Rating Kian Menurun Penonton Jelek King The Land Penuh Babak Ciuman Sahaja Kini
Adakah drama “King The Land” dapat mengekalkan popularitinya hingga ke penghujung nanti?
ARTIKEL BERKAITAN
300 Ribu Tontonan Dalam 12 Jam, Babak 'Deep Kiss' Junho & Yoona Dalam 'King The Land' Tular
Untuk pengetahuan, drama yang turut bersiaran di Netflix ini membawa kisah lelaki kaya yang bencikan senyuman mula mengubah persepsinya selepas berkenalan dengan wanita biasa yang sentiasa tersenyum.
Bermula dengan rating 5.1%, drama lakonan Yoon-a dan Jun-ho ini berjaya mencatatkan peningkatan pada saban episod. Bahkan pada episod ke-6, ianya berjaya mencatatkan rating sebanyk 12%.
Walau bagaimanapun, penonton meluahkan perasaan kesal kini apabila plot “King The Land” sepertinya di awangan-awangan kini apabila terlalu memberikan fokus pada hubungan mesra antara Gu Won (Jun-ho) dan Cheon Sa-rang (Yoon-a).
Ada yang turut mengadu episod lalu drama ini sepertinya iklan promosi pelancongan di Thailand apabila pasangan itu dan rakan-rakan mereka berseronok dan menjalani hubungan mesra tanpa perkembangan plot penting sepanjang tayangan.
Kisah romantik memang menyeronokkan tapi tidak cukup menarik jika tiada tulang belakang plot untuk mengembangkan cerita. Bahkan ratingnya menurun secara konsisten sejak permulaan cinta antara Gu Won dan Cheon Sa-rang hingga jatuh ke 9% sahaja dalam episod kemarin.
Ramai tertanya-tanya jika “King The Land” boleh melangkau kerisauan ini dalam episod mendatang.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Rating Kian Menurun, Penonton Jelek ‘King The Land’ Penuh Babak Ciuman Sahaja Kini? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/rating-kian-menurun-penonton-jelek-king-the-land-penuh-babak-ciuman-sahaja-kini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rating-kian-menurun-penonton-jelek-king-the-l