Ramai Yang Sebak Dengar Khutbah Jumaat




Pada hari Jumaat yang lalu, ramai di kalangan jemaah masjid sebak dan menangis apabila mendengar khutbah yang dibacakan oleh khatib yang bertajuk "Menghargai Jasa Ibu Bapa". 
Khutbah Jumaat yang menyentuh jiwa dan perasaan para jemaah Jumaat lepas disediakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Sebak dan menitis air mata sepanjang khutbah dibaca oleh Khatib terutamanya bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa. 
Bagi yang masih mempunyai ibubapa, hargailah mereka sebelum mereka dijemput menemui Ilahi. Terima kasih ibu dan ayah.
Boleh muat turun khutbah Jumaat ni di sini. https://www.e-maik.my/v2/index.php/e-khutbah
Menghargai Jasa Ibu BapaUcaplah terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada ayah dan ibu:
TERIMA KASIH IBU kerana mengizinkan kami menumpang rahim ibu selama 9 bulan 10 hari.
TERIMA KASIH IBU kerana telah bersusah payah melahirkan kami sehingga terkoyak isi ibu, terluka kulit ibu, tertumpah darah ibu, dan bercucuran air mata ibu kerana menahan kesakitan dan penderitaan.
TERIMA KASIH IBU yang sanggup berkorban, tidak pernah kenyang makan dan minum kerana ingin mengenyangkan kami.
TERIMA KASIH IBU yang tidak pernah nyenyak tidur kerana memikirkan keselesaan tidur kami.
TERIMA KASIH AYAH yang mengizinkan kami dibinkan kami dengan nama ayah.
TERIMA KASIH AYAH yang sudi melaungkan azan dan kalimah syahadah ketika kami baru dilahirkan dari perut ibu.
TERIMA KASIH AYAH yang sudi mengajar kami tentang ketegasan di dunia ini, hingga kami kenal peraturan dan jalan kehidupan.
TERIMA KASIH AYAH yang menjadi asbab kami mengenal Allah tuhan kami, kami kenal Nabi Muhammad SAW utusan Allah. Kami kenal akidah sebenarnya yang mesti dipegang sehingga akhir hayat kami.
TERIMA KASIH AYAH, insan tabah yang jarang menitiskan air mata di hadapan kami. Titisan itu hanya untukMu Ya Allah, resah gelisah ayah disembunyikan daripada kami tetapi hanya diceritakan kepada Allah SWT. Rahsianya hanya engkau yang tahu Ya Allah.
TERIMA KASIH AYAH yang selalu bertanya khabar kami melalui lisan dan perantaraan ibu.
TERIMA KASIH AYAH yang sudi menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu.
TERIMA KASIH AYAH yang selalu memandang kami, ketawa kecil, senyum lebar dari jauh.
TERIMA KASIH AYAH yang telah mendidik kami dengan tegas. Hari ini kami menjadi ayah kepada anak-anak kami. Kami baru mengenali watak ayah sebenarnya.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU kerana sanggup berkorban wang ringgit beribu-ribu untuk membesarkan kami. Pada masa kami masih bayi, susu, lampin dan pakaian mencecah ribuan ringgit.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU menghantarkan kami ke sekolah. Di waktu kami di alam sekolah rendah selama 6 tahun.
IBU DAN AYAH bersusah payah berhabis ribuan ringgit untuk belanja sekolah kami sebelum kami melangkah ke sekolah menengah.
Ketika kami di sekolah menengah, di alam remaja kami, IBU DAN AYAH memerah keringat, membanting tulang empat kerat menyediakan duit belanja kami, membeli buku-buku sekolah dan yuran peperiksaan. Terima kasih ibu dan ayah membelanjakan semua itu dengan nilai beribu-ribu.
Apabila kami memasuki universiti, ayah dan ibu sanggup bergadai menjual tanah pusaka demi anak supaya berjaya.
Ayah dan ibu telah membelanjakan untuk kita daripada usia bayi sehingga dewasa mencecah jutaan ringgit. Apakah ayah dan ibu kita merupakan jutawan?.
Justeru, sedarlah kita bahawa nilai kasih sayang dan jasa ibu dan bapa tidak mampu untuk kita membayarnya.
Ya Allah, sekiranya ayah dan ibu masih ada, engkau sihatkanlah tubuh badan mereka, engkau panjangkanlah umur mereka dalam kebajikan dan kerahmatan. Tambahkanlah padanya ketabahan, keimanan dan ketaqwaan, Ya Arhamarrahimin.
Andai kata, engkau ingin mengambil nyawa mereka berdua dari kami, janganlah engkau sakiti mereka Ya Allah. Engkau permudahkanlah dan ringankan beban mereka ketika menghadapi sakaratulmaut.
Andai mereka telah pergi bertemuMu Ya Allah, dengan rahmatMu yang maha luas, Engkau lapangkanlah kubur mereka. Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurgaMu yang luas tidak terperi. Kurniakanlah mereka nikmat yang abadi.
Sesungguhnya berbakti kepada kedua ibu bapa tidak terhenti ketika mereka masih ada. Pintu berbuat ihsan dan bakti kepada mereka tidak pernah tertutup walau mereka telah meninggalkan kita. Dalam sebuah hadis, seorang lelaki daripada Bani Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, apakah masih ada bentuk baktiku kepada ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia?
Rasulullah SAW menjawab: Ya ada, iaitu dengan mendoakan keduanya, beristighfar atau meminta keampunan untuk keduanya, menunaikan janjinya, menyambung silaturrahim dengan orang yang kedua ibu bapamu lakukan serta memuliakan teman-temannya.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak soleh yang terus berbakti hingga akhir hayat, baik ketika ibu bapa masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Di dunia mereka hidup bahagia, di alam kubur pahala terus mengalir kepada mereka.
Sumber: MAIK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kickstory.net/2024/01/ramai-yang-sebak-dengar-khutbah-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot Pihak Polis Ambil Tindakan

Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot Pihak Polis Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 125 hits
Baru baru ini tular di media sosial berkenaan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang didakwa meminta tindakan boikot oleh segelintir pihak diberhentikan Perbuatan boikot berlawanan dengan keadilan Islam Hal tersebut te...
Dah Besar Nanti Jaga Uncle Akif Nellysa Kongsi Nama Anak Sebak Dengar Ucapan

Dah Besar Nanti Jaga Uncle Akif Nellysa Kongsi Nama Anak Sebak Dengar Ucapan

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 256 hits
Selamat melahirkan bayi sulungnya pada 18 Mei lalu pempengaruh Nellysa Norazlan berkongsi nama buah hati kesayangannya dan suami Nelly dan suaminya Multazam sepakat memilih nama indah iaitu Muhammad Eushaq yang mempunyai makna yang cukup he...
Detik Detik Menegangkan Besi Crane Jatuh Dan Ditabrak Mrt Warga Panik Dengar Hantaman Keras

Detik Detik Menegangkan Besi Crane Jatuh Dan Ditabrak Mrt Warga Panik Dengar Hantaman Keras

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 140 hits
Detik Detik Menegangkan Besi Crane Jatuh dan Ditabrak MRT Warga Panik Dengar Suara Hantaman Keras
Mayat Dalam Toren Air Diduga Buronan Kasus Narkoba Warga Dengar Suara Orang Dicekik

Mayat Dalam Toren Air Diduga Buronan Kasus Narkoba Warga Dengar Suara Orang Dicekik

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 208 hits
Warga Duga Mayat dalam Toren Air Buronan Kasus Narkoba Sembunyi saat Digerebek Polisi
Suami Atas Katil Dengan Penyondol Ramai Puas Dengar Isteri Bagi Penampar Berkali2

Suami Atas Katil Dengan Penyondol Ramai Puas Dengar Isteri Bagi Penampar Berkali2

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 110 hits
Tular satu video dikongsi seorang pengguna TikTok memperlihatkan seorang isteri mencekup suami atas katil dengan penyondol dipercayai sedang berdua duaan Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai piqah wanita itu mema...
Pekat Loghat Kl Tu Berlakon Sinetron Netizen Terhibur Dengar Meerqeen Cakap Bahasa Indonesia

Pekat Loghat Kl Tu Berlakon Sinetron Netizen Terhibur Dengar Meerqeen Cakap Bahasa Indonesia

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 163 hits
Populariti drama Melur Untuk Firdaus telah melonjakkan nama pelakon berbakat besar iaitu Meerqeen Pelakon ini bukan hanya dikenali di Malaysia dia juga mendapat tempat di hati penonton Indonesia Terbaru Meerqeen mencuri tumpuan apabila munc...
Video Bahlil Terkejut Dengar Keberanian Mahasiswi Kritik Ntt Hingga Bikin Nangis

Video Bahlil Terkejut Dengar Keberanian Mahasiswi Kritik Ntt Hingga Bikin Nangis

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 132 hits
Menteri Investasi Bahlil Lahadalia dibuat terkejut dengan keberanian seorang mahasiswi yang jujur dengan kondisi NTT saat ini
Lala Nak Uncle Aziz Tersipu Malu Dengar Ucapan Aziz Harun Ramai Geram Tengok Gelagat Anak Syamel Ernie

Lala Nak Uncle Aziz Tersipu Malu Dengar Ucapan Aziz Harun Ramai Geram Tengok Gelagat Anak Syamel Ernie

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 254 hits
Siapa yang tidak kenal dengan si comel Nur Khawla Soleha anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel yang sememangnya sering tampil dengan aksi dan keletahnya yang menghiburkan Terbaru Khawla atau nama timangannya Lala mencuri per...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa