Rawatan Bone Setting Body Alignment Adjustment
Korang pernah dengar atau tahu
tak tentang rawatan “Body alignment & adjustment” atau pun chiropractic? Popular di kalangan mereka yang ada masalah dengan tulang terkehel dan seangkatan.
Dalam artikel kali ni
Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa Raudah ke Home Intensive Care Nursing
(HIC) untuk rawatan chiropractic.
HIC Nursing menawarkan rawatan
fisioterapi dan merupakan juga “Bone Setting Specialist (chiropractic), Body Alignment
& Body Adjustment (Fisioterapi)”.
Artikel agak panjang jadi
pastikan baca sehingga habis untuk tahu punca dan rawatan yang kami cuba untuk
Raudah yang baru berusia tujuh tahun.
Banyak je pusat rawatan yang
tawarkan rawatan Chiropractic tapi kami pilih HIC Nursing sebab syarikat
Bumiputera dan beragama Islam.
Mulut perawat tak lekang baca doa, asyiklah minta maaf risau pesakit tak selesa dan
mereka ambil berat tentang aurat.
Perwat dan Ahli fisioterapi dia pakai glove semasa buat
rawatan. Ada Ahli fisioterapi lelaki & juga perempuan.
Rawatan Bone Setting (chiropractic) , Body Alignment & Adjustment
Kami setuju nak dapatkan rawatan di HIC Nursing selepas Raudah banyak kali mengadu yang dia rasa tak selesa dan asyik betulkan bahagian leher dan kepala dalam keadaan yang menakutkan.
Susah betul nak terangkan sebab setiap kali dia rasa sakit dan tak selesa dia akan cuba tegangkan otot di bahagian leher.
Leher boleh terseliuh atau terkehel ke? Sakit demam panas kita boleh tuam atau bagi minum air Kelapa nak bagi kebah.
Tapi kalau berkaitan dengan tulang dan benda yang tak kelihatan dengan mata kasar memang kena rujuk pada yang pakar untuk dapatkan rawatan yang sesuai.
Rawatan Chiropractic Untuk Sakit
Leher
Diah tahu tentang HIC Nursing sebab
ada satu video rawatan yang viral dekat TikTok, warga emas yang mengalami masalah postur
badan bengkok dan tak boleh baring.
Jadi dia tidur dalam keadaan duduk di
kerusi. Kesian betul. Selepas menjalani
beberapa kali sesi rawatan chiropractic Pakcik tu dah boleh baring dan keadaan
postur badan jadi lebih baik.
Sebab tu penting orang Business kena guna TikTok iklankan perniagaan.
Diah tak pasti apa punca tulang
leher Raudah boleh terkehel tapi salah satu punca yang kami perasan dan jadi
habit dia dari kecil ialah postur badan yang salah ketika belajar.
Ini apa yang kami nampak. Sebelum
tu nak bagitahu bukan niat kami nak salahkan mana-mana pihak. Waktu dia belajar
di Pra Sekolah, banyak aktiviti seperti mewarna dan melukis.
Banyak kali juga aktiviti, cikgu
suruh murid duduk dan siapkan kerja di atas lantai. Silapnya dekat sini, Raudah
terlalu fokus dan bina postur badan yang salah.
Kalau duduk di meja dan kerusi
Pra sekolah pula, postur badan dia terlalu menelengkan kepala seolah-olah macam
nak makan kertas warna tu.
Lagi mengeruhkan keadaan, kerusi
meja untuk murid Pra berbeza dengan murid Tahap 1 & Tahap 2. Saiz dia lebih
kecil dan menyumbang kepada postur duduk yang salah.
Pengalaman Menjalani Rawatan Chiropractic
Di HIC Nursing
Pengalaman ini adalah berdasarkan
apa yang kami nampak dan terima sepanjang Raudah menjalani rawatan chiropractic.
Ikut apa Diah faham nama rawatan
ni ialah Chiropractic yang kalau tarik tulang ada bunyi cracks tu. Memandangkan
usia Raudah masih muda, jadi tak lah bunyi kuat dan sakit.
Sebelum tu kena buat temujanji
dan ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi. Sampai dekat sana perlu
mendaftar dan tandatangan persetujuan mendapatkan rawatan. Perlu timbang berat
badan juga.
Cuak juga waktu ni, terbayang
kalau sesuatu yang tak elok berlaku tapi cepat-cepat tepis. Lagipun HIC Nursing
mengaku mereka merupakan Body Setting Specialist.
Selesai mendaftar akan dibawa ke
katil dan ahli fisioterapi pula akan tanya soalan keadaan bahagian yang sakit.
Soalan yang masih terpahat di
ingatan ialah bila encik tu tanya, dah jumpa doktor ke belum? Kami berterus terang
yang kami tak rujuk doktor.
Ahli fisioterapi terangkan serba
sedikit rawatan yang akan dibuat dan mula periksa badan Raudah. Tekan-tekan
dekat bahu, tulang belakang, gerakkan leher dan kemudian catat dekat kertas.
Encik tu kata tulang belakang kiri
dan kanan dia senget / tak seimbang. Waktu
dia suruh Raudah duduk dan lunjurkan kaki, encik tu tunjuk yang kaki Raudah tak
sama panjang.
Kaki sebelah kanan lebih pendek dari
kaki kiri. Weh masa ni seram. Bila kaki tak sama itu yang sebabkan masalah
sakit tulang di bahagian atas.
Itu penerangan ringkas lah. Jadi apa
yang dia akan buat ialah dia akan tarik semula kaki sebelah kanan yang pendek
tu bagi sama semula.
Maka rawatan pun bermula. Tarik-tarik
jari, tolak tulang, tekan bahagian belakang dan macam-macam la. Selesai semua
rawatan, kaki Raudah dah sama panjang.
Cuma rawatan untuk tents /
stimulate yang dipasang alat di belakang badan kami skip sebab Raudah menangis.
Alat tu fungsi dia untuk
stimulate saraf dan rasa pedih macam kena gigit kerengga katanya.
Pujian harus diberikan kepada ahli
fisioterapi HIC Nursing sebab sangat tenang dan lemah lembut bila buat rawatan.
Lupa lah nama encik ni tapi muka dia banyak dalam TikTok HIC Nursing.
Raudah terima rawatan pada 6
April 2023 dan selepas enam bulan keadaan dia baik-baik sahaja. Dia dah tak
mengadu sakit leher dan Alhamdulillah rawatan tu berkesan dekat dia.
Caj Rawatan Bone Setting Package
Caj rawatan akan ditentukan
bergantung kepada kronik atau tidak keadaan pesakit. Rawatan meliputi (jika
perlu) bone setting / chiropractic, physiotherapy, tents / stimulate, drill, bone
setting / chiropractic (ending).
Ada tiga pakej disediakan dan
beberapa caj tambahan dikenakan.
Full Package: RM200
Medium Package: RM180
Basic Package: RM160
Untuk weekend dan public holiday
ada caj tambahan RM50. Korang yang berminat boleh hubungi nombor dekat bawah
untuk tempahan;
HIC Nursing
No. 21-1A & 21,
1B, Jln. UP 1/3, Taman Ukay Perdana,
68000 Ampang Jaya,
Selangor
Telefon: 03-410 25094
Whatsapp: 019-356
5094
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/10/sakit-leher-rawatan-chiropractic.html