Ramai Mati Sebab Paru Paru Mengeras


Keadaan paru-paru seorang pesakit Covid-19 yang rosak dan lebih keras berbanding paru-paru sihat yang akan kelihatan berwarna merah. Gambar kecil: Dr Eng Kar Seng klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Jangkitan kuman dan radang paru-paru adalah punca utama ramai yang mati akibat Covid-19. Bulan Ogos 2021 merupakan bulan terburuk bagi Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda negara apabila purata kes harian di negara ini melebihi 20,000 kes, dengan kes harian tertinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos lalu.


Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah sementara menunggu Covid-19 menjadi endemik di negara ini, masih ramai yang terkorban termasuklah golongan muda kerana wabak pembunuh itu.

Kebanyakan pesakit Covid-19 akan berdepan dengan masalah sistem pernafasan. – Gambar hiasan Jumlah kematian sebenar pada hari Khamis, 16 September sahaja seramai 107 orang.

Mungkin ramai yang sudah lali dengan penyakit Covid-19, namun adakah kita mengetahui bagaimana sebenarnya Covid-19 meragut nyawa pesakit dan bagaimana ia mula merebak ke seluruh tubuh badan lantas merosakkan organ dalaman?



Organ rosak Menjawab persoalan tersebut, Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh, Dr Eng Kar Seng berkata, sistem imun yang tidak terkawal dan kecederaan yang dialami oleh organ akibat Covid-19 boleh melumpuhkan keseluruhan sistem saluran darah di dalam badan pesakit.


“Terdapat dua faktor mengapa organ di dalam badan boleh rosak kerana Covid-19. Pertama adalah sistem imun yang tidak terkawal dan kedua adalah kecederaan yang berlaku apabila virus itu melekat kepada reseptor di organ badan yang menyebabkan kesan langsung ‘Cytotoxic’.


“Kebanyakan pesakit mengalami pneumonia atau 80 hingga 90 peratus kecederaan pada paru-paru dan 10 peratus akan memberi kesan kepada organ lain seperti otak serta jantung.

“Ini kerana virus Covid-19 menyerang saluran darah di mana ketulan darah kepada organ tersebut menyebabkan pesakit mengalami serangan jantung, strok atau buah pinggang,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambahnya, Covid-19 melekat di badan kita pada ‘Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2)’ reseptor yang kebanyakannya berada di saluran udara pesakit dan boleh dijumpai di saluran darah, jantung, hati, buah pinggang dan otak.

Gambaran paru-paru (CT scan) ini menunjukkan pesakit wanita Covid-19 yang baru bersalin 3 minggu lalu. Pesakit ini berada di ICU selama satu bulan dan gambaran putih di bahagian paru-parunya menunjukkan radang paru-paru. “Apabila virus ini masuk ke dalam badan, kebanyakan pesakit dalam 80 peratus akan menjadi ‘mild Covid’ dan sistem imun akan melawan dengan tindak balas yang baik.

“Namun, 20 peratus daripada mereka yang mempunyai sistem imun tidak terkawal akan mengalami radang paru-paru yang teruk dan kecederaan organ-organ yang lain.

“Ini juga akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembekuan darah pesakit dan mengakibatkan kekurangan darah kepada organ-organ tersebut. Terdapat beberapa senario kronik yang menyebabkan pesakit lumpuh setengah otak dan serangan jantung akibat saluran darah tersumbat,” katanya.

Radang paru-paru Kar Seng yang juga pegawai kesihatan di wad ICU Hospital Sungai Buloh sejak wabak itu melanda negara berkata, jangkitan dan radang paru-paru adalah punca utama ramai yang mati akibat Covid-19.

“Kebanyakan pesakit Covid-19 mengalami radang paru-paru dan apabila radang ini menular, paru-paru akan menjadi ‘fibrosis’ dan lebih keras. Kebanyakan pesakit yang menggunakan mesin bantuan pernafasan lebih dari seminggu, mereka mudah untuk mendapat jangkitan berikutnya (secondary infection) daripada bakteria lain.

Kar Seng menunjukkan gambar X-ray keadaan paru-paru seorang pesakit Covid-19 berumur 25 tahun. “Oleh kerana tiub saluran udara diletakkan pada saluran pernafasan pesakit, sistem pertahanan dalam badan mereka akan dilemahkan di mana pesakit tidak dapat batuk dan memerlukan sedutan kahak setiap tiga jam,” katanya.

Jangan putus asa bila ditidurkan Kar Seng berpandangan bahawa masyarakat tidak perlu putus harapan atau terlalu bimbang akan proses ‘menidurkan’ pesakit kerana kadar dan peluang untuk hidup adalah sebanyak 70 peratus.

“Semasa pesakit ‘ditidurkan’, kadar kematian mereka adalah dalam 15 ke 30 peratus. Proses ‘intubation’ dilakukan apabila pesakit Covid-19 itu mengalami radang paru-paru yang teruk dan pesakit tidak boleh menampung pernafasan sendiri kerana mengalami oksigen yang rendah.

“Apabila radang mereka semakin pulih dan boleh bernafas sendiri, kita akan mencabut tiub pernafasan mereka. Jadi tidak bermakna pesakit yang ditidurkan itu tidak akan bangun kembali. Ia bergantung kepada keadaan pesakit ketika itu dan servis kesihatan yang optimum,” katanya.


Jelas beliau, apa yang paling penting adalah masyarakat perlu peka bila masa yang sesuai untuk datang ke hospital dan tidak melambatkan rawatan untuk mengurangkan kadar kematian.

“Apa yang berlaku pada kebanyakan orang adalah apabila mereka tidak sihat dan mengalami simptom seperti batuk dan sukar bernafas, mereka masih berada di rumah. Ini akan mengeruhkan keadaan apabila mereka memerlukan rawatan cepat setibanya di hospital kerana Covid-19 sudah membunuh sistem imun yang tidak terkawal,” katanya.

INFO

Jumlah kematian sebenar (seminggu)

16 Sept - 107 orang

15 Sept - 133 orang

14 Sept - 159 orang

13 Sept - 175 orang

12 Sept - 186 orang

11 Sept - 191 orang

10 Sept - 195 orang

SOURCE: Premium Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/ramai-mati-sebab-paru-paru-mengeras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Penggunaan Cairan Disinfektan Untuk Membersihkan Benda Mati

Cara Penggunaan Cairan Disinfektan Untuk Membersihkan Benda Mati

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 177 hits
Benda benda yang paling sering di sentuh seperti ponsel meja saklar lampu gagang pintu mouse keyboard laptop atau komputer keran air remot tv dan sebagainya sangat rentan disinggahi oleh bakteri dan virus Bakteri dan virus yang terdapat pad...
Orang Melayu Mesti Baca Kutipan Cukai Sudah Tidak Cukup Kerajaan Mati Akal Penasihat Ekonomi Pula Tak Ada Akal

Orang Melayu Mesti Baca Kutipan Cukai Sudah Tidak Cukup Kerajaan Mati Akal Penasihat Ekonomi Pula Tak Ada Akal

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 225 hits
First here is an opener by my friend Norman Fernandez REOPEN THE 4 D OUTLETS By Norman FernandezIt is time that the government allow the Forecast Number Operators to resume operations Ever since the Covid 19 pandemic the 4 D outlets at vari...
Kj Mungkir Janji Mengenai Kes Mati Bid Kata Lim

Kj Mungkir Janji Mengenai Kes Mati Bid Kata Lim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 146 hits
KJ mungkir janji mengenai kes mati BID kata Lim Veteran DAP Lim Kit Siang berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin belum mengotakan janjinya untuk memberikan lebih banyak perincian berhubung angka kes kematian yang dibawa ke hospital aki...
Lelaki Panjat Pokok Disangka Kera Mati Ditembak

Lelaki Panjat Pokok Disangka Kera Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 221 hits
Pihak bomba mengurus mayat mangsa setelah diturunkan dari atas pokok buah terap setinggi 10 meter di Kampung Kejapil Bekenu Miri MIRI Seorang lelaki yang disangka kera mati ditembak ketika memanjat pokok buah terap di Kampung Kejapil Bekenu...
Thomas Arya Feat Fany Zee Sumpah Setia Sampai Mati Chord

Thomas Arya Feat Fany Zee Sumpah Setia Sampai Mati Chord

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 283 hits
Am Dm G CDm Am F E Ambelum kering dahulu Dmsaat kau sakiti hatikuG Ckini terulang lagi Dm Amsesak rasa dada ku disini F Gmelihatmu bersamanya Amorang yang pernah kau cinta F G Am Amtak seperti yang engkau kira Dmseperti yang engkau duga G C...
Mati Akibat Covid Atau Akibat Disuntik Vaksin

Mati Akibat Covid Atau Akibat Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 268 hits
IBRAHIM MAT ISAOleh kerana cabaran demi cabaran kononnya kami ni penipu aku tampilkan muka pertama sahaja laporan Jangan cakap lagi kami ni hanya kuat bercakap Kalau korang tak perihatin dengan kematian baik diam dan tunggu isyarat transhum...
Tapir Betina Mati Dilanggar Motosikal

Tapir Betina Mati Dilanggar Motosikal

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 131 hits
TAPIR betina yang mati dilanggar penunggang motosikal di Kilometer 70 Jalan Jerangau Jabor di AMBS Dungun malam tadi DUNGUN Seorang buruh berdepan detik cemas apabila motosikalnya terlanggar seekor tapir melintas di Kilometer 90 Jalan Jeran...
7 Penyebab Laptop Mati Sendiri Berikut Cara Mengatasinya Jangan Panik

7 Penyebab Laptop Mati Sendiri Berikut Cara Mengatasinya Jangan Panik

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 274 hits
Kalaupun nggak bisa betulin sendiri paling nggak kamu tau penyebabnya dulu baru deh laptopnya dibawa ke tukang servis
Hiburan Paru Paru Rosak 20 Peratus Aishah Lawan Kesakitan Dengan Mengaji Dan Zikir

Hiburan Paru Paru Rosak 20 Peratus Aishah Lawan Kesakitan Dengan Mengaji Dan Zikir

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 170 hits
Penyanyi Aishah yang baharu saja sembuh daripada wabak COVID 19 tampil berkongsikan keadaan kesihatannya sebaik sahaja dibenarkan keluar daripada hospital ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin 56 ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults