Rakyat Mesti Sedia Terima Reformasi Kata Pm


freemalaysiatoday.com
Shahrul Shahabudin-21 Apr 2024, 04:51 PM

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reformasi kerana perlu mempertimbangkan kesannya terlebih dahulu.
Anwar Ibrahim berkata, reformasi yang dilaksanakan kerajaan perpaduan disasarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
SHAH ALAM: Sebarang reformasi yang dijanjikan oleh kerajaan perlu dilaksanakan dengan cermat untuk memastikan rakyat bersedia menerima perubahan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reformasi kerana kesan daripada perubahan yang dilakukan turut perlu dipertimbangkan.

Anwar, yang juga presiden PKR berkata, terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada keadaan Perancis pada abad ke-18 selepas Revolusi Perancis, apabila keadaan hidup rakyat menjadi lebih teruk disebabkan perubahan radikal yang dilaksanakan oleh pemimpin baharu.

“Kita kena bijak … jangan gopoh penuhkan selera, kehendak (golongan) elit, tanpa lihat kesan (terhadap) politik, kestabilan, dan tak renung (sama ada) perubahan itu dapat tarik minat dan kekalkan sokongan rakyat.

“Ada ‘major disconnect’ antara gagasan perubahan segera dan kesediaan rakyat,” katanya pada konvensyen khas sempena ulang tahun ke-25 PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai reformasi, termasuk mengkaji semula gaji penjawat awam, penstrukturan semula subsidi elektrik, dan usaha memerangi rasuah.

Katanya, penjimatan daripada pelbagai inisiatif itu digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dengan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

“Ini yg dikatakan reformasi, dalam erti kata manfaat kepada golongan bawahan, miskin, pekerja ladang, nelayan di kampung, pekebun kecil, (golongan) India di estet, (serta) penjawat awam,” katanya.

Dalam pada itu, mempertahankan rancangan kerajaan untuk menstruktur semula subsidi elektrik, petrol dan diesel, Anwar berkata, langkah membiarkan orang kaya dan warga asing menikmati faedah itu dianggap sebagai tidak bijak.

Katanya, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada B40 dan M40 sekiranya harga bahan api meningkat, bergantung kepada penggunaan bulanan mereka.

“Dah puluh tahun bincang, kerajaan setuju, (tapi) tak berani laksanakan,” katanya.

“Kerajaan ini berani (semak subsidi) untuk selamatkan ekonomi negara kita. Rakyat yang rugi, kita tampung. Ini dia reformasi, kepimpinan bertanggungjawab.”

Semalam, kerajaan perpaduan diberi amaran bahawa kegagalan melaksanakan reformasi yang dijanjikan akan menjauhkan pengundi atas pagar pada PRU16 nanti.

Jurucakap Projek Sama, Thomas Fann berkata, rakyat sudah mula kecewa apabila tiada reformasi perundangan yang penting dilaksanakan setelah lebih setahun kerajaan perpaduan mentadbir.

Kekecewaan terutamanya dalam kalangan penyokong PH mungkin akan menyebabkan mereka membelakangkan PRU16, malah menyokong pemimpin ekstremis yang menawarkan janji populis, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/rakyat-mesti-sedia-terima-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Wakil Rakyat Bersatu Digesa Letak Jawatan Kata Razali

7 Wakil Rakyat Bersatu Digesa Letak Jawatan Kata Razali

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 123 hits
BERSATU mengumumkan keahlian enam ahli Parlimen dan seorang Adun yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan tidak lagi sah Ketua Penerangan parti Razali Idris berkata kesemua mereka perlu meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi s...
Pembangkang Sedia Runding Selepas Pm Kata Tiada Syarat Sokong Beliau

Pembangkang Sedia Runding Selepas Pm Kata Tiada Syarat Sokong Beliau

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 162 hits
PN berharap rundingan dengan kerajaan akan membuka jalan kepada penyaluran peruntukan tanpa syarat kepada semua Ahli Parlimen PETALING JAYA Perikatan Nasional sedia berunding dengan kerajaan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jam...
Tiada Air Yang Penting Mb Sempoi Kata Rakyat Kedah Ada Juga Rakyat Keda

Tiada Air Yang Penting Mb Sempoi Kata Rakyat Kedah Ada Juga Rakyat Keda

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 225 hits
Sebuah keluarga terpaksa membawa bekas bekas air besar dalam kereta ekoran krisis air yang tak berkesudahan di negeri Kedah Menceritakan kisahnya di TikTok pengguna Rie Rie mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membohongi...
Parti Bn Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di Kkb Kata Tok Mat

Parti Bn Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di Kkb Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 158 hits
PARTI komponen Barisan Nasional digesa membantu calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu akan datang Ketika membuat gesaan itu Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan yang juga lebih
Pendaftar Pilwakot Semarang Sepi Peminat Ini Kata Ketua Dpc Pdip

Pendaftar Pilwakot Semarang Sepi Peminat Ini Kata Ketua Dpc Pdip

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 81 hits
Belum adanya pendaftar lantaran belum membuka penjaringan bakal calon kepala daerah di Pilkada serentak 2024
Dia Kata Anwar Bodoh Tapi Sebenarnya Dia Lagi Bodoh Bila Tak Faham Pemisahan Kuasa

Dia Kata Anwar Bodoh Tapi Sebenarnya Dia Lagi Bodoh Bila Tak Faham Pemisahan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 236 hits
TAK TAHU DAN TAK MAHU ULAS KO YANG BODO DAK Eh Tengok siapa cakap tu ada hati nak kata orang lain bodoh rupanya Tapi bila dia cakap macam tu yang terlihat cuma Mahiaddin ni mungkin cuma pandai membaca je tapi ada masalah pemahaman Sebab tu ...
Najib Razak Telah Dizalimi Kata Noh Omar

Najib Razak Telah Dizalimi Kata Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 217 hits
Najib Razak telah dizalimi kata Noh Omar ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be jb4fu8v4K E src in org https www youtube com embed jb4fu8v4K E wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embe...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna