Rakyat Malaysia Mengambil Penjagaan Diri Dengan Lebih Serius


Shopee: Rakyat Malaysia mengambil penjagaan diri dengan lebih serius

Kesejahteraan fizikal dan persekitaran menjadi tumpuan utama menjelang 3.15 Hari Pelanggan



KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – Data Shopee Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini lebih menyesuaikan diri untuk merasakan kegembiraan dan menunjukkan penghargaan kepada diri mereka sendiri dalam dunia pasca pandemik.

Lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan keperluan penjagaan diri mereka di atas talian, berdasarkan data beli-belah yang diperhatikan oleh Shopee Malaysia. Sejak pandemik bermula, permintaan untuk produk yang membantu para pembeli meningkatkan kesejahteraan hidup mereka, memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri serta mengurangkan tekanan telah meningkat sebanyak 6 kali ganda di platform tersebut.

Bagi tahun 2021, Shopee mendapati bahawa kesejahteraan fizikal dan persekitaran berada di antara keperluan utama rakyat Malaysia apabila membeli-belah di atas talian. Khususnya, 42% daripada produk yang dibeli tertumpu pada kesihatan fizikal, 26% pada kesejahteraan persekitaran, 25% pada kesejahteraan sosial, dengan selebihnya untuk kesejahteraan psikologi dan rohani.

“Hasil daripada data ini menunjukkan bagaimana cara yang digemari rakyat Malaysia untuk menjaga kesejahteraan mereka telah berkembang sejak dua tahun lepas, menandakan peningkatan peluang baharu bagi aspek penemuan diri dan pertumbuhan peribadi. Kami berbesar hati kerana dapat menyokong rakyat Malaysia di setiap langkah, demi membantu mereka menemui apa yang mereka perlukan,” kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Rakyat Malaysia meletakkan kesejahteraan fizikal sebagai keutamaan mereka. Berbanding tahun 2019, rakyat Malaysia menunjukkan minat yang lebih sebanyak 6 kali ganda untuk membeli barangan yang berkaitan dengan pemakanan sihat, senaman, dandanan diri, dan kebersihan diri. Barangan dandanan diri adalah subkategori paling popular untuk penjagaan diri secara fizikal, dengan kira-kira satu pertiga daripadanya terdiri daripada produk penjagaan kulit seperti topeng muka, skrub muka, alat solek, minyak muka, pati dan serum.

Rakyat Malaysia didapati lebih mengutamakan penjagaan diri dari segi persekitaran dengan mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat. Ini kerana permintaan untuk pembaikan, hiasan dan organisasi rumah meningkat sebanyak 10 kali ganda dalam tempoh dua tahun lepas di pasaran Shopee sejak tahun 2019. Contohnya termasuk bekalan DIY, wangian dan lilin, bunga dan tumbuhan tiruan, kertas dinding dan hiasan seni dinding, rak, pengatur meja dan bakul simpanan. Data ini mungkin tidak mengejutkan kerana ramai yang harus menilai semula ruang kediaman mereka, jika mereka menghabiskan lebih banyak masa bekerja dan belajar di rumah, atau mempunyai hobi yang dilakukan di dalam rumah.

 

Melihat pada trend pertumbuhan kesejahteraan sosial, permintaan oleh rakyat Malaysia meningkat 5 kali ganda bagi produk untuk mendidik atau mengasuh bayi serta memelihara haiwan peliharaan dalam tempoh 2 tahun lepas. Barangan yang dijual yang berkaitan dengan bekalan haiwan peliharaan meningkat paling cepat dalam kategori ini. Barangan mainan, dandanan, fesyen, rumah serta aksesori untuk haiwan peliharaan meningkat 13 kali ganda dari tahun 2019 hingga tahun 2021.

Shopee turut menyaksikan rakyat Malaysia semakin berminat untuk mempelajari kemahiran baharu dan memupuk hobi seperti membaca, menulis jurnal, bermain permainan berpapan dan bermain alat muzik, yang memberikan sejenis detoks digital dan menggalakkan penjagaan diri dari aspek psikologi yang lebih baik. Barangan yang dijual berkaitan hobi-hobi ini telah meningkat sebanyak 6 kali ganda dalam tempoh dua tahun lepas.

Rakyat Malaysia juga melakukan penjagaan diri di luar talian, menggunakan pembayaran digital. Untuk keseluruhan tahun 2021 berbanding tahun 2019 sebelum munculnya wabak Covid-19, bagi penggunaan ShopeePay, dompet mudah alih bersepadu Shopee, dalam kategori penjagaan diri, pesanan meningkat paling banyak bagi produk-produk sukan dan aktiviti luar, permainan, buku dan hobi, serta kesihatan dan kecantikan. Peningkatan tertinggi adalah untuk produk-produk permainan, buku dan hobi, dengan kenaikan penggunaan dicatat sebanyak 60 kali ganda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2022/03/rakyat-malaysia-mengambil-penjagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 219 hits
The ReporterDuta Besar Indonesia Hermono dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia banyak menerima layanan buruk dari majikan berbanding di negara Singapura yang boleh dikatakan ham...
Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 309 hits
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembir...
Tolong Rakyat Malaysia Sain Petisyen Ini

Tolong Rakyat Malaysia Sain Petisyen Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 195 hits
Zunar Cartoonist Fan Club ZunarCartoonist ArtistTolong sain petisyen ini Can you add your signature DI PAHANG mereka yang vocal pasal balak kini diambil tindakan In termasuk Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil seorang aktivis alam sekitar P...
Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 203 hits
Aassalamualaikum Hi korang Semalam SA balik kerja sampai sedikit lewat sampai jer tengok tengok ada 2 parcel kat rumah SA pun tak ingat ada ke SA beli barang online Rasanya macam takde biasa la bila dah stress kerja dan sibuk sangat sanagt ...
Lihat Semua Rakyat Malaysia Mereka Bukan Nak Memulihkan Negara Tetapi Melingkupkan Dengan Berebut Jawatan

Lihat Semua Rakyat Malaysia Mereka Bukan Nak Memulihkan Negara Tetapi Melingkupkan Dengan Berebut Jawatan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 175 hits
Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN Zahid bidas Muhyiddin February 15 2022 Zahid Hamidi berkata mereka yang menggalas tanggungjawab mengepalai MPN wajib melihat pemulihan ekonomi sebagai satu keperluan mendesak PETALING JAYA Presiden ...
Rakyat Malaysia Kena Belajar Sejarah Jepun

Rakyat Malaysia Kena Belajar Sejarah Jepun

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 168 hits
Malaysia ada 3 PM Jepun ada 4 PM apa nak hairan PAS buktikan kekuasaan mereka politik mudah RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR SEJARAH JEPUN Semalam saya menulis adakah perlu kita terlalu akademik dlm kempen pilihanraya Saya berhujah tidak perlu ...
Rakyat Malaysia Malas Membaca

Rakyat Malaysia Malas Membaca

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 146 hits
HAMDAN TAHAPerbicaraan Najib dalam dan luar negara Terdedah dengan macam macam kisah tapi rakyat malaysia ni jenis tak suka membaca dan hanya ambil tahu peringkat awal jer lepas tu tak ambil kisah dari segi kes dan fakta maka lahir lah peny...
Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
2021 merupakan tahun mendukacitakan buat parti yang diasaskan daripada semangat reformasi apabila gagal dua kali dalam Pilihan Raya Negeri iaitu di Melaka dan Sarawak Parti Keadilan Rakyat yang dahulunya tampak garang serta bertenaga dengan...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor