Ramalan Mat Sabu Benar Belaka


Muhammad Azizul Osman Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Bagaikan Nujum Pak Belalang.
Itu perumpamaan sesuai bagi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang rupa-rupanya pernah membayangkan perpecahan dalaman Pakatan Harapan (PH) akan mengakibatkan mereka menjadi pembangkang semula.
Kata-kata Mat Sabu itu pernah diucapkan pada sesi Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu seperti dalam satu audio yang tersebar lewat malam tadi.
Menurut audio itu, Mat Sabu berkata, sekiranya PH berpecah belah, tidak mustahil mereka akan kembali ‘memanaskan’ kerusi pembangkang di Dewan Rakyat kelak.
“Kalau Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan berpecahlah, kita akan jadi pembangkang balik, celaru nanti,” katanya dalam sesi Mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan pada 21 Februari lalu.
Selang dua minggu kemudian, kata-kata Mat Sabu menjadi kenyataan apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dengan gabungan baharu, Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai UMNO dan Pas.
Audio berjudul ‘Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020’ itu tular lewat malam tadi dan disiarkan di Facebook Bersatu sokong Tun Mahathir.
Dalam audio lebih dua jam itu, rata-rata semua kepimpinan PH ketika itu bertegang leher tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada yang mempertikaikan tempoh serahan kuasa itu sepatutnya dijalankan selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan ada juga yang mahu Mahathir memegang tampuk kerajaan selama satu penggal.
Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempertahankan desakan untuk Mahathir meletakan jawatan harus dihentikan.
Malah katanya buat Mahathir yang membuat keputusan sendiri tentang peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar.
“Kita telah buat keputusan pada 23 haribulan dan ada pihak yang terlalu mendesak untuk beliau letak jawatan.
Lim Guan Eng pula berkata; “Kita tidak pernah desak Tun untuk letak jawatan.”
Pertikaman lihat berterusan sehinggalah Mahathir berkata, beliau akan membuat keputusan untuk tempoh peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar selepas APEC.
“Saya akan buat keputusan selepas APEC,” kata Dr Mahathir.
Timbalan Presiden PKR ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata tiada konsensus peralihan kuasa selepas APEC.
“Tidak ada konsensus, bukan saya seorang sahaja tidak setuju ada banyak lagi pihak lagi. Jangan tuding jari kepada saya. Di sini banyak pandangan yang berbeza, kenapa tuding jari kepada saya,” celahnya.
Sebelum ini, MalaysiaGazette ada melaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang selesai pada tengah malam 21 Februari itu tegang apabila seorang presiden parti mengemukakan cadangan agar soal tarikh peralihan kuasa dibincang berdua antara Mahathir dan Anwar.
Laporan memetik sumber yang berada dalam mesyuarat Big Six (wakil enam orang parti dalam Mesyuarat Majlis Presiden) itu berkata, idea presiden parti itu dibantah bulat-bulat oleh seorang timbalan presiden parti gabungan itu. -MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/ramalan-mat-sabu-benar-belaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 523 hits
Mahjathir cari masalah orang memang cekap Nak buat orang ragu pun pandai Cakap mamak memang macam tu Dia tak sedar apa dia buat dulu Anak Mat Sabu kena tangkap kes dadah 3 bulan keputusan air kencing pun tak keluar Siapa PM masa itu Kenapa ...
Korang Nak Join Ker Mat Sabu Ajak Turun Jalanan Hahahahaha

Korang Nak Join Ker Mat Sabu Ajak Turun Jalanan Hahahahaha

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 400 hits
Keputusan kerajaan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini hanya untuk mendengar urusan titah Yang di Pertuan Agong tidak mengejutkan malah telah dijangka Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata tindakan itu tidak menunjukkan atau mendukung...
Dividen Ltat 2 Mana Mat Sabu Mai Sini

Dividen Ltat 2 Mana Mat Sabu Mai Sini

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 335 hits
Apabila kamu umumkan dividen LTAT 2 iaitu paling rendah dalam sejarah kamu tuduh BN tipu laporan kewangan tahun 2017 Kamu salahkan BN kerana dakwa kita tipu akaun tahun 2017 untuk umumkan dividen terlalu tinggi Sebab itu kamu kata PH perlu ...
Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 428 hits
Tak ada dia nak koreksi diri Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggalMukhri...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto