Rawatan Fisioterapi Di Ifix Physio Johor Bahru


[Catatan kisah pada hari Khamis, 29.12.2022]
Semasa pulang ke kampung pada penghujung Disember lalu, saya dan encik suami bawa Mak saya menjalani rawatan fisioterapi di Ifix Physio yang terletak di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor. Jarak pusat fisioterapi & rehabilitasi ini sekitar 48 km dari rumah Mak

Mak saya yang berusia 74 tahun menghadapi masalah bongkok senget. Sebelum ini tak begitu ketara, jadi kami anak-anak belikan Mak tongkat supaya boleh berjalan tegak dengan bantuan tongkat. Tetapi makin lama makin nampak agak teruk bongkoknya, kami pun jadi risau. Bongkok senget ni juga mungkin menjejaskan fungsi organ dalaman, menyebabkan Mak selalu rasa ‘sempit nafas’. Pernah bertanya pendapat doktor, Mak disarankan ambil pil kalsium

Saya buat carian di internet berkenaan hal ini dengan ciri-ciri bongkok yang terdapat pada Mak. Hasilnya, Mak mungkin ada masalah Scoliosis.Scoliosis bukanlah sejenis penyakit tetapi satu kondisi perubatan di mana tulang belakang yang membengkok ke kiri atau ke kanan malahan ia boleh berputar pada paksi vertikalnya.Fisioterapi (physical therapy) merupakan antara rawatan yang sesuai, terutamanya bagi individu berusia seperti Mak saya. Seterusnya, gigihlah saya buat carian di mana ada pusat fisioterapi paling hampir dengan rumah Mak dan yang boleh datang ke rumah untuk melakukan rawatan. Paling penting, saya nak cari terapis (juru terapi) yang berkelayakan

Hasil carian menemukan saya dengan Ifix Physio. Saya hubungi mereka menerusi aplikasi WhatsApp, bertanya beberapa hal dan selepas berpuas hati barulah saya mengatur janji temu pertama untuk hadir ke pusat fisioterapi mereka. Mereka perlu lihat dan periksa kondisi Mak sebelum memberi sebarang pendapat dan rawatan. Caj rawatan harga promosi bagi warga emas 65 tahun ke atas adalah sebanyak RM120/sesi.
Tempat rawatan di Ifix Physio. Bersih dan selesa. Foto diambil dari sudut belakang, masa ni kami baru tiba dan saya hantar Mak ke tandas

Seorang terapis perempuan memperkenalkan dirinya kepada saya dan Mak. Puteri namanya. Beliau akan melakukan pemeriksaan dan ujian bagi mengetahui kondisi Mak. Kami bertiga masuk di salah satu ruangan bertutup kain

Hasilnya, terapis memaklumkan bahawa Mak menghadapi masalah Scoliosis bentuk ‘C’ yang menyebabkan badan jadi senget sebelah. Mak juga ada sedikit masalah bongkok. Terapis turut meminta saya merakam foto bahagian belakang Mak sebagai rujukan. Beliau turut menjelaskan bagaimana tulang belakang Mak membengkok dengan bentuk C disebabkan masalah Scoliosis. Untuk mengetahui lebih terperinci, beliau cadangkan Mak melakukan imbasan MRI

Menurut terapis lagi, rawatan fisioterapi boleh dilakukan bagi membetulkan setakat yang boleh dan menghalang tulang semakin membengkok dan bongkok. Selepas itu, terapis memulakan sesi rawatan terhadap Mak - urutan & senaman. Mana-mana urutan & senaman yang Mak tak mampu buat, akan diubah kepada yang lebih sesuai

Alhamdulillah Mak rasa selesa dengan sesi rawatan bersama terapis Puteri. Tidak menyakitkan dan mesra orang tua. Saya bertanya pendapat Mak berkenaan rawatan seterusnya, Alhamdulillah Mak bersetuju bagi meneruskan rawatan. Walaupun hasilnya mungkin tak ketara (badan tak mungkin kembali tegak lurus), tetapi sekurang-kurangnya inilah usaha yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah tulang belakang Mak

Pihak Ifix Physio kemudiannya mencadangkan pakej rawatan 15 sesi (rujuk foto) dengan bayaran sebanyak RM1,617 (harga diskaun bayar dalam tempoh 24 jam). Kami bersetuju ambil pakej tersebut. Sesi yang telah berjalan tadi dikira sebagai sesi pertama, bayaran termasuk dalam pakej. Berkenaan kos, ada seorang kakak saya berbaik hati mahu membiayai keseluruhan kos rawatan ini

Kos tambahan dikenakan jika mahu terapis datang merawat di rumah, iaitu caj perjalanan sebanyak RM96/sesi (caj dikira mengikut jarak pusat fisio dengan rumah). Menurut saya, cajnya munasabah dan tak membebankan berbanding kesukaran kami dan adik-beradik lain mencari masa untuk menghantar Mak. Tambahan pula kondisi Mak yang tak begitu kuat untuk kerap melalui perjalanan jauh, iaitu sekitar 1 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik

Kad janji temu rawatan Mak. Sehingga detik entri ini ditulis, Mak sudah menjalani 3 sesi rawatan. Dua daripadanya dijalankan di rumah. Setakat ni Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, hari ni pun ada 1 sesi di rumah

Semoga Allah permudahkan rawatan fisioterapi Mak saya dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti kehidupan Mak. Kasihan Mak saya susah nak berjalan ke mana-mana sebab rasa tak larat

Kalau kalian mencari tempat untuk rawatan fisioterapi, bolehlah mencuba rawatan di Ifix Physio. Info lanjut DI SINI. Ada pilihan lokasi di Nilai, Negeri Sembilan atau Johor Bahru, Johor. Ada terapis lelaki dan perempuan juga







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/01/rawatan-fisioterapi-di-ifix-physio.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menarik Buffet Chinese New Year Di Doubletree By Hilton Johor Bahru Bertemakan Spring Into Abundance

Menarik Buffet Chinese New Year Di Doubletree By Hilton Johor Bahru Bertemakan Spring Into Abundance

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 259 hits
Menarik Buffet Chinese New Year di Doubletree by Hilton Johor Bahru bertemakan Spring Into Abundance Chinese New Year is coming Perayaan CNY ni pun meriah dengan buffet tau Bukan bulan Ramadan je meriah Hehe So haritu Nona try buffet kat ho...
Senarai Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta Zim 2023

Senarai Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta Zim 2023

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 320 hits
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta zim F C atau Skuad Harimau Selatan akan mula beraksi untuk Pra Musim pada 8 Januari 2023 menjelang kempen 2023 bagi Perlawanan Persabahatan Di Dubai Emiriah Arab Bersatu Berikut jadual Perlawanan Persahabatan...
Ahli Mkt Umno Bekas Speaker Johor Dilantik Setpol Menteri

Ahli Mkt Umno Bekas Speaker Johor Dilantik Setpol Menteri

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 189 hits
Mohd Razlan Rafii dan Suhaizan Kayat dilantik sebagai setiausaha politik kepada menteri kemajuan desa dan wilayah serta menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii dan...
Makan Makan Di Fish Co Toppen Johor

Makan Makan Di Fish Co Toppen Johor

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 475 hits
MAKAN MAKAN DI FISH CO TOPPEN JOHOR Cerita minggu lepas bila umi dating dengan salah seorang blogger Johor iaitu Syu Kali ni kami ke Toppen Shopping Centre untuk menikmati menu menu dari Fish Co ni Asyik lalu lalang je dekat instagram nak j...
Cara Bayar Zakat Pendapatan Johor Secara Online

Cara Bayar Zakat Pendapatan Johor Secara Online

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 225 hits
Untuk pekerja di area Johor boleh tunaikan zakat pendapatan Johor melalui online sahaja tanpa perlu ambil cuti time off untuk pergi ke pejabat MAINJ untuk menunaikan zakat untuk pendapatan anda Zakat pendapatan ini boleh di tunaikan secara ...
Ph Sebenarnya Pembangkang Atau Kerajaan Di Johor

Ph Sebenarnya Pembangkang Atau Kerajaan Di Johor

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 206 hits
MALAYSIADATELINEPakatan Harapan masih berperanan sebagai pembangkang di Johor berikutan tiada lagi perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional di negeri itu setakat ini Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub bagai...
Makan Tengahari Di Hotel Gbw Johor Dengan Harga Serendah Rm39

Makan Tengahari Di Hotel Gbw Johor Dengan Harga Serendah Rm39

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 167 hits
Haritu lepas habis je staycation dekat Pengerang Juju dan rakan rakan JDT Blogger berdesup ke Hotel GBW pula untuk join lunch di sana Sekarang ni tengah ada promosi tau Untuk makan tengahari dengan harga yang sangat berpatutan Ini adalah ka...
Ph Johor Masih Di Kerusi Pembangkang Pulak Dah

Ph Johor Masih Di Kerusi Pembangkang Pulak Dah

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 267 hits
Pakatan Harapan masih berperanan sebagai pembangkang di Johor berikutan tiada lagi perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional di negeri itu setakat ini Pengerusi PH Johor Salahuddin Ayub bagaimanapun berkata hubungan an...
Exco Only 1 8pct In Johor Given Second Booster Against Covid 19

Exco Only 1 8pct In Johor Given Second Booster Against Covid 19

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 203 hits
A total of 56 7 percent of the people in Johor have received their first booster shot and only 1 8 percent their second booster vaccine against Covid 19 as of Jan 3 according to a state executive councillor State Health and Unity Committee ...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Rahsia Monsun Timur Laut Di Sebalik Hujan Angin Dan Gelombang

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk