Rawatan Best Snek Pantang Sedap Suraya Mother Care Beauty Tawarkan Servis Terbaik


Sudah menjadi lumrah buat setiap wanita pasti mahu sentiasa tampil cantik dan menarik. Ibu selepas bersalin khususnya mahu kembali langsing dan segar selepas tempoh berpantang. Selain jaga pemakanan, salah satu cara untuk sentiasa kekal berseri-seri adalah dengan melakukan rawatan kecantikan.
Bercerita tentang kecantikan, Suraya Mother Care & Beauty adalah pilihan yang tepat. Bukan hanya terhad kepada wanita selepas bersalin tetapi juga para ibu yang menginginkan belaian selepas keletihan dengan bebanan kerja dan kesibukan menguruskan keluarga.
Terapis akan ambil butiran ibu berpantang bagi memudahkan proses rawatan penjagaan Susah Cari Makanan Berpantang Jadi Inspirasi Buka Bisnes
Pengasas pusat kecantikan ini adalah Puan Siti Suraya binti Kamal Admi yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang spa. Menurut Puan Suraya, kesukaran untuk mencari orang yang boleh menjaganya dalam tempoh berpantang anak pertama memberi idea kepada dirinya untuk memulakan perniagaan ini.
Ibu pantang akan diurut bagi memberi kelegaan kepadanya selepas bersalin “Waktu itu bukan saja susah nak cari orang yang boleh menjaga dan menyediakan makanan saya sepanjang berpantang. Kebanyakan servis pada ketika itu hanya menyediakan pakej urutan dan rawatan pantang sahaja. Memang payah nak cari orang yang boleh sediakan makanan pantang yang sihat dan sedap. Ketika itulah saya terfikir nak mulakan bisnes ini.”
Untuk kekal segar, ibu berpantang juga akan menjalani rawatan sauna Bukan sekadar rawatan dan penjagaan ibu berpantang sahaja bahkan Suraya Mother Care & Beauty juga menawarkan pakej lengkap yang sangat memudahkan ibu-ibu selepas bersalin. Berbekalkan ilmu spa yang dia ada, Puan Suraya bergabung dengan ibunya yang merupakan seorang bidan dengan pengalaman lebih 30 tahun untuk memulakan perniagaannya.
Manakala, Co-founder Suraya Mothercare ialah Puan Siti Suhana Binti Kamal Admi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal pemasaran syarikat.
Puan Siti Suhana (kiri) dan Puan Siti Suraya yang merupakan ‘orang kuat’ Suraya Mother Care & Beauty Rawatan Suraya Mother Care & Beauty
Dengan niat untuk membantu para wanita kekal cantik dan sentiasa ‘terjaga’, Puan Suraya menawarkan pelbagai pakej yang boleh dipilih oleh pelanggannya. Bukan sahaja pakej berpantang, Suraya Mother Care & Beauty juga menyediakan pakej penutup pantang dan rawatan spa. Bakal pengantin juga boleh mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan atau berurut.
Barisan terapis atau Confinement Lady yang bertanggung jawab menjaga ibu selepas berpantang “Pejabat urusan kami ada tiga cawangan setakat ini. Satu di Muar, Pasir Gudang dan ada sebuah lagi di Seri Kembangan. Bercerita tentang terapis dan CL profesional yang ada di Suraya Mother Care & Beauty, setakat ini syukur kami ada seramai 50 orang dan semuanya memang berpengalaman.
Saya akan pastikan setiap seorang yang bertanggung jawab untuk melakukan rawatan kecantikan serta penjagaan ibu dalam pantang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Barulah pelanggan akan berpuas hati.”
Snek Berpantang, Memang Sedap!
Berkongsi tentang produk keluaran Suraya Mother Care & Beauty, mereka bukan sekadar menawarkan rawatan kecantikan atau penjagaan pantang semata-mata tetapi ada turut mengeluarkan snek berpantang iaitu Vegilicious.
Ia merupakan snek berpantang paling popular di platform Shopee yang menduduki ranking paling tinggi. Hebatnya snek Vegilicious ini sudah terjual lebih 50,000 unit! Antara snek berpantang yang ada adalah seperti peria, petola, lobak putih, serunding ikan bilis dan banyak lagi.
Memang sedap dan menjadi pilihan ramai ibu berpantang kerana semua snek rangup dan sesuai dimakan bersama nasi panas!
Snek pantang yang super sedap keluaran Suraya Mother Care & Beauty! Produk berpantang lain juga ada di Suraya Mother Care seperti bengkung, krim perut, pilis dan milk booster bearaskan bahan semula jadi.
Jadi Pilihan Ramai Ibu Berpantang
Selama menguruskan perniagaan ini, Puan Suraya sangat bersyukur kerana mendapat maklum balas yang baik dari pelanggannya. Kebanyakan mereka mengatakan harga pakej sangat berpatutan dengan servis yang berkualiti.
Selain itu, semua terapis di sini adalah Melayu tempatan dan mempunyai sijil kelayakan profesional. Mengetengahkan terapis Melayu bagi menjamin kualiti servis penjagaan pantang secara tradisional. Setiap terapis Melayu ini akan menjalani kursus bagi meningkatkan pengetahuan tentang rawatan penjagaan berpantang secara menyeluruh.
“Sepanjang saya buka Suraya Mother Care & beauty ni, memang terharu bila pelanggan kata pakej kami murah. Servis terbaik dengan banyak pilihan pakej mengikut bajet pelanggan. Saya harapkan dengan harga pakej ini dapat menggalakkan lebih ramai ibu yang memandang serius soal penjagaan diri. Tujuan saya nak semua wanita mampu kekal cantik dan sihat tanpa perlu berbelanja lebih.”
Antara selebriti yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Suraya Mother Care & Beauty termasuklah pengacara Nasi Lemak Kopi O, Anim Ezati dan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Eliza Mohd Noor.
Mahu Bantu Ibu Tunggal
Salah satu niat Puan Suraya membuka perniagaan ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan. Latihan akan diberikan kepada mereka. Tambah Puan Suraya, mereka turut menawarkan setiap terapis untuk menyambung pelajaran dalam peringkat kemahiran Malaysia sehingga tahap tiga.
“Sekarang kami ada lebih kurang 50 orang confinement lady yang diberikan latihan secukupnya di bawah naungan syarikat Suraya Mothercare Group Sdn. Bhd. Semoga di masa hadapan, akan lebih ramai terapis di bawah syarikat kami. Harapan saya, agar perniagaan lebih maju dan saya dapat membantu lebih ramai ibu tunggal yang mempunyai keinginan untuk mengubah hidup mereka.”
Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang Suraya Mother Care & beauty boleh layari https://surayamothercare.com/ atau ke laman FB @SurayaMothercare atau ke Instagram @surayamothercare
The post Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rawatan-best-snek-pantang-sedap-suraya-mother-care-beauty-tawarkan-servis-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Membuat Rawatan Pemutihan Gigi Di I Sihat Dental Care Bukit Indah

Pengalaman Membuat Rawatan Pemutihan Gigi Di I Sihat Dental Care Bukit Indah

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 188 hits
Pengalaman Membuat Rawatan Pemutihan Gigi di i Sihat Dental Care Bukit Indah Pertama kali seumur hidup Ummi mendapatkan servis whitening treatment atau rawatan pemutihan gigi The post appeared first on
Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 396 hits
Bila masuk musim hujan ni sedap kalau dapat makan makanan yang berkuah kan Paling senang nak buat soto bersama sambal kicap yang meletup Fuhh memang terbaik rasanya makan soto panas panas Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini antara yang m...
Fazura Lancar Beauty Water Minuman Tanpa Gula Untuk Mencantikkan Kulit Secara Semulajadi

Fazura Lancar Beauty Water Minuman Tanpa Gula Untuk Mencantikkan Kulit Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 300 hits
Pengasas Fazura Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan produk untuk mencantikkan kulit secara semulajadi yang dinamakan Fazura Beauty Water di Axiata Arena Bukit Jalil sempena penganjuran konser...
Paragon Luncurkan Looklab Beauty Lifestyle Store Pertama Di Indonesia

Paragon Luncurkan Looklab Beauty Lifestyle Store Pertama Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 150 hits
LookLab adalah sebuah concept store dari Paragon yang menghadirkan sensasi serasa berada di laboratorium karena mengkombinasikan elemen lifestyle dan beauty dalam satu tempat
Suka Duka Mila Alawiyah Hingga Jadi Public S Favorite Beauty Star On Tiktok 2022

Suka Duka Mila Alawiyah Hingga Jadi Public S Favorite Beauty Star On Tiktok 2022

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 226 hits
Mila Alawiyah beauty creator yang memiliki jumlah pengikut 4 4 juta di TikTok pun tak luput dari suka duka kehidupan
3 Turning Point Dinda Azzura Yang Jadi Salah Satu Pemenang Beauty Star On Tiktok

3 Turning Point Dinda Azzura Yang Jadi Salah Satu Pemenang Beauty Star On Tiktok

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 152 hits
Dinzzur mencoba healing dengan cara yang menurutnya sederhana yaitu menuju ke ruang studio yang dibuatnya bersama suami untuk bikin konten
Korean Drama The Beauty Inside

Korean Drama The Beauty Inside

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 232 hits
Tajuk Drama The Beauty InsideGenre Fantasi Komedi romantikPenulis Im Mae riPengarah Song Hyun wookJumlah episod 16Tarikh siaran asal 1 Oktober 20 November 2018Edaraan JTBCProduksi Studio New Yong FilmPelakon Seo Hyun jin sebagai Han Se gyeL...
Uniqlo Collaborates With Beauty In The Pot

Uniqlo Collaborates With Beauty In The Pot

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 319 hits
To serve up UTme featuring hotpot ingredients with Japanese cultural influence A series of T shirts featuring adorable and cute mash up of hotpot ingredients and Japanese culture is exclusively available at UNIQLO Fahrenheit and DA Square s...
Alasan Kenapa Cewek Sering Kaget Dengan Biaya Servis Motor Yang Kelewat Mahal

Alasan Kenapa Cewek Sering Kaget Dengan Biaya Servis Motor Yang Kelewat Mahal

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 256 hits
Menurut cewek masalah motor cuma bensin habis dan asal mesin menyala bisa jalan dan selamat sampai tujuan maka semua normal
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator