Rancang Cuti Sakit
Meluatnya bila tengok orang yang perasan dirinya sihat sentiasa. Dok pertikai orang yang cuti sakit. Macam diri sendiri tu tak pernah cuti sakit. Haish... Tak pasal-pasal meroyan di hari yang baik ni.
Bila orang cuti sakit hari Isnin, dikatanya saja-saja sebab mood hari Ahad masih ada. Bila orang cuti sakit hari Jumaat, dikatanya semalam nampak sihat je. Aiya, lu ada jumpa itu olang lepas office hour ka? Lu satu lumah dengan dia ka? Memanglah semalam dia nampak sihat tapi kau boleh jamin ke yang dia tu takkan diduga dengan penyakit yang Allah nak bagi on the spot? Ko yakin ke dari pukul 5 petang sehingga 5 pagi which is 12 hours, yang orang tu akan sihat sentiasa? Demam boleh muncul anytime je dalam tempoh tu tau.
Yang tak tahannya, yang ko pertikaikan tu kawan ko sendiri. Betul-betul menikam la ko ni. Ko kata semalam kawan ko tu boleh lagi terlonjak-lonjak. Sedangkan aku nampak dia semalam memang dah tak sihat la, cik abang oi. Siap minta Actifast lagi dengan member kat partition sebelah. Ko nampak dia terlonjak-lonjak dengan ko sebab dia tak nak situasi korang muram. Tapi kalaupun dia terlonjak-lonjak semalam sebelum habis office hour, itu takkan menjamin dia takkan demam secara tiba-tiba. Kun faya kun, cik abang oi.
Ye, memang ada sesetengah orang yang sakit tapi masih datang pejabat juga. Kemampuan setiap orang berbeza-beza, cik abang oi. Sedangkan tahap IQ pun tak sama. Dia tahulah tahap kemampuan dia. Takkan dia nak paksa diri datang kerja kalau dah tak mampu. Dibuatnya paksa juga tapi on the way tu sakit bertambah, tersadai pula tepi jalan. Dah tersadai nanti, ko sudi ke datang tolong dia? Paling kuat pun, ko jenguk dia kat hospital je pun. Lepas tu hukur RM10. Biasalah kan. Kawan ketawa spesies macam ko tu senang nak cari.
Cubalah bersangka baik sikit. Esok lusa ko kena timpa musibah macam tu, ko tak rasa kecewa ke bila orang pertikaikan lebih-lebih lagi orang tu adalah kawan ko sendiri. Aish, aku yag tolong cover keje budak tu pun okey je bila budak tu tak datang sebab tak sihat, ko lak nak pertikai lebih. Baik lepas ni ko tak payahlah jadi kawan dia.
Hati Kecil : Menyampah dengan orang yang depan baik bersimpati tapi kat belakang dok mengata kawan sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ibunoey.blogspot.com/2016/03/rancang-cuti-sakit.html