Random Post 2019 Thank You 24 Years Old Me
AssalamualaikumBismillah
Aku baru perasan yang bulan ni aku paling kurang menulis. Draf sudah ada cuma mood menulis itu belum datang.
Just for today aku nak tulis random post. Merapu sikitlah. Sekali-sekala mahu layan mood serabut ni. Aku ni kalau tengah serabut tangan cepat betul menaip daripada otak aku berfikir. Salah satu cara untuk aku lepaskan perasaan dengan meluah melalui tulisan.
Bila aku tengok draf, aku jumpa post ini. Post 2019 tetapi aku rasa sangat kena dengan situasi dan perasaan aku sekarang.
Random Post 2019...
Setiap kali aku rasa down, idea menulis itu pasti datang mencurah-curah. Sejak masuk umur 24 tahun ini, ada banyak benda aku sedar. Aku semakin kehilangan kawan. Perasaan kehilangan tu terasa sebab kau dah tak boleh hangout macam dulu.
Masing-masing fokus dengan diri, keluarga dan kerjaya. Ada yang sudah punya kareer sendiri. Ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Ada yang masih berada di takuk yang sama. Tiada perubahan macam aku.
Umur macam aku kadang-kadang tidak semuanya berjalan seperti apa yang kau rancang. Don't expect too much in your life, because you never know what your future will be. Just follow the flow.
The reason why I'm really disappointed with myself because I have what I wanted or dream but it doesn't change anything.
Orang cakap 24 tahun itu masih muda. Panjang lagi perjalanan. Tetapi kita tidak pernah tahu pun apa yang akan jadi pada masa akan datang. 24 tahun masih muda tapi apabila kau jatuh sakit itu bukan lihat pada faktor usia. You never know.
Apa yang kita impikan kadangkala bukanlah yang terbaik. Sebaliknya apa yang ALLAH bagi itulah yang terbaik.
Sepanjang 24 tahun ALLAH dah bagi apa yang aku mahu atau impikan.
Impian aku mahu sambung belajar sehingga peringkat Universiti dan tercapai. Alhamdulillah aku dah graduate dengan jayanya. Aku dapat bidang yang aku minat.
Itu adalah pencapaian aku dari segi pendidikan. Itulah rezeki yang ALLAH bagi yang mana mungkin tidak semua orang berpeluang untuk dapat seperti apa yang aku dapat.
Bersabarlah InsyaAllah masa itu akan tiba. Mungkin bukan sekarang tetapi akan datang. Berdoalah kepada ALLAH untuk beri apa yang terbaik untuk kita, keluarga kita dan orang sekeliling kita.
Tidak apa kalau aku tidak dapat bekerja sekarang. Tidak apa kalau tidak dapat bantu keluarga dari segi kewangan. Tidak apa
Mungkin Allah nak aku luangkan lebih masa dengan family. Dah penat belajar apa salahnya kan
Tetapkan niat dalam hati untuk didik adik-adik yang masih kecil. Ajar apa yang patut. Bentuk akhlak dan peribadi yang mulia. Sebab apabila mereka sudah meningkat remaja atau dewasa peluang untuk lebih banyak habiskan masa bersama dah tak sama. Apatah lagi kalau masing-masing dah berkahwin
~~~~~~
24 years old me said that....
Setiap kali aku rasa emosi, aku suka tulis dan simpan dalam draf. Dan bila perasaan tu datang balik, aku suka baca apa yang aku pernah tulis. Throwback feelings gitu.
Masa aku tulis, umur aku 24 tahun. Aku berada dalam fasa baru habis belajar dan tengah struggle untuk cari kerja. Dengan kesihatan aku yang tidak berapa baik masa tu sangat-sangat buat aku rasa down.
Orang kata "Nurul kau masih muda, banyak lagi yang kau boleh buat." Tetapi istilah masih muda bagi aku tu tidak relevan buat aku guys.
Untuk cipta sesuatu kejayaan tidak perlu lihat pada usia. Berapa ramai orang yang sudah meningkat usia menyesal kerana tidak capai apa yang mereka mahu capai ketika masih muda. "Kalau aku masih muda aku mahu buat macam tu.. macam ni.."
I'm glad I wrote this post year ago.
"Masing-masing fokus dengan diri, keluarga dan kerjaya. Ada yang sudah punya kareer sendiri. Ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Ada yang masih berada di takuk yang sama. Tiada perubahan macam aku."
Itulah apa yang aku rasa guys. Tiada perubahan kalau aku tidak cuba untuk berubah. Kalau aku teruskan untuk layan perasaan sakit aku. Aku tidak akan ke mana-mana. Aku tidak akan menulis sehingga ke saat ini. Aku tidak akan jadi fulltime blogger. Mungkin sampai sekarang aku akan menyalahkan takdir.
Aku sangat bersyukur dengan apa yang aku lalui setahun yang lalu. Terlalu banyak hikmah yang ALLAH bagi untuk aku. Kini aku faham kenapa hidup aku tidak seperti orang lain. Setiap orang punya kisah sendiri.
"...I have what I wanted or dream but it doesn't change anything."
No guys! Sebenarnya aku yang tidak bersyukur. Sekiranya hati ini bersyukur dan redha dengan apa sahaja ujian yang ALLAH bagi barulah mata hati ini akan nampak betapa perjalanan hidup ini telah diatur dengan cantik sekali.
Tujuan aku menulis semua ini untuk ingatkan diri aku kembali. Apa sahaja ujian untuk hari ini pasti ada hikmah disebaliknya. Kesedihan hari ini pasti akan diganti dengan kegembiraan yang penting terus bersabar.
Sebagai seorang manusia yang lemah, tiada daya dan kekuatan melainkan hanya ALLAH yang permudahkan semuanya.
Thank you 24 years old me.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/07/random-post-2019-thank-you-24-years-old.html