Ramai Dah Lupa Rukun Negara Jom Kita Belajar Balik 5 Prinsip Rukun Negara


Ramai dalam kalangan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram sekarang, saling hina menghina antara satu sama lain kerana Politik, Agama dan paling sedih golangan-golongan ini juga menghina Institusi di Raja. Jadi, mari kita belajar balik rukun negara. Moga dengan memahami rukun negara, kita boleh bersatu padu tanpa mengenal kaum, politik dan agama.



Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

5 Prinsip Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

sumber article: https://www.malaysia.gov.my/ and wikipedia
sumber gambar: google

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahrissaziela.com/2018/05/ramai-dah-lupa-rukun-negara-jom-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Belajar Basic Forex Secara Percuma Bersama Hotforex

Jom Belajar Basic Forex Secara Percuma Bersama Hotforex

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 308 hits
Dalam keadaan pandemik ni nak terus menerus tuding jari dekat mana mana pihak pun tak guna Bukan setakat suara kita terlalu kecil bahkan tak membantu langsung pun dekat ekonomi kita Nak tak nak kita sendiri kena buat sesuatu untuk bantu eko...
Arab Saudi Tarik Balik Sekatan Perjalanan Udara 11 Negara

Arab Saudi Tarik Balik Sekatan Perjalanan Udara 11 Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 247 hits
RIYADH 18 Syawal 1442H Ahad Arab Saudi menarik balik sekatan perjalanan udara dari 11 negara berkuat kuasa Ahad
Jom Belajar Bahasa Mandarin Mudah Percuma Part 1

Jom Belajar Bahasa Mandarin Mudah Percuma Part 1

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 960 hits
Hai guys Nak belajar tak Bahasa Mandarin Kenapa Riss nak mengajar anda bertutur dalam Bahasa Mandarin bukan Bahasa Tamil Pertama Bahasa Mandarin merupakan Bahasa international selepas Bahasa Inggeris Selain itu Malaysia mempunyai pelbagai l...
Bosan Duduk Di Rumah Jom Layan Game Online Percuma Di Plays Org Pasti Syok

Bosan Duduk Di Rumah Jom Layan Game Online Percuma Di Plays Org Pasti Syok

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 303 hits
Bosan Duduk di Rumah Jom Layan Game Online PERCUMA di Plays org Pasti Syok Sekarang Malaysia tengah Lockdown masing masing diarahkan duduk di rumah Aku akui semua masyarakat sekarang dalam dilema emosi tak mampu nak control dengan keadaan s...
Apa Itu B40 M40 Dan T20 Jom Kami Kongsikan Maksud Amp Kiraannya Bagi Tahun 2020

Apa Itu B40 M40 Dan T20 Jom Kami Kongsikan Maksud Amp Kiraannya Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 312 hits
Setiap kali kami memuat naik apa apa artikel ekonomi atau isu berkaitan bantuan kebelakangan ini di ruangan komen pasti akan terkeluar soalan mengenai apa itu b40 m40 dan sebagainya Malah ada yang tertanya tanya kenapa hanya golongan B40 da...
1st Dose Vaccination Completed Dah Jom Travel

1st Dose Vaccination Completed Dah Jom Travel

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 367 hits
Asaalamualaikum lama nya tak update teratak usang i ni Dulu dulu selalu rajin tapi bila dah meningkat usia ni dengan kenkangan kerja yang tak pernah nak habis terpaksa lah prior mana yang terpenting kan Tapi untuk posting kali ni i nak juga...
Mak Jom Ajar Anak Tengok Didik Tv

Mak Jom Ajar Anak Tengok Didik Tv

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 419 hits
Masa tengah scroll FB tadi ternampak jadual waktu Didik TV kawan FB share di profail dia Nasib baik kawan share di profailnya kalau tak memang mama tak perasan langsung jadual baru ni Baru je si Ali tanya tadi hari isnin tak ada zoom kelas ...
Jom Dapatkan Bigpay Card Airasia Sekarang

Jom Dapatkan Bigpay Card Airasia Sekarang

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 346 hits
Hai dalam satu post saya di FB ramai yang PM saya untuk mendapatkan cara untuk memiliki BigPay Card Jadi saya ingin kongsikan pada anda semua bagaimana cara dan apakah kelebihan yang akan dapat jika anda memiliki kad tersebut Apa Itu BigPay...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage