Rasuah Rm 2 Juta Ku Nan Kekalkan Pengakuan Tidak Bersalah



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas satu pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, pada 2016.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan semula semasa sebutan kali pertama kes itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan setelah kesnya dibenar dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2018.

Loading...
Mahkamah menetapkan enam hari iaitu pada 2, 3, 4, 9, 10 dan 11 Julai 2019 untuk perbicaraan kes Tengku Adnan, 68, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Hakim itu juga membenarkan permohonan peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan supaya mahkamah melepaskan sementara pasport anak guamnya kerana tertuduh mempunyai urusan perniagaan di luar negara selain mempunyai dua orang anak yang masih belajar di luar negara.

Mohamed Zaini membenarkan pasport diserahkan kepada Tengku Adnan sehingga tarikh sebutan akan datang pada 28 Feb dengan jaminan RM500,000 beserta seorang penjamin.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim tidak membantah permohonan pembelaan berhubung pasport itu.

Julia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes itu tidak akan dibicarakan dengan satu kes rasuah lain yang dihadapi Tengku Adnan.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd‬ yang dia mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tengku Adnan juga menghadapi satu pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM1 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak, di sini pada 2013.

Kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank miliknya.

Perbuatan itu sebagai upah bagi dirinya meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak.

Tengku Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013 mengikut perenggan 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tengku Adnan juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu di tempat dan tarikh sama, sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya RM1 juta daripada Tan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank‬ miliknya, yang diketahui Tan sebagai seorang Pengarah di syarikat Nucleus Properties yang ada perhubungan dengan kerja rasminya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/rasuah-rm-2-juta-ku-nan-kekalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Rm23 Juta Mungkinkah Pengurusan Paip Di Rombak

Rasuah Rm23 Juta Mungkinkah Pengurusan Paip Di Rombak

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 648 hits
RAUB Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ekoran pendedahan skandal salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek RM23 juta baru baru ini Menteri Besar Pahang D...
12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan 12 individu termasuk tujuh pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pahang bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan projek bernilai RM23 juta Sumber berkata S...
Cuma Foto Telur Tetapi Panen Puluhan Juta Like Di Instagram

Cuma Foto Telur Tetapi Panen Puluhan Juta Like Di Instagram

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 242 hits
Sebuah akun Instagram bernama world record egg menjadi perbincangan lantaran unggahannya yang di likes 25 juta lebih pengguna media sosial itu Menariknya unggahan akun tersebut hanya foto sebuah telur Tiada tambahan apapun yang menarik dala...
Allah Tolong Selesaikan Hutang Rm1 Juta Saya Puan Sheda

Allah Tolong Selesaikan Hutang Rm1 Juta Saya Puan Sheda

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 373 hits
WANITA murah senyuman Norsahida Mohamad Said yang lebih dikenal mesra dengan nama Puan Sheda Said pernah mengalami kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan dia berhutang sebanyak RM1 juta Namun berkat bantuan daripada Allah dan usahanya belia...
Mentan Amran Target Cetak Satu Juta Petani Milenial Di 2019

Mentan Amran Target Cetak Satu Juta Petani Milenial Di 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 307 hits
Kami mendorong pemuda pemuda tani untuk turun ke sektor pertanian Mereka mulai tertarik karena sudah ada transformasi dari pertanian tradisional ke pertanian modern ungkap Mentan Amran
Sudah Telan Rp 500 Juta Bangunan Serbaguna Di Berau Senilai Rp 1 M Ambruk

Sudah Telan Rp 500 Juta Bangunan Serbaguna Di Berau Senilai Rp 1 M Ambruk

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 191 hits
Bangunan serbaguna atau Balai Pertemuan Umum yang sedang dibangun di kampung Bumi Jaya kecamatan Talisayan Berau Kalimantan Timur ambruk Sabtu sore kemarin Bangunan itu sudah menelan Rp 500 juta dari rencana anggaran keseluruhan Rp 1 miliar...
25 Juta Likes Untuk Sebiji Telur Di Instagram Jadi Rekod Dunia

25 Juta Likes Untuk Sebiji Telur Di Instagram Jadi Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pelik tetapi benar dan ada juga melucukan Pada 4 Januari 2019 akaun world record egg menyiarkan gambar telur dan ianya melepasi post di Instagram yang paling banyak like Sebelum ini gambar anak perempuan ...
Ini Kah Artis Yang Jual Tubuh Rp300 Juta

Ini Kah Artis Yang Jual Tubuh Rp300 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 371 hits
Berita yang cukup untuk membuatkan ramai agak terkejut termasuk di mata selebriti kontroversi Indonesia Nikita Mirzani terutamanya mengenai harga ditetapkan untuk berpacaran dengan Vanessa Angel Nikita juga berkata dirinya sendiri mempunyai...
Proton 1 Edisi Pertama Ditawar Rm5 Juta

Proton 1 Edisi Pertama Ditawar Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 339 hits
Seorang ahli perniagaan sanggup tawar RM5 juta untuk beli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Proton 1 Tawaran itu jika baginda berkenan sanggup lelong ken...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Happy Chinese New Year 2025

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Cacing Tanah Akan Subur Tanaman