Ratu Naga Dah Join Pn Kena Pakai Sopan Santun Okey Tak
Ketua penerangan sayap Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah ataupun lebih dikenali sebagi Ratu Naga dipecat daripada PKR pada 9 April lalu.
Beliau mendakwa pemecatannya dibuat tanpa alasan kukuh dan mengaku menerima surat pemecatan, namun tidak menghebohkannya kerana sibuk dengan kerja di barisan hadapan ketika Covid-19.
"Saya sekarang frontliner untuk Covid-19. Saya berkhidmat untuk Jabatan Pertahanan Awam. Saya tumpukan itu (kerja) dulu. Saya bertugas hari-hari, jadi pada saya, biar kita habiskan perintah kawalan pergerakan (PKP) dulu paling penting,"
Jelas Syarul Ema lagi, beliau terkejut pemecatannya dibuat ketika negara tengah bergelut dengan wabak Covid-19 yang melanda.
"Kalau ya pun bagilah amaran ke apa. Boleh saya pertahankan diri saya. Masa tak sesuai, jadi saya tak boleh nak layan benda ni," katanya lagi.
Syarul Ema semangnya dikenali sebagai anggota PKR yang sebelum ini banyak bergerak bersama kumpulan Mohamed Azmin Ali khususnya Zuraidah Kamaruddin.
Keputusan PKR menyingkirnya dibuat beberapa bulan selepas Azmin dan Zuraidah bersama segelintir pemimpin PKR lain menyertai Perikatan Nasional (PN).
Syarul Ema menyertai PKR pada Oktober 2016, kira-kira enam bulan setelah didakwa atas tuduhan menghina perdana menteri ketika itu, Najib Razak di Facebook.
Beliau ketika itu didakwa di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Sepang pada bulan Julai 2018, setelah pihak pendakwaan menarik balik tuduhan itu.
Selain Syarul Ema media melaporkan semalam bahawa Adun Batu Lintang Sarawak See Chee How dan mantan ketua cabang PKR Betong Vernon Aji Kedit juga dipecat dari parti itu melalui surat yang ditandatangani oleh Saifuddin dan juga bertarikh 1 April.
Sementara itu dalam kenyataan medianya, Syarul Ema berkata, pemecatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Parti Fasal 9.1(D).
"Justeru, alasan pemecatan keanggotaan saya ini tidak telus tanpa alasan atau sebab musabab yang jelas dan juga saya tidak diberi peluang untuk pertahankan diri atau terima notis amaran sebelum dipecat.
"Proses pemecatan saya juga tidak dijalankan dengan betul dan juga dipertikaikan.
"Amat malang sekali bila mana dalam kita seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan pendamik wabak Covid-19 PKR melalui pejabat setiausaha agung parti masih lagi bermain politik," katanya.
Malaysiakini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/04/ratu-naga-dah-join-pn-kena-pakai-sopan.html