Ramalan Lebih 3 000 Kes Menjelang Hari Raya Jika Sop Diabai


 MALAYSIAKINI
 
Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan keadaan penularan Covid-19 di Malaysia akan terus memburuk kepada 3,000 kes baru sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri, jika prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.
Ramalan mutakhirnya juga menunjukkan kadar kes baru boleh mencecah hampir 5,000 sehari menjelang akhir Mei tahun ini.
Sebaliknya, kadar kes boleh berkurang kepada 500 kes sehari menjelang Hari Raya jika SOP dipatuhi, dan kemudian kepada sekitar 300 kes sehari menjelang akhir Mei.
Hari Raya Aidilfitridijangka jatuh pada 13 Mei.
Graf terbaru KKM menunjukkan keadaan Covid-19 di Malaysia pada masa ini mengikut lengkungan senario "ketidakpatuhan kepada SOP", yang menjangka kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.2.
Pada masa sama, senario "kepatuhan kepada SOP" menjangka kadar RT menurun daripada 1.2 kepada 0.8.
Sebagai perbandingan, Malaysia mencatatkan purata 2,387 kes Covid-19 sehari sejak seminggu lalu. Terdapat 2,875 kes baru dilaporkan semalam, yang merupakan jumlah tertinggi sejak 24 Feb lalu.
Peningkatan kes 14 hari berturut-turut
Sementara itu, data KKM turut menunjukkan penularan Covid-19 di negara ini meningkat secara pesat untuk 14 hari berturut-turut, setakat semalam.
Rt seluruh negara melangkaui 1.00 - secara turun naik - sejak awal bulan ini susulan beberapa pelonggaran SOP dan lebih ramai yang keluar rumah.
Menurut kerajaan, pelonggaran SOP dibuat berdasarkan keperluan untuk menyeimbangkan ekonomi dan kesihatan, tetapi data terbaru ini membayangkan ia tidak mapan untuk jangka panjang.
Bermula 9 April, kadar Rt sekali lagi melebih 1.00 dan tidak turun sejak itu. Sebaliknya, ia meningkat kepada 1.119 - kadar tertinggi untuk tahun ini - sebelum turun kepada 1.16 sejak lima hari lalu.
Jika kadar Rt tidak diturunkan kurang daripada 1, bilangan kes baru Covid-19 akan terus bertambah dan meningkat dengan cepat, yang boleh menyebabkan sistem kesihatan tidak dapat menampung kes yang ada.
Sementara itu, di peringkat negeri, Kelantan mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.53. Semalam, seluruh negeri itu dikenakan perintah kawalan pergerakan di saat katil bagi pesakit Covid-19 di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan hampir penuh.
Negeri dan wilayah lain yang merekodkan Rt melangkaui 1 semalam adalah Kuala Lumpur (1.29), Melaka (1.23), Kedah (1.18), Negeri Sembilan (1.16), Pahang (1.16), Sabah (1.14), Sarawak (1.14), Selangor (1.12) Johor (1.12) dan Terengganu (1.11).
Negeri dan wilayah dengan Rt bawah 1 adalah Putrajaya (0.95), Penang (0.94), Perak (0.94), and Labuan (0.75). Tiada kadar Rt untuk Perlis semalam memandangkan negeri itu tidak mencatatkan kes baru.
Tiada perancangan untuk PKP ketiga
Terdahulu, Malaysia menguatkuasakan darurat bermula 11 Januari dan PKP kedua di sesetengah negeri dan wilayah persekutuan dua hari kemudian.
Pada hari itu, terdapat 2,232 kes baru, 28,554 kes aktif dengan kadar Rt 1.11. Langkah itu dibuat untuk mengelakkan "keruntuhan" sistem kesihatan Malaysia apabila hospital dan pusat kuarantin tidak lagi dapat menampung kes Covid-19.
Pada 10 Feb, kes aktif mencapai kemuncak dengan 52,186 kes, manakala kes baru harian mencapai angka tertinggi pada 30 Jan, dengan 5,728 kes. Sebagai perbandingan, terdapat 22,014 kes aktif semalam.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga pada 15 April lalu memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP, tetapi menggesa perniagaan agar mematuhi SOP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/ramalan-lebih-3000-kes-menjelang-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaangagal Hari Ketujuh Dengan Lebih Daripada 2 000 Kes Baharu

Kerajaangagal Hari Ketujuh Dengan Lebih Daripada 2 000 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 168 hits
Pada 22 April 2021Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis 22 April 2021 Negara kita mencatatkan 2 340 kes baharu Covid 19 semalam hari ketujuh berturut turut negara ini mencatatkan le...
Covid 19 Kes Harian Kembali Melonjak Pada Angka Lebih 2 000 Dengan 2 148 Kes Hari Ini

Covid 19 Kes Harian Kembali Melonjak Pada Angka Lebih 2 000 Dengan 2 148 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 190 hits
PUTRAJAYA Kes harian hari ini kembali melonjak pada angka melebihi 2 000 dengan 2 148 kes menjadikan jumlah kes positif Covid 19 kini mencecah 367 977 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah ters...
Police Ready To Conduct House To House Sop Checks During Hari Raya

Police Ready To Conduct House To House Sop Checks During Hari Raya

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 261 hits
The police are prepared to conduct house to house inspections in conjunction with Hari Raya Aidilfitri celebrations to ensure there are no unapproved cases of interstate travel Bukit Aman Internal Security and Public Order Department direct...
Covid 19 2 078 Kes Baharu Lebih 20 000 Kes Aktif

Covid 19 2 078 Kes Baharu Lebih 20 000 Kes Aktif

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 254 hits
Sementara itu Malaysia merekodkan 2 078 kes baharu COVID 19 dalam tempoh 24 jam yang lalu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes SUBSCRIBE now ...
Kes Baru Lepasi 3 000 Jumlah Keseluruhan Jangkitan Lebih 400 000

Kes Baru Lepasi 3 000 Jumlah Keseluruhan Jangkitan Lebih 400 000

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 211 hits
MALAYSIA NOW Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1 019 Pengunjung bazar Ramadan membuat pendaftaran masuk dengan mengimbas kod Mysejahtera dan mengambil suhu sambil dipantau penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya di P...
Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 217 hits
Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidiltri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan
Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 239 hits
Selain daripada penjawat awam persekutuan yang menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri penjawat awam negeri Selangor juga bakal menerima bonus hari raya pada bulan Mei ini Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bant...
India Catat Lebih 200 000 Kes Baharu Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

India Catat Lebih 200 000 Kes Baharu Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 169 hits
India catat lebih 200 000 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam Dikemas kini 34 saat yang lalu Diterbitkan pada 15 Apr 2021
Padah Langgar Sop Di Restoran 45 Individu Dikompaun Rm1 5000 Rm2 000 Di Kuantan

Padah Langgar Sop Di Restoran 45 Individu Dikompaun Rm1 5000 Rm2 000 Di Kuantan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 188 hits
KUANTAN Serbuan yang dilakukan pada pukul 11 55 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali Mohamad Noor ber...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment