Ramai Yang Taktahu Keluarga Mangsa Kes Pemandu Mabuk Boleh Buat Tuntutan



Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.


Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.


Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.


Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.


Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.


Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.


Bila boleh saman ni?


Sekarang pun boleh.


Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati.


Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.


Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.


Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.


Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.


Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.


Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.


Yang pertama, Dependency Claim.


Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.


Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu WAJIB directly kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.


Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.


Yang kedua, Bereavement Claim.


Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.


Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.


Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.


Yang ketiga, Loss Of Support.


Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.


Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu.


Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.


Yang keempat, Estate Claim.


Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.


Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.


Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.


Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


Yang kelima, tuntutan kos guaman.


Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.


Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.


Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.


Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?


Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:


- Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.


- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.


- Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.


- Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.


Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.


Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rancakdc2.blogspot.com/2020/06/ramai-yang-taktahu-keluarga-mangsa-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan pindaan akta ke atas undang undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan
Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 445 hits
Keadaan kereta yang dibakar akibat marah kononnya seorang wanita memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan pasangan kembar cedera parah dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda Tasek Gelugor NSTP Ihsan PDRMTASEK GELUGOR Seorang peniaga sayur...
Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 568 hits
MARAH dengan wanita MABUK sebabkan eksiden penduduk kampung bakar kereta TASEK GELUGOR 19 Jun Tindakan seorang pemandu wanita yang melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila kenderaannya telah dibakar...
Pemandu Bas Yang Mulia Hati Tidak Mabuk

Pemandu Bas Yang Mulia Hati Tidak Mabuk

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 377 hits
Tindakan berani seorang pemandu bas di Miskolc Hungray mendapat pujian ramai selepas dia bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir diragut Tindakan berani pemandu basMenerusi laporan yang dipetik daripada insiden cemas itu b...
Mudah Waris Boleh Buat Tuntutan Wang Tak Dituntut

Mudah Waris Boleh Buat Tuntutan Wang Tak Dituntut

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 385 hits
Hanya Perlu Hantar dokumen seperti Beikut 1 Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA 7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Waris Pentadbir 2 Salinan dokumen pengenalan diri This is a content summarry Visit my website for full...
Polis Tahan 1 200 Pemandu Mabuk Sejak Januari

Polis Tahan 1 200 Pemandu Mabuk Sejak Januari

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 1 200 pemandu mabuk dan positif kandungan alkohol melebihi had ditahan menerusi Op Mabuk sejak awal tahun hingga 15 Jun lepas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Azisman Alias berkata jumlah...
Tuntutan Palsu Rm58 000 00 Kes Tahun 2019 Ap Johor

Tuntutan Palsu Rm58 000 00 Kes Tahun 2019 Ap Johor

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 369 hits
Penasihat Ahli Parlimen ditahan kes tuntutan palsuKUALA LUMPUR Seorang penasihat khas kepada Ahli Parlimen di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi projek yang tidak dilaksanakan Lel...
Akmal Nasir Apa Yang Kita Boleh Buat Susulan Pengguguran Pertuduhan 46 Kes Musa Aman

Akmal Nasir Apa Yang Kita Boleh Buat Susulan Pengguguran Pertuduhan 46 Kes Musa Aman

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 312 hits
Kita tidak mahu pertuduhan rasuah dan penyelewengan melibatkan orang politik tiada kesudahan Paling mudah beranikah setiap Ahli Parlimen Perikatan Nasional isytihar harta Hakikatnya akauntabiliti MP perlu kepada rakyat Kemudiannya kita perl...
Kes Tuntutan Palsu Hakim Tegur Akibat Makan Hasil Haram

Kes Tuntutan Palsu Hakim Tegur Akibat Makan Hasil Haram

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 379 hits
Hasil yang haram walau satu sen sekalipun ia akan menjadi darah daging hingga mampu memberi kesan kepada keperibadian anak anak hingga ada yang menjadi nakal serta menjejaskan integriti jabatan dan diri sendiri Teguran itu diberikan Hakim J...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp