Rakyat Teruja Saksikan Istiadat Persandingan Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Puteri


KUANTAN: Detik bersejarah Istiadat Persandingan Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan pasangan, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, menjadi momen amat dinanti-nantikan rakyat negeri ini di Padang Bandaraya Kuantan (MBK) 1.
Mereka mula memenuhi kawasan berkenaan dari pukul 8 malam lagi untuk melihat secara dekat menerusi dua layar besar yang disediakan di padang terbabit, kebanyakannya teruja menyaksikan Istiadat Persandingan Pasangan Diraja bagai pinang dibelah dua itu yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini malam tadi.
Istiadat perkahwinan diraja yang dilaksanakan dengan penuh adat istiadat dan budaya diraja Pahang itu bermula pada 8.36 malam, disaksikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menggayakan persalinan berwarna krim.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda serta kerabat diraja Pahang selain dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Istiadat bermula selepas Tengku Natasya Puteri yang anggun menggayakan busana putih dengan kerlipan manik dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki yang segak berpakaian rona sama diiringi gemersik instrumen selo.
Sirih lat-lat yang kelihatan seolah-olah sejambak bunga kecil yang dipegang Tengku Muhammad untuk diserahkan kepada isteri tercinta yang setia menanti di peterana, menjadi tumpuan pada majlis istiadat berkenaan.
Majlis itu kemudiannya diserikan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning antara pasangan pengantin yang disempurnakan kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Teja Puan Seri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.
Sejurus itu, istiadat bersanding dan merenjis dizahirkan oleh Al-Sultan Abdullah diikuti Tunku Azizah, Sultanah Zahirah, Tengku Hassanal dituruti ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sempat mengusik pasangan mempelai itu dan kemudiannya isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Turut merenjis pasangan diraja itu ialah Wan Rosdy dan isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed disusuli Tengku Panglima Raja, Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dr Meriam Sultan Ahmad Shah.
Majlis diakhiri dengan meletakkan peralatan istiadat iaitu pancabicara sebagai tanda merestui pasangan itu yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.
Pasangan pengantin diraja sama cantik, sama padan itu yang tidak lekang menzahirkan senyuman kemudiannya dibawa Tengku Amir meninggalkan istiadat bersanding untuk majlis memotong kek dan santapan.
Tengku Muhammad dan Tengku Natasya Puteri selamat diijabkabulkan pada Khamis lepas di Balai Mahkota disusuli istiadat berinai pada Jumaat dan kesemua istiadat disiarkan secara langsung menerusi MBK 1 dan Dataran Muzium Diraja, Pekan.
Bagi Norma Mohamad Dom, 66, yang datang bersama anak bongsu, Fadzrul Abdul Aziz, 28, berkata, ini merupakan kali kedua ibu kepada empat anak itu menyaksikan istiadat perkahwinan diraja dan menzahirkan tahniah kepada pasangan mempelai berkenaan.
"Kali pertama, ketika menyaksikan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pada Ogos lepas. Memang suka tengok istiadat begini kerana boleh melihat secara dekat cara tradisi perkahwinan diraja Pahang," katanya.
Sementara Khairil Johari Ramli, 50, sanggup datang bersama rakan seawal 4 petang untuk tidak ketinggalan menyaksikan istiadat persandingan diraja, selain turut sama mendoakan pasangan mempelai itu berbahagia sehingga akhir hayat.
"Pendekatan menyiarkan istiadat perkahwinan diraja secara begini sangat baik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga di samping membantu peniaga kecil yang turut diberikan peluang berniaga di padang ini," katanya.
Istiadat perkahwinan diraja akan berakhir hari ini dengan Tengku Amir menurunkan Bendera Istiadat Menutup Kerja diikuti 16 das tembakan meriam yang akan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bacaan doa oleh Mufti Pahang. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/rakyat-teruja-saksikan-istiadat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Raja Pun Ambil Makanan Sendiri Netizen Puji Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Tengku Natasya

Anak Raja Pun Ambil Makanan Sendiri Netizen Puji Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Tengku Natasya

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 190 hits
Anak raja pun ambil makanan sendiri Majlis perkahwinan pasangan Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai semalam berlangsung dengan penuh ist...
Pahang Royal Wedding Tengku Muhammad Weds Tengku Natasya

Pahang Royal Wedding Tengku Muhammad Weds Tengku Natasya

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 439 hits
KUANTAN Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah and Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan are now a married couple They were married in a ceremony at 8 50pm on Thursday night at Balai Mahkota Istana Abdulaziz Sultan of...
Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Selamat Di Ijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz

Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Selamat Di Ijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 114 hits
nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp KUANTAN Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa
Video Gelagat Tengku Fahad Nervous Ketika Tengku Muhammad Iskandar Bersanding Curi Perhatian Lensa

Video Gelagat Tengku Fahad Nervous Ketika Tengku Muhammad Iskandar Bersanding Curi Perhatian Lensa

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 239 hits
Majlis persandingan Diraja di Malaysia sentiasa menjadi tumpuan bukan hanya kerana keindahan acara tetapi juga kerana ragam menarik ahli keluarga Diraja Pada persandingan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatu...
Wedding Fun Tengku Hassanal Turns Brother Tengku Muhammad Into Salad Hands

Wedding Fun Tengku Hassanal Turns Brother Tengku Muhammad Into Salad Hands

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 271 hits
Semalam rakyat Malaysia khususnya netizen Pahang riang ria meraikan pernikahan putera Pahang Tengku Muhammad dan istri barunya Tengku Natasya Adnan Majlis yang meriah ini diadakan di Balai Mahkota Istana Abdulaziz dengan kehadiran ramai ang...
Dia Rakyat Beta Beri Keadilan Sekarang Tengku Hassanal

Dia Rakyat Beta Beri Keadilan Sekarang Tengku Hassanal

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 264 hits
Tengku Hasanal menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu Gambar Instagram Tengku Hassanal KUALA LUMPUR Tengku Hassanal ...
Dewan Rakyat Tangguh Akibat Hujan Lebat

Dewan Rakyat Tangguh Akibat Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada pukul 10 30 pagi berikutan cuaca hujan lebat sejak pukul 8 30 pagi tadi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata penangguhan itu menggunakan Peraturan Mesyuarat 12 Di luar sana huj...
Dewan Rakyat Mp Pendang Pas Cuba Provoke Yb Bung Akhirnya Koyak Denga

Dewan Rakyat Mp Pendang Pas Cuba Provoke Yb Bung Akhirnya Koyak Denga

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 220 hits
SIDANG DEWAN RAKYAT BERSIDANG MP PAS MASIH DENGAN KEBODOHAN DIRI MP PENDANG PAS CUBA PROVOKE YB BUNG AKHIRNYA KOYAK DENGAN KEBODOHAN SENDIRI
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust

Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt