Rakyat Mahu Tengok Prestasi Ubah Pemimpin Tak Jamin Diterima Kembali Tegas Shabery


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-December 25, 2022 7:00 AM
Shabery Cheek berkata, naratif PN yang ‘suci’ dan ‘bersih’ perlu dirungkai, sama ada ia mitos atau realiti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Rakyat hanya akan menerima Umno-Barisan Nasional (BN) kembali apabila ia menunjukkan prestasi kerja yang baik dan membuktikan keberadaannya dalam kerajaan beri impak kepada pentadbiran negara, kata Shabery Cheek.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek menepis hujah Umno perlu menukar pucuk pimpinan untuk kembali diterima rakyat.

“Naratif Perikatan Nasional (PN) yang ‘suci’ dan ‘bersih’ perlu dirungkai. Apakah ia hanya mitos atau realiti? Mereka sebelum ini tak buat apa-apa perubahan atau tidak menunjukkan sebarang prestasi yang hebat pun menerima sokongan ramai kerana naratif itu,” katanya kepada FMT.

Pada PRU15, BN yang ditunjangi Umno terpaksa berpuas hati dengan 30 kerusi, berbanding pesaingnya, PN pimpinan Bersatu yang memperolehi 74 kerusi.

Bersatu dibentuk oleh bekas pemimpin-pemimpin Umno susulan kontroversi 1MDB. Ia membentuk kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH), sebelum beralih kepada PAS untuk membentuk PN.

Selepas PRU15, PAS memimpin kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, manakala tiada menteri besar daripada Bersatu.

Shabery berkata, tiada jaminan perubahan pucuk pimpinan boleh mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

“Paling penting bagaimana pucuk pimpinan terutama yang berada dalam kerajaan hari ini dilihat bekerja dan memberi impak,” kata bekas menteri komunikasi dan multimedia itu.

“Mereka mesti menunjukkan impak setelah negara hilang masa keemasan empat tahun yang lalu, dari segi ekonomi dan pelbagai reformasi institusi bagi mewujudkan kerajaan yang lebih telus dan baik.”

Shabery menambah, PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu kelak akan menjadi kayu ukur sejauh mana peranan BN dalam kerajaan perpaduan dapat menyakinkan pengundi, khususnya orang Melayu.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang berkata, Umno tidak boleh salah langkah lagi selepas BN kalah teruk pada PRU15. Katanya, Umno perlu menginsafi kekalahan itu dengan membetulkan kelemahan.

Kekalahan BN pada PRU15 menyusuli siri kemenangan bergaya gabungan itu pada PRN Melaka (21 daripada 28 DUN) dan Johor (40 daripada 56 DUN), serta merapati PN pada PRN Sabah (14 berbanding 17 DUN, daripada 73 kerusi). BN juga menang pada PRK Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis Chini, dan Slim.

Umno dijangka mengadakan perhimpunan agung 2022 pada Januari tahun depan, dengan pemilihan perlu dilakukan dalam tempoh kurang enam bulan dari November lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/rakyat-mahu-tengok-prestasi-ubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Adalah Cerminan Rakyat

Pemimpin Adalah Cerminan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 273 hits
Dalam sejarah umat disimpulkan secara umum oleh para sejarawan tentang pola perbuatan pemimpin akan kemudiannya menjadi pola perbuatan rakyat Jika baik perbuatan pemimpin maka baiklah keadaan dalam pemerintahannya Jika jahat perbuatan pemim...
Tazkirah Politik Allah Benci Pemimpin Yang Bercakap Bohong

Tazkirah Politik Allah Benci Pemimpin Yang Bercakap Bohong

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 249 hits
USTAZ ZAMRI CHE TEH ll Allah benci pemimpin yang bercakap bohong Kuliah Maghrib Sabtu 1 Jamadil Awal 1444H 26 November 2022M Kitab Tempat Masjid Jamek Sungai Lalang Bukit Mertajam Pulau Pinang Komen oo000
Orang Sana Sentiasa Suci Shahrir Samad Sindir Pemimpin Pas

Orang Sana Sentiasa Suci Shahrir Samad Sindir Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 181 hits
MalaysiakiniVeteran Umno Shahrir Samad secara sinis menyindir pemimpin PAS yang sentiasa suci meskipun Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar bercuti di luar negara ketika Terengganu dilanda banjir besar Tambahnya pemimpin PAS menol...
Pemimpin Pkr Diam Tak Tegur Anwar Kata Mp Ph Pasir Gudang

Pemimpin Pkr Diam Tak Tegur Anwar Kata Mp Ph Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 337 hits
Pemimpin PKR diam tak tegur Anwar kata MP PH Pasir GudangAhli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berpuisi membantah MoU PH dan parti lain yang dianggapnya telah menyebabkan demokrasi di Malaysia berkubur 182SharesAhli Parlimen Pas...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Anak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Mengerikan

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

Bateri Dibawa Dalam Kabin Tiba Tiba Terbakar Penerbangan Terpaksa Dilencongkan

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Fahimi Cari Chord

Spinone House J R Me Lapierre Architecte Canada