Ramai Cina Malaysia Sukar Terima Islam


USTAZ MUHAMMAD HANAFI ABDUL RAHMAN

1. Hakikat yang pahit Sekiranya ditanya kepada orang-orang Cina di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu memeluk Islam?  Nescaya kita akan mendapati antara jawapan yang diberikan adalah kerana kedudukan mereka lebih tinggi daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam dari aspek material. Mereka jauh lebih kaya, lebih cerdik dari pelbagai aspek, lebih gigih membanting tenaga, bahkan keupayaan mereka dari pelbagai sudut mengatasi apa yang ada pada umat Islam
 2. Benarkah begitu?  Hakikatnya, jawapan ini tidaklah mewakili keseluruhan masyarakat Cina. Bukan juga mahu menghina ataupun memperlekehkan Islam, bahkan sesetengah daripada mereka mengakui kemuliaan dan kebaikan Islam tetapi kelemahannya adalah menumpukan kepada umat Islam
 Mungkin sesetengah daripada mereka pula akan mencemuh dengan menyatakan bahawa terdapat di kalangan saudara-mara atau sahabat taulan mereka yang memeluk Islam, hanya menjadi peminta sedekah sedangkan mereka yang tidak memeluk Islam ini mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan dan masa depan mereka
 Sekiranya kita merenung kepada jawapan yang diberikan oleh mereka ini perlu sangatlah kita merenung dan muhasabah diri kita sendiri.  3. Bukan mahu perlekeh Islam Memang kita sekali-kali tidak akan membenarkan Islam diperlekeh oleh mereka dengan menyatakan bahawa kekayaan dan kesenangan dunia bukanlah menjadi kayu ukur kepada keredaan Allah. Bahkan kebahagiaan sebenar adalah di akhirat nanti.  Tetapi sekiranya kita merenung ke dalam sejarah Islam yang panjang,  kita akan mendapati bahawa jawapan mereka itu perlulah dijadikan iktibar juga kerana orang-orang Islam yang terdahulu berjaya mengislamkan masyarakat yang bukan Arab dan bukan Islam sehingga bangsa demikian menjadi Islam.   Lalu, mengapa pada hari ini realiti yang wujud tidak menunjukkan kepada kejayaan-kejayaan sebagaimana yang dicatatkan di dalam sejarah itu?  4. Kejahilan umat dan kelemahan Ulamak Hakikatnya sama ada kita sedar ataupun tidak, realiti yang berlaku hari ini, pernah diungkapkan oleh As syahid Abdul Qadir Audah, bahawa Islam terkepung di celah-celah antara kejahilan umatnya dan kelemahan cendekiawannya
 Hal ini mungkin hanyalah disedari oleh kita bila mana kita merenung bahawa di hari ini umat Islam lebih suka beramal dengan dalil-dalil Nas dengan makna yang satu lapis. Iaitu mengikut pengertian bahasa semata-mata dan tidak mahu menjangkau kepada makna-makna yang lebih mendalam sebagaimana yang telah dirintis oleh ulamak-ulamak terdahulu
 5. Kehidupan kita sehari-harian seolah-olahnya mahu menunjukkan bahawa kita menganggap Al-quran dan hadis sebagai petunjuk yang mempunyai makna yang cetek dan bukannya makna yang mendalam. Padahal hakikatnya makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis memiliki pengertian dan penjelasan yang tidak akan pernah habis digali sehinggalah kita menemui kematian sebelum kita sampai ke penghujungnya
 6. Dengan membuat alasan mudah, kononnya keterangan ulamak yang berjela-jela dengan metodologi falsafah yang dinamakan falsafah Islam, mengandungi racun-racun yang dibawa masuk oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu kita menolak untuk menggali dan menilai semula hasil penulisan dan kajian mereka yg mendalam di zaman mereka.  Sebagai contohnya kita yang kononnya dianggap sebagai cendekiawan Islam di Malaysia tidak berminat untuk mengkaji kitab-kitab dalam bidang tafsir, umpama tafsir Ruh  Al  Ma'ani,  Tafsir  Al-Kabir,  Tafsir  Tantawi dengan menyatakan bahawa tafsir ini adalah tafsirufassirin yang dari aliran ahli Ra'yi yang cenderung kepada kumpulan ahli nafsu, padahal Al Alusi, dan Ar Razi dan pengarang-pengarang itu telah berijtihad dan memohon bantuan hidayah daripada Allah.  7. Sikap yang sebeginilah yang akhirnya melahirkan sifat malas untuk berfikir dan mengkaji dengan cara yang lebih teliti. Sepatutnya kita menyambung dan memperincikan lagi kajian-kajian ulamak tersebut. Kalaulah ada perkara yang perlu ditapis wajarlah kita mengemukakan pembetulan serta saranan-saranan yang sesuai untuk zaman ini.  Di satu sudut yang lain lagi sikap asyik suka men dabik dada dan berbangga dengan apa yang ada berbeza dengan ulamak di zaman silam  yang lebih gigih dan lebih tekun walaupun terpaksa membuat tapak-tapak kekuatan yang memerlukan kepada kegigihan dan kesabaran yang lebih besar.  8. Maka perlu juga sekurang-kurangnya jawapan kaum Cina yang tidak mahu masuk Islam di Malaysia itu menjadi suatu muhasabah kepada kita bahawa ulamak-ulamak Islam terdahulu menerajui dunia. Itulah sebabnya dunia tunduk kepada Islam tetapi di zaman kita ini kita gagal menerajui dunia sebaliknya dunialah yang mengheret kita kepada sifat malas dan lemah. Perlunya kita memohon hidayah dari Allah untuk membaiki kelemahan-kelemahan kita.  "Ini adalah kerja yang besar kerana kegagalan kita juga amat besar".  *USTAZ MUHAMMAD HANAFI ABDUL RAHMANPensyarah , Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) - HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/ramai-cina-malaysia-sukar-terima-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebagai Bukan Islam Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sebak

Sebagai Bukan Islam Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 514 hits
Sebagai Bukan Islam Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sebak Menurut posting Iskandar Muadz itu kedua dua pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa Gambar dua pekerja Pos Malays...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 363 hits
Terima kasih rakyat Malaysia Sampai kita bertemu lagi Doakan kami selamat pergi dan balik ye demikian status Facebook yang dimuat naik Ahmad Safiuddin malam tadi Ahmad Safiuddin dan isterinya Nurul Erwani Zaidi bersama anak mereka Ainul Mar...
Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 844 hits
Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia di tahun 1957 Mereka dapat ehsan dari orang2 Melayu di Batu Pahat Johor Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun Mula2 bapak Lim Kit Siang cuma ternak ayam je...
Aksb Bab 7 Terima Anugerah The Malaysia Book Of Records

Aksb Bab 7 Terima Anugerah The Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 393 hits
Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad pernah dianugerahkan Largest Groundwater Operator yang disahkan oleh The Malaysia Book Of Records pada 20 November 2018 Rekod itu satu pengiktirafan mengenai operasi AKSB yang menggunakan sumber air ba...
4930 Icqs Ppim Akui Terima Laporan Maklumat Utusan Malaysia 13 5 19

4930 Icqs Ppim Akui Terima Laporan Maklumat Utusan Malaysia 13 5 19

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR 12 Mei Masalah ketirisan dan kelemahan keselamatan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan bukan perkara baharu yang dihadapi oleh kerajaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan malah me...
5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari Crg Pasti Sedap Dibuat Berbuka

5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari Crg Pasti Sedap Dibuat Berbuka

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 566 hits
Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum Menu masakan laut tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebah...
Umno Veep Rejects Bangsa Malaysia Concept Insists Must Centre On Islam And Malay Culture

Umno Veep Rejects Bangsa Malaysia Concept Insists Must Centre On Islam And Malay Culture

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 419 hits
Umno will not accept any concept that does not have Islam and the Malay culture at its heart the Opposition party s vice president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said today Referring to a recent article by Kluang MP Wong Shu Qi titled Uni...
Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan

Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 312 hits
Hits 74Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan untuk tahun ini Sesuatu yang jarang berlaku di Negara Jepun Beberapa hari lagi semua rakyat Jepun akan diberi peluang untuk menikmati 10 hari cuti tambahan Cuti yang panjang ini adalah sempen...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj