Ramai Dari Umno Masih Pegang Jawatan Lantikan Politik




Seorang pemimpin PN berkata dakwaan bahawa jumlah lantikan politik di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim lebih rendah berbanding pendahulunya adalah mengelirukan.
Merujuk kepada laporan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Setiausaha PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais, berkata, Umno mendominasi lantikan politik, dengan 410 individu memperoleh jawatan ketika pentadbiran lalu.
“Jika ramai lantikan dari Umno, terutamanya dari pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin, terus memegang jawatan mereka, ini mencadangkan bahawa pendekatan kerajaan Anwar Ibrahim mungkin lebih kepada mengekalkan status quo daripada menunaikan janji-janji reformasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan badan pemikir Ideas yang mengatakan kadar lantikan politik di bawah pentadbiran Anwar adalah kedua terendah berbanding pendahulunya.
Laporan tersebut menunjukkan kedudukan dari tertinggi ke terendah: Najib Razak (301), Ismail Sabri Yaakob (273), Muhyiddin Yassin (186), Anwar (95), dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh keduanya sebagai perdana menteri (86).
Janji reformasi
Mahathir berkata Anwar sebelum ini menegaskan pentingnya untuk menyaring pelantikan politik dengan teliti, dengan memastikan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi lain.
“Tetapi jika kerajaan telah membuat sejumlah 117 lantikan politik setakat Julai, seperti yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim, ini menimbulkan kebimbangan tentang komitmen untuk mengurangkan lantikan sebegini, terutama apabila dibandingkan dengan janji-janji reformasi yang sudah lama,” tambahnya.
Mahathir berkata selama beberapa dekad, Anwar dan pendukung reformasi seperti veteran DAP, Lim Kit Siang, menggesa lantikan politik dihapuskan untuk mengutamakan tadbir urus berasaskan merit.
“Tetapi dengan lantikan politik yang berterusan dan kemungkinan mengekalkan tokoh-tokoh dari pentadbiran terdahulu, kerajaan PH-BN dilihat mengikuti jalan yang sama seperti pendahulu mereka,” katanya, mempersoalkan sama ada kerajaan Anwar benar-benar menunaikan janji untuk melaukan reformasi sistem naungan politik atau hanya meneruskan amalan lama di bawah pentadbiran baru.
Merujuk kepada tempoh Muhyiddin dan Ismail Sabri sebagai perdana menteri, dia mendakwa kedua-dua pemimpin itu mengemudi negara keluar dari cabaran pandemik Covid-19 melalui “keputusan dan lantikan yang cepat” yang dibuat sebelum Anwar dilantik sebagai ketua kerajaan.
“Untuk mencemarkan usaha-usaha ini sambil menggambarkan diri sebagai lebih baik adalah tidak adil dan mengabaikan konteks kritikal yang dikendalikan pemimpin-pemimpin ini,” katanya.


Source link
The post Ramai dari Umno masih pegang jawatan lantikan politik appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/ramai-dari-umno-masih-pegang-jawatan-lantikan-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengurangkan Lantikan Politik

Mengurangkan Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 160 hits
ISLAH Lantikan politik adalah pelantikan individu ke jawatan kerajaan atau agensi berdasarkan hubungan politik bukan kelayakan atau merit semata mata Setiap Perdana Menteri mengambil pendekatan berbeza dalam pelantikan jawatan ini Lebih ban...
Rupanya Ada Beza Anak Tak Sah Taraf Dengan Anak Luar Nikah Ramai Masih Keliru

Rupanya Ada Beza Anak Tak Sah Taraf Dengan Anak Luar Nikah Ramai Masih Keliru

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 407 hits
Anak tak sah taraf dan anak luar nikah mempunyai perbezaan yang penting dan masih ramai yang belum menyedarinya Perkara ini perlu diambil serius agar persepsi masyarakat dapat diubah Jangan mudah membuat kesimpulan tanpa memahami perbezaann...
Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 226 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Kuwait semalam untuk mengadakan lawatan kerja rasmi bertujuan memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Kuwait Lawatan ini peluang penting untuk...
Tolak Mou Yang Betulnya Pn Masih Menaruh Harapan Untuk Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan

Tolak Mou Yang Betulnya Pn Masih Menaruh Harapan Untuk Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 437 hits
Alamat melopong lagilahHishamuddin AunPintu rundingan buat Ahli Parlimen pembangkang dapatkan peruntukan nampaknya dah tertutup rapat Tidak terima peruntukan bukan kiamat dalam politik kami kata Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ah...
Kami Jarang Bercakap Meski Dah 17 Tahun Dalam Snsd Hyoyeon Akui Masih Rasa Janggal Dengan Taeyeon

Kami Jarang Bercakap Meski Dah 17 Tahun Dalam Snsd Hyoyeon Akui Masih Rasa Janggal Dengan Taeyeon

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 424 hits
Meskipun dah lama bekerja bersama dalam satu kumpulan Tae yeon dan Hyo yeon nampaknya masih ada rasa janggal pada satu sama lain Artikel Berkaitan Baru baru ini Tae yeon telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube peribadi Hyo yeon di...
Hiburan Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik

Hiburan Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 478 hits
Pempengaruh dan usahawan terkenal memaklumkan bahawa dia enggan menjaja kisah kemelut rumah tangganya di alam maya kerana masih menghormati suaminya Jofliam Sebelum ini Jofliam mendedahkan bahawa dia sedang mengalami masalah rumah tangga be...
Doakan Yang Terbaik Untuk Kami Fattah Masih Sayangkan Fazura Syukur Kesempatan Jumpa Anak

Doakan Yang Terbaik Untuk Kami Fattah Masih Sayangkan Fazura Syukur Kesempatan Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 258 hits
Sebutan kes perceraian pasangan selebriti popular Fazura dan Fattah Amin yang berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari mendapat soroton ramai Fazura yang hadir ke mahkamah pagi ini kira kira jam 9 20 pagi dili...
7 Selebriti Wanita Popular Ini Sudah Bergelar Hajah Tapi Masih Tampil Terbuka Dan Berpakaian Seksi

7 Selebriti Wanita Popular Ini Sudah Bergelar Hajah Tapi Masih Tampil Terbuka Dan Berpakaian Seksi

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 540 hits
nbsp Memiliki harta yang melimpah ruah membuat sejumlah artis tanah air ini berkesempatan menunaikan ibadah haji Namun meski sudah pergi ke tanah suci Mekkah itu ternyata penampilan mereka tak ada perubahan masih tampil terbuka dan bahkan a...
Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas Ibu Masih Hilang

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas Ibu Masih Hilang

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 306 hits
KUALA NERANG 28 Sept Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan di sini pagi tadi ditemukan lemas petang ini
Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Sofia Rini Buyong Nafi Proksi Shamsul Iskandar Sifatkan Tuduhan Albert Tei Tohmahan

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

Dua Kali Berpatah Balik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karipap Kayangan

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania

Solat Di Pergunungan Alps Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Poco Launches Poco F8 Series