Rawatan Kesihatan Mata Di Ara Damansara Medical Centre


Kebiasaan kita bila bercakap soal kesihatan, kita akan terfikir tentang pelbagai organ dan juga otot tapi kita selalu lupa tentang kesihatan mata. Haa—Korang tau tak mata sangat penting dan perlu diberi perhatian sama dengan organ dan otot yang lain





Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :



نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” - ( Riwayat al-Bukhari )



Disebabkan kakak dah berusia 35 tahun dan sangat bimbangkan kesihatan mata kakak, NAH !! Kakak pun serah diri ke Ara Damansara Medical Centre ( ADMC ) untuk buat semakan kesihatan mata.



PUSAT PERUBATAN ARA DAMANSARA ( ADMC )

Kesedaran ni timbul bila kakak sedar kekerapan kakak menghadap skrin laptop dan juga telefon atas tujuan bekerja. Ia bukan sahaja mengakibatkan kekeringan pada kornea mata, paling teruk kedudukan bola mata juga boleh beralih.

Kenapa ?

Sebab tekanan pada bebola mata yang boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf mata dan mengakibatkan kecederaan lebih teruk.



Pusat Perubatan Ara Damansara ( ADMC ) ada menyediakan perkhidmatan semakan kesihatan mata yang setanding dengan pusat mata terkemuka di peringkat antarabangsa. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan tenaga pakar yang berpengalaman – ADMC hanya menjanjikan perkhidmatan yang terbaik dari awal pendaftaran sehinggalah proses semakan selesai.



KESIHATAN MATA


Proses pemeriksaan kesihatan mata mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam yang merangkumi :

Rundingan dari Optometris tentang keadaan kesihatan mata pesakit secara keseluruhan
Pemeriksaan ketajaman visual – Proses yang sama dilakukan semasa membuat cermin mata di kedai tetapi lebih menyeluruh sehingga mampu mengesan tindakan lain yang mengganggu kesihatan mata seperti :Power rabun naik atau turunKerosakan silau pada lapisan korneaMengukur dan mengesan masalah visual pada mata pesakit dengan menggunakan Refractometer
Mengesan kelainan pada permukaan kornea dengan menggunakan lampu kuning ( Fluorescein ) untuk mengetahui sebarang kelainan atau keadaan kornea pada mata.Ujian Tonometei untuk memeriksa tekanan pada mata menggunakan dua kaedah iaitu :Tonometer dilekatkan pada celah mikroskop lampu. Mata diletakkan cairan anestesia untuk memberi kesan kebas pada lapisan kornea kemudian probe kecil ditekankan secara perlahan ke atas mata menyentuh lekukan kornea. Hasil dari penggunaan tonometer menghasilkan kiraan tekanan di dalam mata.Rebound Tonometri adalah teknologi yang digunakan dengan cara memantulkan probe kecil dan ringan rapat ke kornea untuk mengukur tekanan intraokular. Kebiasaannya kaedah ini digunakan untuk kanak-kanak

Fotografi FundusKamera fundus digital digunakan untuk mengambil gambar belakang bahagian mata yang merangkumi retina, makula, fovea, optik cakera dan juga tiang posterior. Gambar yang dihasilkan kemudiannya digunakan oleh pakar oftamologi untuk diagnos rawatan lanjut.
Penilaian Kesesuaian LASIK ( Tambahan )
Kalau korang berniat nak buat Lasik, prosedur terakhir ni memang tak boleh nak elak. Hee~ Sebab – Time ni lah pakar akan menentukan samada situasi mata korang boleh atau tak nak buat Lasik.Penilaian ini dapat membantu menentukan jenis rawatan, pembedahan, risiko dan juga kesan sampingan sebelum, semasa dan selepas Lasik.
Sekiranya pesakit TAK SESUAI untuk rawatan Lasik, di ADMC juga menyediakan beberapa pilihan lain iaitu Implantable Contact Lenses ( ICL ) and Refractive Lens Exchange ( RLE )

Macam keadaan mata kakak sendiri, memang tak boleh buat Lasik sebab lapisan kornea mata kakak terlampau nipis dan sedikit kering. Risau mungkin akan memudaratkan kesihatan kakak pada masa akan datang – Kakak disarankan untuk buat ICL atau RLE sahaja

Untuk kos-kos rawatan seperti Lasik, ICL dan RLE – Korang boleh rujuk terus ke hotline ADMC ya

Keseluruhan semakan kesihatan mata yang kakak buat ni cuma berjumlah RM 370.00 dan dikendalikan oleh Pakar Oftalmologi iaitu Dr. Norazah binti Abdul Rahman yang merupakan Pakar Perunding Oftalmologi, Pediatrik Ophtalmologi dan Strabismus. Beliau pernah menerbitkan beberapa artikel berkaitan dengan penjagaan mata dan Pediatrik Oftalmologi.



DR. NORAZAH BINTI ABDUL RAHMAN


Kalau korang susah nak faham pelbagai terma tentang perubatan dan kesihatan mata – Jangan segan untuk bertanya sebab Dr. Norazah menggunakan bahasa dan juga perkataan yang mudah untuk difahami. Ye lah. Yang datang untuk rawatan mata bukan je orang dewasa macam kakak, ada juga ibu ayah yang bawa anak-anak kecil dan juga anak-anak yang bawa ibu ayah mereka untuk buat rawatan kesihatan mata


Segala proses temujanji boleh dibuat melalui hotline ADMC 03 7839 9249 atau email ke [email protected] dan korang boleh rujuk https://www.admctelehealthplus.com untuk mengetahui pelbagai jenis perkhidmatan yang ada di ADMC.



Anas meriwayatkab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ خَلَقَ الدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”



LOVE ;
ATIE ADNAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2021/03/rawatan-kesihatan-mata-di-ara-damansara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata Dengan Bio Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata Dengan Bio Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 586 hits
Hai korang Korang suka makan ikan Kerapkah korang makan ikan Kami sekeluarga memang gemar makan ikan Selalu kami masak pelbagai menu ikan untuk keluarga kami Kalau korang nak tahu ikan kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sangat penting untu...
Bio Life Maxx Fish Oil Dengan Kelebihan Double Strength Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata

Bio Life Maxx Fish Oil Dengan Kelebihan Double Strength Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung Otak Dan Mata

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum Pengambilan minyak ikan bukan perkara baru dalam kehidupan saya sekarang Seingat saya mak pernah memberikan kami adik beradik minyak ikan dalam bentuk cecair berperisa oren dan pernah juga makan yang perisa asli Tertanya tan...
Sri Pahang Fc Berjaya Halang Melaka United Kutip Tiga Mata Kedua Dua Pasukan Seri 0 0

Sri Pahang Fc Berjaya Halang Melaka United Kutip Tiga Mata Kedua Dua Pasukan Seri 0 0

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 416 hits
MELAKA Kegagalan penyerang import Melaka United membolosi gawang Sri Pahang FC pada babak akhir perlawanan meletakkan kedua dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan Rembatan kencang Sony Norde pada minit ke 92 yang terkena palang gol telah m...
Hiburan Dijangka Bersalin Kurang Lagi Dua Minggu Nad Zainal Meniti Hari Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan Dijangka Bersalin Kurang Lagi Dua Minggu Nad Zainal Meniti Hari Timang Cahaya Mata Kedua

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 546 hits
Pelakon jelita Nad Zainal khabarnya bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi NAd Instagram Nad ZainalBerdebar menantikan hari itu Nad Zainal baru baru ini ada berkongsikan foto dirinya sedang menjalani penggambaran untuk satu...
Tomas Trucha Kedah Tentunya Lega Dapat 1 Mata Berdepan Penang Fc

Tomas Trucha Kedah Tentunya Lega Dapat 1 Mata Berdepan Penang Fc

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 361 hits
Penang FC hampir berjaya mengejutkan Kedah Darul Aman FC namun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan terikat 1 1 malam tadi Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Kedah tampil bergelut dalam aksi babak pertama dise...
Ramalan Terkini Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 12 Mac 2021

Ramalan Terkini Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 12 Mac 2021

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 303 hits
Seseorang hanya dapat mengagumi kepemilikan kepala Bank Pusat Eropah kerana semasa sidang akhbarnya Christine Lagarde segera menghapus semua pertanyaan yang tidak menyenangkan mengenai kejatuhan bencana dalam penjualan runcit yang berlaku s...
Alhamdulillah Corneal Abrasion Sara Makin Pulih Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku

Alhamdulillah Corneal Abrasion Sara Makin Pulih Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Buku

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 653 hits
Ibu dan bapa mana yang tidak bimbang bila mana anaknya merasai kesakitan Lebih lebih lagi pada bahagian mata yang cukup berbahaya Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal Nurul Fariza Ibrahim atau mesra disapa Mieja berdepan detik cemas bila man...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025