
Kokilam Kathirvailu, yang meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. - Foto BERNAMADalam satu kenyataan beliau, berkata pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 itu menampilkan peserta dari 38 negara.Mahkota Mrs World 2019 menjadi milik Jennifer Le dari Vietnam manakala Matapa Maila Rikhotso dari Afrika Selatan muncul naib juara.Kokilam yang berasal dari Kuala Lumpur dan seorang ibu kepada tiga anak itu dimahkotakan sebagai Mrs Malaysia World 2018-2019 dalam pertandingan yang diadakan September lepas di ibu negara.Harveen Kaur berkata, Kokilam akan pulang ke tanah air malam ini dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.55 malam.Beliau berkata, matlamat utama pertandingan Mrs World adalah “satu perayaan bagi wanita berkahwin mendapat kejayaan dalam rumah tangga dan menggunakannya untuk membawa lebih banyak kegembiraan di dunia”.Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara. - BERNAMAKomen Weblog Ibnu Hasyim: Banggakah umat Islam Malaysia, yang Islam jadi Agama bagi Persekutuan Malaysia/Tanah Melayu, bila rakyat Malaysia raih tempat ketiga pertandingan Mrs World 2019 Sabtu lalu? Apakata ustaz-ustaz dalam PH?
Ratu Cantik yang buruk perangai, antarnya.. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |