Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant Viral Tiktok Mewangikan Ketiak Dan Hilangkan Bau Badan
Kenapa lah asyik lalu lalang je Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant review di TikTok ni. Katanya deodorant viral TikTok. Kan dah terpengaruh membeli Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant ni. Sesungguhnya racun TikTok itu benar ya kawan-kawan.
Bukan 1 bukan 2, dah banyak dah terbeli dek kerana racun TikTok. Bukan racun betul, istilah sebenar dia 'terpengaruh'.
Lama betul saya tak guna deodorant jenis spray. Zaman sekolah je pakai jenis spray, lepas tu dah bertukar jenis roll-on, stick, bedak dan jenis batu crystal.
Jenis-jenis deodorant ada pelbagai jenis iaitu spray, roll-on, krim, stick, bedak, batu crystal dan lain-lain lagi. Semua jenis saya pernah cuba.
baca jugaA'PIEU Deo Armpit PowderYoung Living's Aroma Guard Mountain Mint DeodorantVaseline Deodorant Dry SerumGrace Pure Crystal DeodorantPaling lama saya pakai grace pure crystal deodorant yang sangat berkesan untuk elakkan badan berbau. Terpaling hebat dialah. Boleh baca review yang saya dah cerita sebelum ni.
Rupanya ada lagi terpaling power selepas saya cuba Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant. No wonder lah TikTokers review semua positif sampai kita pun teracun. Yang masih tercari-cari deodorant bau wangi segar dan tahan lama, silalah cuba Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant. Gerenti puas hati! Tak menyesal beli
Didatangkan dalam bekas bentuk silinder yang menarik dengan design yang minimal. Nampak exclusive. Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant produk dari Malaysia. Yang biasa tengok TikTok mungkin dah biasa tengok kot kan
RareBlee for body.
Ini pula Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant dengan bentuk botol plastik yang unik dan menarik dengan saiz 50ml. Comel je!
Rareblee Xanadu Body Filter DeodorantSemburan untuk melegakan dan mencerahkan ketiak. Memastikan kesegaran dan bebas bau sepanjang hari.
Cara penggunaanSemburkan 2-3 semburan terus ke ketiak. Biarkan kering. Semburkan semula jika diperlukan
rareblee xanadu body filter deodorant ingredients
Keistimewaan Rareblee Xanadu Body Filter DeodorantMengawal bau badanMencerahkan ketiakMenapis dan membunuh bakteriaMelegakan kulit daripada iritasiMemperbaiki struktur kulit
Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant review dari saya1. Ketiak bau wangi dan tahan lamaSesunggunya benar bagai dikata. Memang ketiak berbau wangi je, badan pun tak keluar bau busuk. Ini paling saya suka sangat
Kalau kita buat aktiviti luar dalam tempoh yang lama tak perlu risau lagi badan berbau busuk disebabkan peluh. Kalau pakai pagi, petang tu ketiak masih bau wangi deodorant lagi. Tahan lama baru dia. Serious kagum!
2. Kering dan tidak melekitSesetengah deodorant kalau kita pakai, contoh macam jenis roll-on tu kena tunggu kering dulu baru boleh pakai baju. Kalau tak tunggu kering, dia rasa melekit je tak selesa
Tapi pakai Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant ni best sangat lah. Lepas spray tunggu kejap je dan kering. Pula tu tak melekit dan selesa.
3. Tidak meninggalkan kesan pada fabrik bajuSelain mewangikan ketiak, memutihkan ketiak, mengawal bau badan, Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant lansung tidak meninggalkan kesan pada fabrik. Kadang sesetengah deodorant akan meninggalkan kesan stain keras atau wana kuning pada bahagian ketiak baju tu.
Tahu-tahu dah surut banyak. Isi dalamnya tak betul betul penuh ye. Dalam gambar kedua di atas tu isi penuh dia yang sebenar.
Yang tak bestnya Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant ni saiz dia kecil. Tak tahulah tahan berapa lama. Nampak macam cepat habis je ni. Bukan hanya kecil, tapi harganya juga tidak kecil. RM39.90 untuk sebotol saiz 50ml.
Untuk pertama kali pakai Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant ni, kita tengoklah nanti berapa lama boleh tahan untuk 1 botol ni.
Setakat saya cuba berjenis-jenis deodorant ni, saya letak Rareblee Xanadu Body Filter Deodorant ni nombor syatulah! Terbaik! Saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐bintang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/12/rareblee-xanadu-body-filter-deodorant.html