Ramadan Al Mubarak Mujahadah Dan Pengorbanan



*SECANGKIR KOPI 53*
Pandemik COVID-19 telah mengubah tradisi umat Islam menjalani ibadah puasa. Tahun ini Ramadan disambut dalam suasana norma baharu ‘new normal’ yang nyata berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tiada bazar Ramadan, tiada buffet Ramadan, tiada ‘iftar jamaei’, solat terawih, tadarus al-Quran dan moreh di masjid dan surau. Semoga suasana baharu ini tidak menjadi penghalang bagi kita melaksanakan ibadat puasa dengan sebaiknya.
Tidak dinafikan kita rindukan untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid dan kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan beraneka jenis minuman. Tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan #kitaharusmenang dalam perjuangan ini.
Ramadan cukup sinonim dengan bulan ‘mujahadah’ dan pengorbanan, melalui Ramadan Allah SWT menguji hambanya agar mereka berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu, teringin makan tetapi tidak boleh makan, dahaga tetapi tidak boleh minum bahkan pertuturan, penglihatan juga perlu dijaga. Imam al-Ghazali berkata: _“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada keinginan nafsunya sama ada dalam aspek zahir atau batin”._
Apabila berbicara berkaitan ujian, mujahadah dan pengorbanan lembaran kisah Talut dan Jalut bersama tenteranya boleh dijadikan sebagai pengajaran atau ‘ibrah’. Allah telah menguji tentera Talut dengan ujian yang memerlukan Talut dan tenteranya melakukan mujahadah dan pengorbanan. Allah berfirman yang bermaksud, _“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia (Talut): “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”._ (al-Baqarah ayat 249)
Talut telah memerintahkan tenteranya untuk menyeberangi sungai dan sungai itulah satu daripada ujian yang memerlukan pengorbanan untuk menempuhinya. Tetapi malangnya, sebilangan besar tenteranya tidak mengendahkan arahan Talut supaya jangan minum air dari sungai tersebut. Sebahagian ulama menyebutkan daripada 80 ribu orang tentera Talut hanya 4 ribu orang sahaja yang tidak minum air di sungai tersebut. Walaupun dengan kuantiti tentera yang berkurangan Talut tetap meneruskan perjuangannya bersama tentera yang melepasi ujian dan rintangan tersebut. Allah berfirman lagi, _“Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”._ (al-Baqarah ayat 249)
Akhirnya, selepas mengharungi pelbagai ujian dan pengorbanan Talut dan tenteranya dikurniakan kemenangan oleh Allah dengan tumpasnya Jalut di tangan Nabi Daud. Biarpun Talut mara menentang dengan kuantiti yang kecil, tetapi kualiti tenteranya yang tahan diuji merupakan khazanah yang paling berharga.
UMNO dan BN telah melalui pelbagai ujian semenjak penubuhannya. Kita telah diuji sebagai pembangkang selama 22 bulan. Sepanjang tempoh tersebut kita telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi yang menyedarkan kita harga sebuah perjuangan, erti setiakawan dan nilai perjuangan. Dalam tempoh tersebut juga, kita telah dikurniakan hikmat terbesar dengan terbentuknya Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS yang membuka lembaran baharu politik tanah air. Melalui MN persefahaman dibentuk, diserasikan, diseimbangkan dan penyatuan dibina secara berperingkat-peringkat sehinggalah termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September tahun lalu. Ketika itu rakyat merasai dan melihat MN bukan sahaja persefahaman dan ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS tetapi MN adalah medium penyelesaian terhadap permasalahan politik tanah air. Saya yakin Muafakat Nasional akan terus subur dan diperteguhkan kerana MN adalah agenda ummah yang melangkaui agenda kepartian dan kepentingan.
Ketika ini UMNO, BN dan MN sekali lagi diuji berada di dalam kerajaan dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, setelah 22 bulan berada di luar kerajaan. Saya menganggap ini adalah ujian yang berat yang perlu diharungi bersama dan memerlukan pengorbanan. Sama ada kita menganggap ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan atau sebaliknya. Saya yakin ini merupakan takdir yang Allah berikan kepada kita dan pasti ada hikmah di sebaliknya.
Apakah kita mampu menempuhi ujian ini? Bersandarkan kepada pengalaman politik UMNO, BN dan MN mampu mengharunginya selagi kita ‘Menghayati Perjuangan Parti’ terus istiqomah, mujahadah, sabar dan teguh pendirian di landasan perjuangan melebihi kepentingan diri. Sabar dan teguh pendirian juga antara faktor kemenangan Talut dan tenteranya sepertimana Allah berfirman, _“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami …….”_ (al-Baqarah ayat 250)
Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita lebih menghayati erti mujahadah, sabar dan pengorbanan bukan sahaja ketika menjalani ibadah puasa bahkan dalam perjuangan politik ini.
AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#mujahadahdanpengorbanan
#kitajagakita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/05/ramadan-al-mubarak-mujahadah-dan-pengorbanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Touch N Go Ewallet S Kickstart Ramadan 2 0 2 0 Lebihbanyakekstra

Touch N Go Ewallet S Kickstart Ramadan 2 0 2 0 Lebihbanyakekstra

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 319 hits
Your buka puasa favourites delivered right to your doorstep with the fastest food delivery services in major states plus daily cashback e vouchers zakat payments donations and tips to a new way to Ramadan With the new norm setting in for Ma...
Jihad Ramadan

Jihad Ramadan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 751 hits
Saksikan telefilem Jihad Ramadan lakonan Nabila Huda Pekin Ibrahim dan Fauzi Nawawi pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3 JUDUL JIHAD RAMADANWAKTU SIARAN Sabtu 2 Mei 2020 9 00 malamSIARAN TV TV3 PENGARAH Syahid JohanPRODUKSI Heritage Movies S...
Jangan Putus Baca Doa Ini Sepanjang Ramadan

Jangan Putus Baca Doa Ini Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 715 hits
Jangan Putus Doa Ini Sepanjang Ramadan Selagi anda berpuasa di siang hari dalam bulan ramadan doa anda akan termakbul Tiada doa yang tidak dimakbulkan bagi orang yang berpuasa dalam bulan ramadan sehinggalah dia berbuka Makanya berdoalah di...
Inkramadan 2020 05 Ramadan Di Rumah

Inkramadan 2020 05 Ramadan Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 340 hits
Inkramadan Geng BO TKTema Di RumahTarikh 05 Ramadan 1441Kita pasti banyak menghabiskan masa di rumah ketika berpuasa di musim PKP ini Namun biarpun suasana Ramadhan kali ini berbeza dari tahun tahun sebelumnya semoga kita semua terus tabah ...
Luncurkan Kampanye Awalidengankebaikan Di Bulan Ramadan Allianz Indonesia Perluas Pasar Unit Usaha Syariah

Luncurkan Kampanye Awalidengankebaikan Di Bulan Ramadan Allianz Indonesia Perluas Pasar Unit Usaha Syariah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 375 hits
Sebagai bagian kampanye AwaliDenganKebaikan sebanyak 25 sosok sederhana inspiratif akan diberangkatkan umrah
Ramadan Lebihbanyakekstra Bersama Ramadan 2 0 2 0 Oleh Touch N Go Ewallet

Ramadan Lebihbanyakekstra Bersama Ramadan 2 0 2 0 Oleh Touch N Go Ewallet

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 456 hits
RAMADAN LEBIHBANYAKEKSTRA BERSAMA RAMADAN 2 0 2 0 OLEH TOUCH N GO EWALLET Juadah buka puasa kegemaran anda dihantar terus ke rumah dengan servis penghantaran makanan paling pantas di bandar bandar utama dan dapatkan pulangan tunai berupa e ...
Siti Nor Hidayah Sedih Sambut Ramadan Tanpa Abam Bocey

Siti Nor Hidayah Sedih Sambut Ramadan Tanpa Abam Bocey

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 902 hits
Sudah hampir tiga bulan Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia dan pemergiannya benar benar memberi kesan kepada isterinya iaitu Siti Nor Hidayah yang meluahkan rasa sedih menyambut Ramadan pada tahun ini tanpa suami di sisi Kerinduannya it...
Lara Alana Semangat Sambut Ramadan Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari Tahniah Lara

Lara Alana Semangat Sambut Ramadan Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari Tahniah Lara

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 801 hits
Ramadan sudah masuk hari keenam hari ini Bagi ibu ibu yang mempunyai anak yang masih kecil tentu ada yang tengah ajar anak anak untuk berpuasa seperti apa yang dilakukan oleh pelakon Scha Alyahya yang mana dia sempat berkongsi gelagat Lara ...
Starbucks Perkenal Tiga Minuman Baru Sempena Ramadan

Starbucks Perkenal Tiga Minuman Baru Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 495 hits
Starbucks Malaysia meraikan kehadiran Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan tiga minuman baru iaitu Tropical Triple Citrus Oolong Jelly Matcha Royale dan Caramel Sweet Corn Frappuccino Ia antara minuman Tea Ology dengan campuran terbaik d...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Kesan Kehadiran Belalang Pelesit

Agar Agar Pandan Santan Segera

Siri Vivo V30 Adalah Hadiah Yang Sempurna Untuk Hari Ibu

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin