Ranau Kundasang Pilihan Pelancong Dari Luar Negeri


IMAGE SOURCE,DEMI SABAHImage caption,Mount Kinabalu Sky Bike kian menjadi tumpuan klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ranau, Kundasang destinasi pelancongan popular di Sabah RANAU: Daerah Ranau dan Kundasang terus menjadi pilihan pelancong dari luar negeri yang mahukan suasana percutian yang segar serta kaya flora dan faunanya.

LASAK: Siti Hawa (kiri) dan Reuti semasa menaiki Sky Bike di Kigiok Ranau. Dua pelancong dari Kuala Lumpur yang ditemui, masing-masing menzahirkan rasa gembira kerana dapat menikmati percutian yang menyeronokkan.

Siti Hawa Ahmad, 51 dan Reuti Susanti Amran,50, yang gemar melakukan aktiviti lasak berkesempatan berkunjung ke Mount Kinabalu Sky Bike di Kampung Kigiok, enam kilometer dari pekan Ranau.

Susanti berkata, percutian ke daerah ini memang sangat berbaloi kerana lokasinya kaya dengan flora dan fauna yang belum terusik.

“Panaroma berlatar belakang Gunung Kinabalu memang suatu pengalaman percutian yang tidak boleh dilupakan dan tidak terdapat dimana-mana tempat.


“Walaupun lawatan kami ini singkat, tetapi sempat juga berkunjung ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Kundasang dan Ranau,” katanya.

Sementara itu, Siti Hawa berkata, percutian ke Sabah terutamanya di Kundasang dan Ranau sangat menyeronokkan.

Bagaimanapun, katanya, laluan ke daerah ini sangat mencabar kerana masih banyak jalan raya yang rosak, sempit dan berbahaya.

“Saya berharap kerajaan Sabah dapat menaik taraf jalan raya ke daerah ini demi keselesaan pelancong yang mahu datang berkunjung ke daerah Ranau dan Kundasang,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua mereka adalah antara 32 pelancong dari Kuala Lumpur yang datang melancong ke daerah ini.


Mereka turut melawat ke Dairy Farm Kundasang, Taman Air Panas Poring, Marakau Bombon, Ranau Rabbit Farm (RRF) Kigiok, Sabah Teh Nalapak dan Taman Warisan Gunung Kinabalu.

Selain itu, mereka sempat melawat Taman Sepilok Sandakan dan sekitar Kota Kinabalu sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

KENANGAN: Azlishah (empat kiri) bersama rombongan berkunjung ke Ranau Rabbit Farm. Azlishah Ahmad yang mengetuai rombongan pelancong dari Pulau Pinang berkata, keadaan jalan raya kurang memuaskan tidak menghalang mereka datang mengunjungi daerah ini.

Katanya, mereka bertekad datang ke Ranau dan Kundasang walaupun terpaksa melalui jalan raya yang sempit, selekoh tajam dan curam.

“Syukur perjalanan kami ke daerah ini sangat lancar dan selamat sampai ke destinasi penginapan seperti yang dirancang.

“Lokasi menarik yang sempat kami kunjungi termasuklah Dairy Farm, Taman Kinabalu, Bukit Sosodikon, Marakau Bombon, Ranau Rabbit Farm (RRF), Mont K Skybike dan Sabah Teh,” katanya.


Azlishah berkata, mereka sangat bertuah kerana berpeluang menjejakkan kaki ke daerah yang sangat cantik dan setanding dengan pusat pelancongan di luar negara.

“Perjalanan ke Ranau dan Kundasang memberikan pengalaman baharu dan kenangan manis yang kami tidak akan lupakan sampai bila-bila.

“Selepas daerah ini, kami akan melawat Tamparuli dan Kota Kinabalu, sebelum balik ke semenanjung,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/07/ranau-kundasang-pilihan-pelancong-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Mengundi Bagi Pilihan Raya Negeri

Tarikh Mengundi Bagi Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 244 hits
MB Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun 2023 yang lalu ini bermakna Pilihan Raya Negeri Selangor mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran DUN mengikut Akta Suruhanjaya...
Tuduhan Hasutan Jejas Peluang Pada Pilihan Raya Negeri Kata Sanusi

Tuduhan Hasutan Jejas Peluang Pada Pilihan Raya Negeri Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 251 hits
Tuduhan hasutan jejas peluang pada pilihan raya negeri kata Sanusi Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Jul 2
Pilihan Raya Negeri Bersedia Untuk Membuat Perhitungan

Pilihan Raya Negeri Bersedia Untuk Membuat Perhitungan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 240 hits
Pilihan raya negeri Bersedia untuk membuat perhitungan Pengundi perlu mengambil serius pilihan raya ini berbanding untuk tidak melibatkan diri By Prema DevarajANIL NETTO Kita semakin menghampiri pilihan raya di enam negeri Selangor Kelantan...
Village Chief To Challenge Dap Sec Gen In Negeri Sembilan

Village Chief To Challenge Dap Sec Gen In Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 282 hits
A David versus Goliath battle is shaping up in the battle for the seat in Negeri Sembilan This contest will see political novice Perikatan Nasional s Rosmadi Arif going up against two term incumbent Anthony Loke While Loke enjoys a national...
Prn N Sembilan Wajib Pertahankan 36 Kerusi Ketua Wanita Amanah Negeri

Prn N Sembilan Wajib Pertahankan 36 Kerusi Ketua Wanita Amanah Negeri

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 240 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan wajib mengekalkan kemenangan 36 kerusi yang dipertanding dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini Ketua Angkatan Wanita Amanah negeri Norwani Ahmat berkata tekad ...
Kbs Negeri Selangor 2023

Kbs Negeri Selangor 2023

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 251 hits
SALAMAlhamdulilah di beri kesempatan untuk terus berkhidmat sebagai AJK Kebajikan Keselamatan dan Kecemasan untuk program KEM BESTARI SOLAT dibawah anjuran PPD KS PPD HULU SELANGOR dan PPD SABAK BERNAM berkolaborasi dengan SPI JPN Selangor ...
Aminuddin Chow To Stay If Ph Wins Negeri Sembilan Penang Says Anwar

Aminuddin Chow To Stay If Ph Wins Negeri Sembilan Penang Says Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 303 hits
Aminuddin Harun and Chow Kon Yeow led the Negeri Sembilan and Penang state governments respectively before their legislative assemblies were dissolved to make way for the coming state elections SHAH ALAM Aminuddin Harun and Chow Kon Yeow wi...
Amanah Tanding 31 Kerusi Di Prn 6 Negeri

Amanah Tanding 31 Kerusi Di Prn 6 Negeri

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 319 hits
FMT ReportersSHAH ALAM Amanah akan meletakkan 31 calon pada PRN di enam negeri 12 Ogos ini Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu akan meletakkan sembilan calon masing masing di Selangor dan Kedah serta tujuh di Kelantan Parti itu j...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord