Rakyat Terengganu Meluat Pkr Ph Perlu Ambil Peluang


 RAKYAT TERENGGANU MELUAT, PKR PERLU AMBIL PELUANG
Rakyat Terengganu meluat, PKR perlu ambil peluangPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 13, 2022
ShareRakyat meluat Pas di Terengganu, PH perlu ambil kesempatan
Pemilihan KEADILAN 2022 diharap menjanjikan barisan kepimpinan yang boleh menggempur kubu Pas di Terengganu.
Menurut calon Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Ahmad Nazri Yusoff, rakyat Terengganu sejak setahun kebelakangan ini menunjukkan isyarat menolak pemerintahan Pas yang mereka anggap amat lemah.
Cuma, katanya KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu menemukan cara untuk meyakinkan rakyat bahawa mengundi PH akan memperbaiki keadaan pemerintahan.
“Bagi saya peluang KEADILAN balik sama ada di Kemaman atau Terengaganu. Kita mesti perkemas jentera yang sanggup bertemu orang ramai untuk kenalkan nama KEADILAN kerana kita selama ini tenggelam akibat Pas dan Umno.
“Selepas PRU 14 pengundi mengharapkan perubahan dari kerajaan Pas. Pengundi kecewa kerana tiada apa apa perubahan berlaku, malah lebih teruk daripada kerajaan Umno
“Kebelakangan ini masyarakat meluat. Orang mencari alternatif ketika mereka sudah rasa cara Umno dan Pas memerintah. Jadi mereka mencari pilihan ketiga.Rugi bagi kita kalau KEADILAN tak bentuk pasukan untuk menang kerana pengundi sedang datang ke kita. Kita perlu bentuk semula struktur peringkat cabang yang boleh bekerja, bukan sekadar jadi calon.
“Ini masalah KEADILAN di Terengganu. Kita lambat bertindak biar pun ada peluang,” katanya dalam rancangan “Jangan Panas Bersama Sam” yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam.
Menurut Nazri lagi, calon yang amat banyak menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini menunjukkan parti tidak kekurangan pemimpin.
Namun, katanya, anggota perlulah memilih calon yang boleh berkhidmat, bukan sahaja yang mahu glamour memegang jawatan.
“Semua orang berhak bertanding tetapi kita kena nilai diri kita. Apa kekuatan kita, apa yang boleh diberi pada parti. Jangan cari nama untuk bertanding tetapi tak beri manfaat kepada parti.
“Anggota KEADILAN menilai benda ini. Zaman sudah canggih mereka boleh rujuk internet dan tengok macam mana pergerakan dalam parti, sama ada aktif atau bila nak bertanding baru nampak.
“Oleh itu saya berharap ahli KEADILAN Terengganu pilih calon yang betul betul mahu berkerja untuk parti bukan sekadar cari nama,” katanya.
Seorang lagi panel, Fakhrul Anuar yang merupakan Ketua Cabang Kuantan. Beliau menang tanpa bertanding.
Bagi Fakhrul, pemilihan kali ini penting untuk mencari pemimpin terbaik selepas KEADILAN mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.
Katanya, parti amat memerlukan pemimpin yang boleh diterima rakyat untuk mengembalikan sokongan pada PRU 15, terutama di Pahang.
“Pahang bukan negeri mudah untuk ditawan, kita ingat Johor paling kuat, rupanya Pahang teguh. Bagaimanapun mood pengundi untuk membuat perubahan itu ada di kawasan bandar, ini dibuktikan pada PRU 14 PH menambah kerusi.
“Akan datang kita percaya setiap strategi dibuat peringkat negeri untuk mempertahankan 2 parlimen di bawah KEADILAN. Kita sejak 2 tahun tahun lalu telah melantik penyelaras peringkat DUN dan parlimen. Gerak kerja kita lakukan lebih tersusun dan diharap membuahkan hasil,” katanya.
Ditanya siapakah yang layak untuk menang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN, Anuar berkata, kedua calon mempunyai kelebihan masing masing namun rakyat perlu memilih salah seorang yang terbaik.
“Kita melihat calon diperlukan waktu terdekat ini iaitu mengahdapi perang PRU 15. Kita perlukan komander yang akan memimpin peilihan raya. Ini peluang kita memastikan calon yang menjadi timbalan mempunyai agenda jelas bagi berdepan Umno-BN dan juga PN. Ini saya fikir perlu ada kepada dua duanya. Mereka ada kelebihan masing masing.
“Rakyat dan juga bukan ahli parti, mendapati Rafizi aset kepada negara, begitu juga Saifuddin, juga aset kepada negara,” katanya.
Begitu juga pimpiman dalam Angkatan Muda KEADILAN, tambah Fakhrul, perlu dipilih dalam kalangan anak muda terbaik yang dikagumi ramai kerana pertambahan pengundi muda pada PRU 15 agak besar di semua parlimen.
Ketua AMK, katanya perlu berupaya menarik Undi 18 menyokong KEADILAN dan PH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/rakyat-terengganu-meluat-pkr-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Muak Konsep Khemah Besar Rugikan Pkr Kata Calon Ketua Pemuda

Rakyat Muak Konsep Khemah Besar Rugikan Pkr Kata Calon Ketua Pemuda

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 152 hits
PETALING JAYA Pendekatan khemah besar untuk pilihan raya umum ke 15 hanya merugikan PKR dan berisiko menggadaikan prinsip parti itu kerana rakyat jelas muak dengan permainan politik kata calon ketua Pemudanya Fahmi Zainol Buktinya kita kala...
Digital Bank Licences Terengganu Pkr Wants Bumi Imbalance Addressed

Digital Bank Licences Terengganu Pkr Wants Bumi Imbalance Addressed

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 186 hits
Terengganu PKR has urged Prime Minister Ismail Sabri Yaakob and Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz to address the imbalance in awarding digital bank licences In a statement today Terengganu PKR chief Azan Ismail said the government s...
Rafizi Terlalu Optimis Peluang Pkr Di Sabah Kata Penganalisis

Rafizi Terlalu Optimis Peluang Pkr Di Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 196 hits
May 11 2022 Rafizi Ramli berucap dalam sebuah himpunan yang diadakan untuk kempennya sebagai calon timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu PETALING JAYA Penganalisis menolak ramalan bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi R...
Debat Najib Anwar Rintis Jajaran Baru Politik Umno Pkr

Debat Najib Anwar Rintis Jajaran Baru Politik Umno Pkr

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 204 hits
By May 12 2022Oleh SALADIN HASSAN SALLEHMALAM ini satu sejarah baru politik negara bakal tercipta Sejarahnya bukanlah berkisar soal kejantanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beran...
All The Best For Pkr

All The Best For Pkr

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 368 hits
Jangan lupa Mahathir and family risk civil action for allegedly money laundering activities The YDP Agong advised Wan Azizah that she was the most eligible among Pakatan Harapan leaders based on PKR s 48 seats in Parliament to be the 7th Pr...
Bermulanya Pemilihan Pkr

Bermulanya Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 13 2022 8 31 AMHari ini bermulanya pemilihan PKR yang akan berlangsung selama 10 hari Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas bagaimana pemilihan ini berjalan dan jawatan yang dipertandingkan Jawatan yang...
Primer On The Pkr Leadership Election

Primer On The Pkr Leadership Election

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 148 hits
The PKR leadership election will kick off today and run over the course of 10 days This article will briefly explain how the triennial election works and the positions that are up for grabs Which positions are open for election There is no ...
Pemilihan Pkr Hanya Perang Mulut Pemilihan 14 Daripada 15 Cabang Di Kedah Selesai

Pemilihan Pkr Hanya Perang Mulut Pemilihan 14 Daripada 15 Cabang Di Kedah Selesai

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 235 hits
Pemilihan PKR Hanya perang mulut pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai ALOR SETAR Pemilihan Parti Keadilan Rakyat peringkat cabang di negeri Kedah yang berlangsung hari ini menyaksikan 14 cabang daripada keseluruhan 15 cabang di ...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Cengkih Rempah Berharga Dengan Manfaat Kesihatan

Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib