Ramadhan Belum Mampu Semai Kasih Sayang Sesama Muslim






 Ini bukan lagi soal definisi istilah agama. Bukan soal maksud bahasa Arab dan bukan juga soal asbabunnuzul. Ini adalah soal MOTIF. Apa motif video tersebut disebar, diberikan kapsyen yang meruntun emosi dan dipetik lari dari konteks? Tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan tuduhan dan tanggapan 'pre-existing' bahawa kumpulan yang menjadi kerajaan hari ini terdiri daripada mereka yang "kurang Islam" dan menganut fahaman liberal-plural. Ia adalah kelangsungan daripada naratif "holier than thou" yang disemai selama ini. 


Melihat dan mendengar video ucapan YBM Fadhlina memberikan gambaran jelas berserta konteksnya. Apa konteksnya? Beliau menyatakan kekesalan terhadap penularan istilah 'kafir' yang digunakan sewenang-wenangnya sampai ke sekolah, sehingga seseorang yang bekerja dengan majikan orang bukan Islam pun dipandang serong. Yang menyebutnya pula adalah anak-anaknya sendiri, itulah yang menjadi punca kemarahan YBM Fadhlina. Yang diharamkan itu menurut konteks dan sebutannya sendiri dalam video tersebut adalah atas maslahah kenegaraan, Fiqh Muwatanah, seperti yang dilontarkan oleh Syeikh Yusuf Qaradawi dan disambung bicaranya oleh bapa YBM sendiri, Dr. Siddiq Fadzil. Tidak sesekali dalam ucapannya ada menyebut, "saya larang anak-anak baca surah al-Kafirun di rumah saya!" 


Menteri ini dilahirkan oleh seorang pemikir Islam yang tersohor di Malaysia, dan Menteri ini kemudian melahirkan  pula seorang 'Hafizah' dalam keluarganya. Saya yakin dengan pegangan, iman dan aqidah beliau, hatta sebelum bertabayyun dengan mendengar videonya itu. 


Sangat menyedihkan untuk menyaksikan bahawa kumpulan yang menyebar fitnah kebencian, pada bulan Ramadan ini, terdiri daripada mereka yang kononnya menjadi pejuang dan pembela Islam. Mereka bukan pembela Islam, malah pembelit Islam. Membelit persepsi demi keuntungan politik dan memuaskan nafsu kebencian. Kalaulah ada sekelumit kasih sayang antara Muslim seaqidah, tidakkah kalian akan bertenang sebentar, mencari video dan memahaminya dengan jujur? Sesungguhnya tidak. Kalian tidak diajar dengan rahmah agama ini tetapi sudah diindoktrinasi dengan tohmah oleh pertubuhan yang disertai sehingga ia menjadi suatu anutan kepercayaan. Kalian bukan tidak baik, kalian cuma tidak memerintah. 


Ramadan 2024 belum mampu menyemai kasih sayang dan kemaafan sesama Muslim dan manusia di Malaysia. Bukan kerana agama tetapi kerana segelintir "agamawan."


#shmkritiksosial


-Sahul HM-






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/ramadhan-belum-mampu-semai-kasih-sayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Sayang Saya Seperti Anak Sendiri Sebak Beraya Bersama Mertua Puteri Sarah Bersyukur Masih Diterima

Terima Kasih Sayang Saya Seperti Anak Sendiri Sebak Beraya Bersama Mertua Puteri Sarah Bersyukur Masih Diterima

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 109 hits
Walaupun sudah tidak bersama pelakon Puteri Sarah Liyana diketahui masih menjalin hubungan baik dengan keluarga mertua iaitu ibu bapa kepada bekas suaminya pengarah Syamsul Yusof Sarah juga kelihatan datang berkunjung ke rumah mertuanya Dat...
Syabas Mb Kelantan Tahu Berterima Kasih

Syabas Mb Kelantan Tahu Berterima Kasih

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 181 hits
MB PENGAT TAHI TAHU BERTERIMA KASIH BAB DUIT TAHU LA YA UPSEREY NAPETEYMSOMenteri Besar Kealantan Nasaruddin Daud ucap terima kasih kepada perdana menteri Anwar Ibrahim atas pematuhan Anwar menyalurkan wang ehsan sebanyk RM58 6 juta minggu ...
Terima Kasih Madani Dulu Kena Kurung Jadi Benggong Habih

Terima Kasih Madani Dulu Kena Kurung Jadi Benggong Habih

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 109 hits
W FaudzinTerima kasih Malaysia Madani Jika dulu mereka dikurung tidak boleh beraya sambil kibar bendera putih kerana tiada makanan tapi di bawah Msia Madani mereka dapat balik kampung hingga ke Sabah dan Swak siap tambang murah lagi Itulah ...
Tak Perlulah Stres Atas Kebodohan Orang Lain Kasih Iris Leona

Tak Perlulah Stres Atas Kebodohan Orang Lain Kasih Iris Leona

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 106 hits
KUALA LUMPUR Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman Kasih Iris Leona membidas kritikan dan kecaman yan dilemparkan warganet kepadanya berikutan gagal menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya nyanyian asal Aisha Retno dan Aziz Haru...
Pilih Kasih Mak Ayah Selalu Puji Anak Kesayangan Dalam Diam Ada Anak Lain Yang Memendam Perasaan

Pilih Kasih Mak Ayah Selalu Puji Anak Kesayangan Dalam Diam Ada Anak Lain Yang Memendam Perasaan

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 191 hits
Mak ayah yang mempunyai sikap pilih kasih selalu memuji anak yang menjadi kesayangan tanpa sedar ada anak lain yang memendam perasaan tidak puas hati Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik an...
Lebih 400 Keluarga Terima Manfaat Program Kasih Ramadan Masti

Lebih 400 Keluarga Terima Manfaat Program Kasih Ramadan Masti

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 167 hits
PETALING JAYA Bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia telah menganjurkan Majlis Kasih Ramadan 2024 bersempena program Sahur Macam berbuka Subuh Macam Jumaat bertempat di Auditorium Kompleks...
Ibu Mengamuk Dalam Kelas Dakwa Pelajar Disisih Guru Pilih Kasih

Ibu Mengamuk Dalam Kelas Dakwa Pelajar Disisih Guru Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 169 hits
KOSMOGAMBAR menunjukkan murid tersebut ditempatkan di belakang dengan meja yang sangat rendah sementara pelajar lain disediakan meja dan kerusi yang jauh lebih baik TRIBUNJAMBIJAKARTA Seorang ibu mengamuk selepas melihat anak perempuannya d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba