipped Disc Maksud Lengkap Punca Cara Atasi Claim Perkeso

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 510 hits
Slipped Disc Maksud Lengkap Punca Cara Atasi Claim Perkeso Sekarang ramai orang dapat sakit slipped disc Tahu tak tentang sakit slipped disc ni Okay untuk pengetahuan slipped disc adalah sakit tulang belakang dan waktu ini bukan hanya warga...
Protected Penggunaan Puting Yang Salah Punca Gigi Rongak Ini Ciri Ciri Pacifier Yang Bagus Amp Selamat Untuk Si Manja

Protected Penggunaan Puting Yang Salah Punca Gigi Rongak Ini Ciri Ciri Pacifier Yang Bagus Amp Selamat Untuk Si Manja

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 592 hits
unable to retrieve full text content There is no excerpt because this is a protected post The post Protected Penggunaan Puting Yang Salah Punca Gigi Rongak Ini Ciri Ciri Pacifier Yang Bagus 038 Selamat Untuk Si Manja appeared first on theAs...
Ini Penyebab Kecelakaan Bus Kramat Djati Di Tol Kalikangkung

Ini Penyebab Kecelakaan Bus Kramat Djati Di Tol Kalikangkung

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 167 hits
Sopir sendiri diketahui melaju dengan kecepatan 70 kilometer per jam berada dalam gigi lima
Kakorlantas Pelanggaran Over Dimension And Over Load Penyebab Kecelakaan Menonjol

Kakorlantas Pelanggaran Over Dimension And Over Load Penyebab Kecelakaan Menonjol

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 190 hits
Istiono mengatakan polisi melakukan penegakan hukum tersebut untuk menjamin keselamatan di jalan serta kelancaran lalu lintas dan arus barang
Menjamurnya Ustadz Gadungan Penyebab Umat Mabuk Agama

Menjamurnya Ustadz Gadungan Penyebab Umat Mabuk Agama

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 308 hits
Oleh KH Ahmad IshomuddinSaya membaca satu ayat al Qur an atau hadits Nabi terkadang butuh waktu lama untuk bisa memahami dengan benar makna maknanya sehingga oleh karena takut salah memahami baik arti makna dan maksudnya saya perlu menelaah...
Trading Forex Malaysia Punca Buat Duit Dengan Ini Haram

Trading Forex Malaysia Punca Buat Duit Dengan Ini Haram

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 970 hits
SOURCE appeared first on Trading Forex Malaysia Punca Buat Duit Dengan Ini HARAM Kami pasti anda masuk ke halaman ini adalah kerana anda sedang cari peluang peluang untuk buat duit dengan forex Malaysia Ada sering mendengar di Youtube ramai...
Punca Anak Susah Tidur Malam Tips Agar Anak Mudah Tidur

Punca Anak Susah Tidur Malam Tips Agar Anak Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 594 hits
AssalamualaikumBismillahAda beberapa sebab yang menyebabkan anak susah hendak tidur malam Antaranya ialah 1 Tidur itu membosankanAnak anak merasakan bahawa aktiviti tidur adalah suatu perkara yang membosankan Secara semula jadinya kanak kan...
Buasir Otak Tv Punca Gagal Temuduga Kerja

Buasir Otak Tv Punca Gagal Temuduga Kerja

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 558 hits
Jangan buat macam ini kalau tak mahu gagal temuduga kerja Jom tonton video animasi ini
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal