Rawatan Moden Untuk Hilangkan Jeragat
Hati turut rasa resah apabila melihat seseorang yang aku kenali berubah wajahnya. Ada tompok-tompok hitam yang sangat ketara. Itu namanya jeragat
Secara automatik aku balik rumah terus mengadap cermin. Kubelek wajah dengan teliti. Aku berumur 33 tahun pada tahun ini. Tak terbayang perasaan aku kalau jeragat dimukaku teruk.
Ini cerita bukan reka-reka. Kakak ni aku kenal dah lama. Tompok hitam teruk kerana dia meniaga goreng pisang di tempat baru. Tempat lama dulu, di bawah pokok besar dan teduh. Tempat baru, pokok ada tapi kecil. Cuaca panas membahang di tambah bahang minyak panas. Rosak kulit muka dia.
Aku pun mulut boleh tahan. Dah la lama tak jumpa, muka dulu yang aku tegur.
Dah alang-alang aku selalu ke spa sejak akhir-akhir ni, aku pun tanya lah Beautician Consultant, rawatan apa yang membantu menghilangkan masalah jeragat yang teruk.
Kes jeragat muka aku, masih dikira tak teruk. Tapi tunggu masa juga nak muncul kalau aku tak rawat. Bila dah beberapa kali buat rawatan muka, alhamdulillah keputusan scan muka pun turun. Kena konsisten jaga muka.
3 Ogos 2019
18 Ogos 2019
Jeragat ni sebenarnya ada akar di bawah lapisan kulit. So nak menghilangkan jeragat tu kena rawat dari akar
Patut la walaupun kakak yang aku cerita tadi kata pakai skincare pon jeragat dia tak hilang. Makin menipiskan kulit ada la
Aku search juga punca jeragat. Baru tahu macam mana jeragat ni terhasil
PUNCA JERAGAT1. RADANG KULIT ➡️ Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2. PIL HORMON ➡️ Kajian menunjukkan pengambilan pil hormon yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat
3. CAHAYA MATAHARI➡️ Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV A merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit
4. KEHAMILAN➡️ Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu
5. KOSMETIK & WANGIAN➡️ Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas "phototoxic" juga adalah diantara punca terjadinya jeragat
Beautician Consultant Estetika MediSpa kata rawatan yang sesuai untuk atasi masalah jeragat ini antara adalah rawatan Mesobright. Mesobright ialah sejenis rawatan yang dirumus khas untuk menentang masalah jeragat dan hyperpigmentasi.
Pengelupasan sel kulit mati wajah atau yang sering disebut “peeling”. Sebaiknya rutin yang dilakukan agar kulit wajah selalu nampak sihat, bersih dan terawat
Kulit mati yang menompok akan membuat wajah kelihatan kusam, berjerawat dan tatarias tidak akan menyatu dengan kulit muka.
ANTARA KEBAIKAN RAWATAN MESOBRIGHT :
Memudarkan jeragatSekatakan tona kulit mukaMampu mencerahkan kulit mukaMembuang blackhead & whitehead Mengurangkan kesan parut-parut hitam & parut jerawat.
Aku dah suruh kakak yang ada banyak jeragat tu pergi Estetika MediSpa. Moga kulit muka dia kembali pulih.
Doakan kulit muka aku ok juga. Haha siapa nak kan muka tak elok. Sebab tu aku gigih juga pergi spa.
ALAMAT : ESTETIKA MEDISPANO TELEFON : 017-209 0566FACEBOOK : ESTETIKA MEDISPAINSTAGRAM : ESTETIKA MEDISPAWEBSITE : www.estetikacosmetics.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.irrayyan.com/2019/09/rawatan-moden-untuk-hilangkan-jeragat.html