Rampasan Dadah Bernilai Setengah Juta Di Ipoh


IPOH 24 Okt. – Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di negeri ini setelah menahan lapan lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM550,000 dalam empat serbuan termasuk di dua buah makmal memproses bahan itu di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perak itu, polis merampas lapan kilogram heroin, 1.219 kilogram syabu, 30 liter cecair syabu, 108 gram ketamin dan 21 gram pil psikotropik.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas pelbagai barangan bernilai RM371,000 termasuk tiga buah kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM32,131, barang kemas dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama. Menurut beliau, kejayaan itu bermula hasil serbuan pertama di sebuah rumah di Jelapang Tambahan, di sini pada 22 Oktober lalu pukul 5 petang.

“Polis menahan seorang lelaki di dalam rumah itu dan hasil pemeriksaan menjumpai empat peket plastik berisi ketulan kristal berwarna putih disyaki syabu seberat 207 gram. Kita juga merampas bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah seperti iodin, asid hidroklorik, aceton, red fosforus, dimethyl sulphoxido dan caustic soda serta peralatan memproses dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, dadah berkenaan diseludup masuk ke negara ini sebelum diproses di sekitar daerah Kinta, Batu Gajah dan Kampar sejak enam bulan lalu.

Noor Rashid berkata, susulan serbuan pertama, polis menahan empat lelaki masing-masing seorang di Taman Silibin Mewah dan tiga lagi di kawasan kebun pisang berhampiran Taman Suria, Tanjung Rambutan di sini. Hasil pemeriksaan, polis menemui dua tong aluminium mengandungi cecair aceton, 24 tong plastik cecair aceton, empat periuk berisi syabu cecair, empat setengah plastik bertulis caustic soda dan peralatan dapur memproses dadah.

Tambahnya, polis kemudian membuat serbuan di Kondominium Taman Meru Impiana, di sini dan berjaya menahan tiga lagi suspek dengan salah seorang daripadanya patah tangan kiri selain cedera di pinggang dan kaki setelah cuba melarikan diri dengan terjun dari bangunan itu.

“Hasil pemeriksaan polis menemui serbuk disyaki heroin seberat lapan kilogram, syabu (1.012 kilogram), ketamin (108 gram) dan pil psikotropik seberat 21 gram,” ujarnya. Menurutnya, semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lalu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kata beliau, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 29 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana mengedar dadah yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pemadamwangsamaju.blogspot.com/2011/11/rampasan-dadah-bernilai-setengah-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gomen Luluskan 7 Projek Atasi Masalah Banjir Di Melaka Bernilai Rm600 Juta

Gomen Luluskan 7 Projek Atasi Masalah Banjir Di Melaka Bernilai Rm600 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 288 hits
The ReporterSebanyak tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di negeri Melaka telah diluluskan di peringkat kerajaan pusat kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim berkata projek itu melibatkan projek na...
Dadah Rm4 2 Juta Dirampas Suami Isteri Dalang Utama Ditahan Jsjn

Dadah Rm4 2 Juta Dirampas Suami Isteri Dalang Utama Ditahan Jsjn

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh Razarudin Husain menunjukkan dadah yang dirampas hasil empat serbuan baru baru ini pada sidang media di IPK Johor hari ini Gambar FB Polis Johor SEBANYAK RM4 2 juta dadah berjaya dirampas hasil empat serbuan di sekitar Johor Bahru pada...
Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 299 hits
Terkini Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL Bekas perdana menteri Najib Razak memohon keistimewaan daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2 8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di keji...
Nelayan Temui Muntah Ikan Paus Bernilai Rm5 Juta

Nelayan Temui Muntah Ikan Paus Bernilai Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Seorang nelayan di Thailand bakal bergelar jutawan segera apabila menemui muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai kira kira AS 1 2 juta Narong Phetcharaj pergi ke pantai ketika melihat objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani se...
Wanita Terkejut Batu Yang Hampir Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Berlian Bernilai Rm11 Juta

Wanita Terkejut Batu Yang Hampir Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Berlian Bernilai Rm11 Juta

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 339 hits
LONDON Seorang wanita warga emas terkejut apabila dia menemui sebutir berlian 34 karat yang bernilai 2 juta yang hampir dibuang ke tong sampah semasa membuat kerja pembersihan Batu berlian itu telah dibeli oleh wanita itu pada jualan car bo...
Wow Pandalela Terima Habuan Bernilai Rm1 3 Juta

Wow Pandalela Terima Habuan Bernilai Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 179 hits
RATU terjun negara Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1 3 juta daripada pihak swasta dan Kerajaan Sarawak atas pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lepas Anak kelahiran Sarawak itu dihadiahkan sebuah kondomini...
Pengkhianat Negara Pekerja Kargo Klia Jadi Tali Barut Penyeludupan Dadah Rm8 1 Juta

Pengkhianat Negara Pekerja Kargo Klia Jadi Tali Barut Penyeludupan Dadah Rm8 1 Juta

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 333 hits
Dua kakitangan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan dan rampasan dadah bernilai RM8 1 juta Suspek antara empat individu yang diberkas polis dalam operasi diada...
Pendedahan Najib Bakal Dapat Rumah Percuma Bernilai Rm100 Juta Di Kejiranan Mewah Kl

Pendedahan Najib Bakal Dapat Rumah Percuma Bernilai Rm100 Juta Di Kejiranan Mewah Kl

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 354 hits
Kebimbangan timbul berhubung keputusan kerajaan memberikan penghargaan kepada bekas PM di atas khidmat awamnya walaupun disabit kesalahan rasuah berprofil tinggi Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat beberapa kelebihan selepas kerajaan...
Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 312 hits
Gambar ContohMELAKA 26 Okt Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru