Punca Anak Susah Tidur Malam Tips Agar Anak Mudah Tidur


AssalamualaikumBismillah
Ada beberapa sebab yang menyebabkan anak susah hendak tidur malam. Antaranya ialah :
1. Tidur itu membosankanAnak-anak merasakan bahawa aktiviti tidur adalah suatu perkara yang membosankan. Secara semula jadinya kanak-kanak suka bermain. Oleh itu, apabila ibu bapa menyuruh anak-anak untuk tidur, mereka mempunyai kesukaran untuk tidur kerana belum puas untuk bermain dan berasa bahawa tidur suatu yang boring. 
2. Tidur bersendirian/berasingan dengan ibu bapaAda ibu bapa yang biasakan anak-anak untuk tidur berasingan menyebabkan anak-anak sukar untuk tidur.  Biasanya orang barat mengamalkan budaya mengasingkan anak-anak daripada ibu bapa semasa tidur. 
3. Bilik yang gelapAnak-anak biasanya tidak selesa tidur di dalam bilik yang terlalu gelap. Ibarat tiada elektrik kat rumah gitu. Ia membuatkan mereka berasa cemas terutama apabila tidur sendirian.

4. Tabiat membaca atau menonton sesuatu yang menakutkanIbu bapa yang sering membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur seperti cerita seram membuatkan anak sukar untuk tidur malam. Ibu bapa yang menonton filem seram pada waktu malam terutama sebelum tidur juga akan menyukarkan anak-anak untuk tidur malam. 
5. Waktu tidur yang salahWaktu tidur yang kurang sesuai juga menjejaskan masa dan rutin tidur anak. Misalnya, ibu bapa yang kerap tidur lewat malam akan menyebabkan anak-anak juga mempunyai tabiat yang sama iaitu kerap tidur lewat. 
6. Kerap menonton TV sehingga lewat malamIbu bapa yang kerap membiarkan anak-anak untuk menonton tv sehingga lewat malam juga akan menjejaskan waktu tidur anak. 
7. Stress/TekananBukan ibu bapa sahaja yang tahu stress. Anak-anak pun berhadapan dengan tekanan juga. Contohnya, tekanan sebab kerja rumah tak siap, esok pula nak hantar. Kalau tak hantar atau siap nanti kena denda. Selain itu, tekanan dan risau sebab nak peperiksaan, terutama kepada anak-anak yang berhadapan dengan peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, & SPM. Sebab yang lain boleh jadi juga anak-anak mempunyai masalah dengan kawan-kawan di sekolah. 
8. Kerap tidur lewat petangInipun faktor yang menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Hal ini kerana anak-anak telah tidur pada waktu petang menyebabkan mereka berjaga tengah malam

9. Kurang tidurTidur yang tidak cukup juga akan menjejaskan perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Oleh itu pentingnya untuk anak-anak mempunyai pola tidur yang teratur. 
10. Tabiat perlu bantuan sebelum tidurMisalnya perlu dibuai atau didukung sebelum tidur. Kalau tak dodoi anak tak tidur. Ataupun anak-anak yang merengek nak tengok handphone dulu sampai tertidur. Kalau tak bagi handphone menangis tak nak tidur. 
11. Terlalu penat/nap time tidak mencukupiSebagai contoh anak-anak yang terlalu penat dan nak tidur tetapi ibu bapa tak bagi izin sebab dah lewat petang. Tak salah untuk biarkan mereka tidur sekejap sahaja 1 -2 jam sudah memadai. Rehat yang mencukupi akan menyebabkan anak senang untuk tidur. 

12. Separation AnxietyNormal bagi kanak-kanak yang mengalami "Separation Anxiety" sehingga mengganggu tidurnya. Misalnya anak-anak yang terbangun dari tidur menangis apabila melihat ibu bapa tiada di sisi mereka. Anak yang mengalami masalah separation anxiety ini menyebabkan anak bangun tidur lebih cepat dan mempunyai kesulitan untuk tidur kembali kecuali ditemani oleh ibu atau bapa. 
13. Tidak mempunyai rutin tidur yang tetapHari ini tidur jam 9, esok tidur jam 10, lusa tidur jam 12. Keadaan ini akan menjejaskan amalan tidur anak. Ibu bapa yang sering tidur lewat membina tabiat dalam diri anak-anak bahawa tidur lewat itu sesuatu yang baik. 
14. Obstructive Sleep Apnea“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk. Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”. 
15. Alahan/AsmaPenyakit alahan atau asma juga menyukarkan anak-anak untuk mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Ada yang terpaksa bergantung dengan sesetengah ubat. Ini akan menjejaskan kualiti tidur anak

Sekarang anda sudah tahu punca-punca yang menyebabkan anak anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Oleh itu bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini

Di bawah aku telah senaraikan beberapa tips agar anak mudah untuk tidur. 
1. Tetapkan waktu tidur yang konsistenTidur yang konsisten agar badan dan minda anak terbiasa untuk tidur pada waktu tertentu. Anak-anak akan mudah tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun awal pada setiap hari. 
2. Pastikan anak-anak bersedia 30 - 60 minit sebelum tidurAnak-anak perlu bersedia sebelum tidur. Caranya adalah dengan memberus gigi atau ambil wudhu. Ini merupakan signal bahawa anak-anak perlu melakukan perkara tersebut sebelum tidur. 
3. Jauhi daripada gadget atau elektronikJangan biasakan anak-anak untuk menonton tv terlalu lewat malam ataupun pegang handphone. Ibu bapa juga perlu berdisiplin untuk tidak memegang sebarang gadjet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur. 
4. Sediakan suasana tidur yang selesaSuasana bilik tidur yang selesa akan memudahkan anak-anak tidur lena. Tetapkan suhu aircond atau kipas yang tidak terlalu panas atau sejuk. Gunakan bantal dan selimut yang sesuai dan selesa. Sebelum tidur pakaikan anak-anak dengan baju yang selesa dan tidak terlalu ketat. Sediakan patung atau apa sahaja mainan yang buat anak selesa. 
5. Senaman ringan/sederhana pada siang hariSebagai contoh bermain bola, berbasikal atau berjalan. Ini akan menyebabkan anak-anak lebih cergas dan senang untuk tidur

6. Snek ringan yang berkhasiatIbu bapa juga boleh sediakan snek ringan untuk anak-anak seperti segelas susu dan buah epal. Ini akan menyebabkan anak tidak berasa lapar pada waktu malam. Elakkan daripada memberi minuman atau makanan manis. Apatah lagi minuman yang mengandungi kafein yang tinggi

7. Dapatkan nasihat doktorJumpa doktor sekiranya anak-anak mengalami gangguan tidur yang boleh menjejaskan kualiti tidur




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/12/punca-anak-susah-tidur-malam-tips-agar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 767 hits
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak MakanKesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan Ramai kanak kanak di Malaysia bertubuh montel tetapi tubuh mereka sebenarnya tidak cukup zat Kesan Anak Cerewet...
Asyik Mengamuk Tak Tahu Punca Petanda Anak Tak Cukup Tidur

Asyik Mengamuk Tak Tahu Punca Petanda Anak Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 311 hits
Sudah tentu ibu ayah akan merasa rungsing jika anak tidak mahu tidur Biarpun aktif pada waktu siangnya dia tetap tidur lewat pada malamnya Anak anak yang kurang tidur akan menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya Inilah salah...
Biarlah Tak Tidur Malam Janji Dapat Pantau Suhu Anak Demam Risau

Biarlah Tak Tidur Malam Janji Dapat Pantau Suhu Anak Demam Risau

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 360 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat tetap tidak sembuh Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif...
Tips Didik Anak Agar Cergas Bijak Dan Kreatif Belajar

Tips Didik Anak Agar Cergas Bijak Dan Kreatif Belajar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 476 hits
Tips Didik Anak Agar Cergas Bijak dan Kreatif BelajarTips Didik Anak Agar Cergas Bijak dan Kreatif Belajar Menu makanan mempengaruhi peningkatan kecerdasan otak anak untuk menjadi lebih cerdik dan cerdas 1 Daging Tanpa LemakDaging lembu beb...
Amalkan Surah Al Qadr Tiup Di Ubun Ubunnya Jika Anak Susah Tidur Asyik Merengek

Amalkan Surah Al Qadr Tiup Di Ubun Ubunnya Jika Anak Susah Tidur Asyik Merengek

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 1533 hits
Biasanya bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak kecil kebanyakan belum dapat rentak jadual anak terutama cara untuk mengendalikan situasi jika anak menangis nak tidur nak susu rasa tak selesa atau tak sihat Kebanyakan ibu bapa akan cepat ge...
Bagi Semua Selimut Kepada Anak Bapa Mati Kesejukan Ketika Tidur

Bagi Semua Selimut Kepada Anak Bapa Mati Kesejukan Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 480 hits
Kasih sayang seorang ayah tiada penghujungnya Itulah kata kata yang dapat digambarkan kepada seorang lelaki bergelar bapa setelah dia meninggal dunia selepas menjaga anaknya perempuannya Bapa berkenaan dikatakan meninggal dunia selepas ingi...
Bahaya Tangguh Untuk Vaksin Anak Mereka Akan Mudah Terdedah Dengan Penyakit Berbahaya

Bahaya Tangguh Untuk Vaksin Anak Mereka Akan Mudah Terdedah Dengan Penyakit Berbahaya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 252 hits
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut sepert...
Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 684 hits
Jika korang salah seorang peminat penyanyi Tajul sudah pasti korang tahu yang dia baru sahaja bergelar bapa beberapa minggu lalu selepas siterinya melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Adriana Carissa BACA Baru baru ini Tajul berk...
Saya Berkongsi Rezeki Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai

Saya Berkongsi Rezeki Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 449 hits
Bukan nak menunjuk atau bermegah tetapi melihat sendiri situasi keluarga ada anak kecil dan susah hati mana yang tak tersentuh Sejak bergelar ibu naluri keibuan Anzalna Nasir begitu kuat dan baru baru ini dia ada memuat naik status untuk me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba