Rancang Untuk Besarkan Bisnes Goreng Pisang Anda Dengan Carta Organisasi Perniagaan




Jika anda tinggal di Semenanjung Malaysia, sudah tentu selalu sangat jumpa gerai orang jual goreng pisang di tepi jalan. Ia dah jadi satu bisnes yang biasa sehingga tak terfikir bahawa akan ada tempat di mana anda bisnes itu tidak semudah seperti mana di sini untuk anda temui.
Saya perasan perkara ini ketika kerap bergerak mengembara di Sabah dan Sarawak. Ketika itu teringat nak makan goreng pisang dan mata mula fokus untuk melihat kalau-kalau ada gerai jual goreng pisang di tepi jalan. Puas fokus tapi tak ketemu sampai ke sudah. Rupanya jumlah gerai goreng pisang di sana tidak semeriah di semenanjung sini. Itu yang saya perhatikan la, jika salah, harap pembaca dari sana tolong betulkan ya.
Sejak saya mula datang ke Lembah Kelang di penghujung abad ke-20 dulu ada satu gerai goreng pisang paling sedap yang saya tak pernah lepas untuk bungkus satu beg setiap kali lalu di situ. Gerai itu ada di Subang Jaya betul-betul di simpang nak keluar dari SS15/5 ke Jalan Kemajuan depan Subang Parade. Saya akan campur sedikit pisang abu dan sedikit pisang nangka, ada rasa unik goreng pisangnya yang tak ada di tempat lain. Tapi sekarang gerai itu dah tak ada, entah kemana telah berpindah atau mungkin dah tutup saya tak tahu.
Saya tulis pasal bisnes goreng pisang ni sebab terfikir idea bagaimana nak besarkan perniagaan ini dan bukan kekal sekadar satu gerai saja dari awal hingga akhir. 
Soalannya, adakah perniagaan ini boleh dibesarkan?
Idea bisnes goreng pisangKatakan anda tiada pilihan selain dari menjalankan perniagaan goreng pisang. Itulah saja yang anda tahu dan itu saja modal yang ada buat waktu ini. 
Perkara paling awal yang anda perlu lakukan adalah membina keunikan produk goreng pisang yang nak dijual itu. Macam saya kata di atas tadi, memang kebanyakan gerai jual goreng pisang yang sama saja, dan saya ingat semuanya sama. Tapi setelah makan goreng pisang di SS15 tu, saya baru tahu anda boleh buat ia jadi tak sama.
Untuk unikkan goreng pisang anda, elok tanya orang yang rajin beli dan makan goreng pisang di mana dia rasa unik dan sedap. Bila dah tahu pergi beli dan rasa. Cuba sebanyak mungkin mana yang orang kata sedap dan cari sebab kenapa ia sedap dan apa yang membezakannya dari goreng pisang lain.
Perlu diingatkan di sini sedap adalah pada sara mulut pelanggan dan bukan pada rasa mulut anda. Jika mulut anda pelik dari orang lain, sekalipun anda yakin ia adalah 100% sedap, belum tentu anda boleh jual goreng pisang tu. Maksudnya, selain dari anda sendiri rasa memang sedap, pastikan majoriti kawan-kawan dan orang ramai yang lain turut sama akui ia memang sedap. Produk bisnes anda adalah untuk orang, untuk pelanggan dan bukannya untuk keseronokkan anda sendiri. Jangan sampai syok sendiri.
Bila produk dah muktamad, dah jumpa formula terbaik, maka anda perlu kenal pasti lokasi di mana perniagaan akan dijalankan. Fikir jangka panjang dalam bab lokasi. Anda boleh saja buka meja, pasang dapur, khemah dan mulakan perniagaan, cara gerila berani mati. Tapi jika tempat itu tak dibenarkan perniagaan, anda mengundang risiko tak dapat bertahan. 
Jika produk anda mendapat sambutan, orang berbaris panjang setiap hari, ia hanya mengundang cemburu dan akan ada yang buat laporan dan video anda mengamuk marah pegawai penguat kuasa majlis jadi viral pulak. Elakkan semua itu, glamor tak bertempat jangan dijadikan pegangan hidup. Biar tak glamor tapi bisnes laku keras, ada untung dan kekal lama. Itu sasaran yang perlu dibuat.
Besarkan bisnes goreng pisangBila semua dah selesai, dah mula berniaga, nampak ada cahaya dan anda mula memecahkan rekod mencapai titik pulang modal dalam tempoh masa yang pendek. Kemudian anda dah mula buat untung setelah tolak semua kos jualan dan kos tetap termasuk gaji anda sebagai Taukeh dan semua pembantu, anda seeloknya perlu berangan-angan untuk besarkan perniagaan itu.
Mulakan dengan sediakan satu carta organisasi. Mungkin anda rasa pelik. Takkan berniaga goreng pisang pun nak kena buat carta organisasi?
Ya! tak pelik pun! bukan untuk anda lukis, print dan tampal pada kiosk gerai goreng pisang tu, tapi sebagai permulaan angan-angan agar perniagaan goreng pisang anda berkembang dan seterusnya jadikan anda seorang jutawan goreng pisang. Anda perlu mulakan dengan cara yang betul. 
Jadi jangan cakap banyak, mari sediakan carta organisasi perniagaan goreng pisang. Buat yang asas saja dulu. Bermula dengan jabatan dan orang yang menguruskan jabatan di syarikat gerai goreng pisang anda.
Pengarah urusan – Mohd ShubhiPengurus jualan dan pemasaran – Mohd ShubhiPengurus operasi – Mohd ShubhiPengurus kewangan – Mohd ShubhiPengurus sumber manusia – Mohd Shubhi4 urusan pengurusan yang disebutkan di atas merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh peniaga goreng pisang yang mahu berkembang dan bercita-cita tinggi. Dengan adanya carta organisasi tersebut peniaga goreng pisang, dalam kes ini Mohd Shubhi, perlu menyediakan masa untuk berfikir dan kembangkan setiap jabatan yang telah dibentuknya.
Urusan jualan dan pemasaranMohd Shubhi perlu sentiasa berfikir soalan kenapa orang perlu beli goreng pisangnya berbanding penjual goreng pisang lain. Apa kelainan yang perlu dibuat untuk menarik jualan goreng pisangnya itu. Dia juga perlu mengenal pasti lokasi lain yang strategik bagi memasarkan goreng pisangnya.
Penting untuk pastikan seramai mungkin orang tahu tentang bisnes goreng pisang itu, tentang produk goreng pisang yang ditawarkan, buat orang rasa ingin cuba pergi dan beli. Bila dah sampai gerai, buatkan supaya mereka beli lebih dengan merangka proses up-selling. Bila dah beli, fikirkan cara untuk pastikan mereka datang beli lagi sekerap mungkin.
Itu tugas orang yang duduk di jabatan Jualan dan pemasaran. Anda perlu tambah ilmu tentang urusan jualan dan pemasaran ini. Beli buku, ikuti seminar dan latihan dan tambah kenalan dari kalangan mereka yang arif.
Urusan operasiMohd Shubhi perlu sentiasa memikirkan bagaimana dia boleh meringkaskan operasinya menjadi cekap dan konsisten berdasarkan matlamat yang mahu dicapainya berdasarkan strategi yang telah dirangka dalam jabatan jualan dan pemasaran di atas. Perlu cara jalan bagaimana proses operasi yang cekap itu dapat diulang dengan mudah di tempat atau cawangan lain.
Urusan kewanganMohd Shubhi perlu memikirkan bagaimana dia boleh menjana wang yang cukup untuk mengembangkan perniagaannya di tempat lain. Di mana dia boleh dapatkan sumber kewangan jika tidak cukup dalam merealisasikan perkembangan perniagaannya.
Perlu pastikan perniagaan menjana keuntungan, perlu jimatkan kos dan naikan harga dan pada masa yang sama push produk yang paling menguntungkan agar meningkat jualannya, berikan maklumat pada jabatan pemasaran dan jualan segala maklumat analisa kewangan yang anda ada.
Urusan sumber manusiaMohd Shubhi perlu memikirkan bagaimana dia boleh merangka satu sistem yang berkesan bagi melatih pekerja goreng pisang yang cekap dan memenuhi keperluan perniagaan goreng pisangnya. Dia juga perlu memikirkan bagaimana boleh didapati sumber manusia bagi menjadi pekerjanya.
Pengarah UrusanMohd Shubhi perlu menggabungkan semua jabatan dibawahnya agar seiring dan cekap merealisasikan matlamat yang ada di dalam kepalanya.
Saya hanya berikan antara idea yang anda perlu fikirkan di setiap jabatan. Ada banyak yang perelu difikirkan, perlu cara maklumat supaya anda dapat kuasai setiap urusan di setiap jabatan.
Dengan melatih disiplin memikirkan kesemua perkara di atas, lambat laun perniagaan goreng pisang Mohd Shubhi akan berada di segenap pasaraya dan di segenap ceruk rantau pekan yang ada di Malaysia. Dia juga akan memenuhi permintaan penghantaran goreng pisang ke semua pejabat atau rumah di seluruh negara. Dan akhirnya Mohd Shubhi di kenali sebagai Jutawan Goreng Pisang!
Begitulah lebih kurangnya, pedoman buat semua mereka yang bercita-cita besar untuk membesarkan perniagaan. Tidak kira apa saja perniagaan yang anda jalankan sediakan semua carta organisasi yang diperlukan dan pastikan penjawatnya memikirkan apa yang saya sebutkan di atas. Walaupun anda bermula keseorangan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/01/rancang-untuk-besarkan-bisnes-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisang Batu

Pisang Batu

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 95 hits
Pisang batu betul ke nama dia Pernah nampak ada orang sebut pisang ni pisang batu sebab banyak biji Nama lain dia LM pun tak tau Assalamualaikum semua Hai selamat pagi Ada yang kenal pisang ni Pokok dia mirip Pisang Abu atau mirip juga pisa...
Makan Nasi Daun Pisang Banana Bro Aeon Bukit Indah

Makan Nasi Daun Pisang Banana Bro Aeon Bukit Indah

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 263 hits
Assalamualaikum WBT DAH nak dekat tengah malam baru datang idea nak berblog kisah siang tadi Padahal tengah tengok k drama Love Scout ni Takpe kita pause dulu la ya kita cerita kisah siang tadi Tiga empat kali pusing cari parking di Aeon Bu...
Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 154 hits
Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku Teringat pisang tanduk maka terfikir nak makan kerepek pisang pulak Nak dekat puasa dan raya dah ramai orang start ambil order sampailah hujung ramadan nanti Tempahan kerepek pisang akan ditutup Saya pulak ...
Resepi Apam Pisang Gebus By Mariana Zainal

Resepi Apam Pisang Gebus By Mariana Zainal

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 109 hits
RESEPI APAM PISANG GEBUS by MARIANA ZAINAL ResipinyaBahan A6 7 biji pisang berangan1 cawan gula perang1 sdt double action baking powder2 sdt baking sodaSecubit garam1 sdt perahan limau nipis kasturiBahan B3 biji telur gred A1 cawan minyak m...
Buasir Otak Tv Bila Belajar Penjodoh Bilangan Pisang

Buasir Otak Tv Bila Belajar Penjodoh Bilangan Pisang

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 155 hits
Setiap kali bila murid belajar tentang penjodoh bilangan pisang Jom tonton animasi ini
Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 277 hits
Kuih batil pisang atau dikenali juga sebagai talam pisang ini antara kuih tradisional masyarakat Banjar Sedap berlemak dari rasa pisang dan juga santan kuih ini sesuai untuk hidangan petang Buat Sarah Alias yang berkongsi resipi ini kuih ba...
Tunang Ahli Perniagaan Kim Jongmin Umum Di 2 Days 1 Night Bakal Kahwin April Ini

Tunang Ahli Perniagaan Kim Jongmin Umum Di 2 Days 1 Night Bakal Kahwin April Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 116 hits
Kim Jong min akan berkahwin Artikel Berkaitan Pada episod 12 Januari rancangan 2 Days 1 Night Season 4 ahli tetap program itu membuat pengumuman yang menggembirakan semasa pembukaan rancangan Berdiri di podium dia berkongsi Saya ada sesuatu...
Ypkdt Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Kini Dibuka

Ypkdt Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 107 hits
Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Oleh Yayasan Pembangunan Keluarg Darul Takzim kini DibukaSatu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dibawah YPKDT bagi memperkasa ekonomi wanita dan golongan sasar yang telah dibentangkan oleh YAB Dato...
Vincent Tan Biodata Senarai Syarikat Empayar Perniagaan

Vincent Tan Biodata Senarai Syarikat Empayar Perniagaan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 175 hits
Siapa yang tida kenal dengan Vincent Tan salh seoran oang paling kaya di Malaysia Vincent Tan Chee Yioun lahir pada 23 Februari 1952 di Batu Pahat Johor adalah seorang tokoh perniagaan pelabur dan dermawan Malaysia yang terkenal B eliau mer...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Selamat Tinggal 0176076730

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Everything Zen A Charming Bmw R65 Bobber From Sydney

Polis Terima Enam Laporan Siasat Tiga Pengacara Radio