Rakyat Lihat Wujud Dua Kluster Dalam Umno



(Sinar Harian) – Penganalisis politik menyifatkan keadaan yang berlaku dalam UMNO ketika ini sudah jelas menunjukkan bahawa krisis kepimpinan sedang melanda parti berkenaan.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, malah rakyat sendiri melihat seperti wujud ‘dua kluster’ dalam UMNO.
“Persoalan jelas, apabila (krisis dalam parti) ini berlaku sudah mengambarkan apa sebenarnya yang berlaku dalam UMNO.
“Katakanlah, nafi apa sekali pun, yang jelas kita menyaksikan seolah-olah memang wujud dua kluster itu, kluster mahkamah dan juga kluster menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-245 bertajuk ‘Rasional Pemilihan UMNO Selepas PRU15′ disiarkan menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Selasa.
Wacana turut menampilkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Exco Pemuda UMNO,
Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin juga sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, Mujibu berkata, konflik yang sedang berlaku dalam UMNO bukanlah sesuatu yang serius sehingga boleh meruntuhkan parti tersebut kerana jelas setiap ahli memikirkan kepentingan UMNO itu sendiri berbanding kepentingan masing-masing.
Menurutnya, persoalan pokok yang perlu dilihat dalam konteks itu sebenarnya bukanlah pemilihan UMNO itu sendiri namun boleh dikatakan masalah UMNO adalah disebabkan kepimpinan.
“Apakah ada opsyen selain pemilihan, saya rasa ada. Kita masih boleh mengekalkan kepimpinan yang ada.
“Tetapi barangkali tradisi untuk melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri itu boleh dikaji kerana kalau kita sentuh krisis kepimpinan UMNO, permasalahnnya adalah keyakinan terhadap mereka. Mereka yang berada di atas UMNO itu dalam konteks mereka ini masih lagi dilihat mewakili rejim lama UMNO.
“Kalau diperhatikan peringkat rakyat biasa atau bukan UMNO, mahu melihat sesuatu (iaitu) UMNO yang baharu dan segar,” katanya.
Sebagai contoh, katanya, apakah UMNO tidak boleh menamakan perdana menterinya orang lain berbanding menjadikan tradisi presiden parti itu menjadi Perdana Menteri sebagai satu tradisi yang diteruskan.
“Saya lihat pada ketika ini, UMNO tidak boleh bercakap seperti begitu kerana UMNO sudah berhadapan dengan suatu suasana yang berbeza dengan kehilangan kuasa dan pada ketika ini.
“Kalaulah kita kata UMNO bertanding secara bersendirian sebagai Barisan Nasional (BN), saya yakin (parti itu) tidak mampu membentuk kerajaan melainkan BN mempunyai formula tertentu untuk menarik parti-parti dari Sabah Sarawak atau mencari regu baharu dalam konteks Semenanjung.
“Setelah apa yang UMNO lakukan terhadap kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang bagi saya satu peluang yang baik ketika itu kerana penyatuan Melayu ini sekurang kurangnya memberikan satu momentum baik buat UMNO untuk kembali berkuasa tetapi ini tidak berlaku dan nampaknya UMNO seolah olah sudah berkerat rotan, berpatah arang,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah keputusan UMNO untuk tidak bersama PN akan ‘membunuh’ atau menguntungkan parti itu, beliau berkata, ada dua perspektif yang boleh dilihat daripada perspektif itu.
“Satu kenyataan yang jelas adalah dalam konteks pilihan raya agak sukar untuk mana mana parti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) secara bersendirian
“Apatah lagi dengan landskap demografi pengundi yang semakin membesar, dengan kita akan berhadapan dengan satu lagi generasi pengundi yang baharu kalau Undi 18 juga dibenarkan maka perkara perkara itu harus diperhatikan.
“Kita balik kepada persoalan asas dalam politik Malaysia, agak sukar bagi mana mana parti untuk memenangi PRU secara bersendirian,” katanya.
Dalam konteks UMNO katanya, parti itu mungkin boleh menang di kerusi-kerusi tradisi yang ditandingi dan dimenangi oleh calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/07/rakyat-lihat-wujud-dua-kluster-dalam-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mesti Selamat Daripada Kluster Bermasalah Tun Faisal

Umno Mesti Selamat Daripada Kluster Bermasalah Tun Faisal

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 241 hits
KEPIMPINAN UMNO yang diterajui Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai Kluster Bermasalah dan perlu ditukar dengan segera Tanggapan itu diberikan kepada kepimpinan UMNO yang turut disifatkan sekumpulan pihak menentang mer...
Henti Laga Lagakan Pemimpin Dan Wujud Kem Dalam Umno H20

Henti Laga Lagakan Pemimpin Dan Wujud Kem Dalam Umno H20

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 160 hits
Semua pihak diminta untuk berhenti melaga lagakan pemimpin dan mewujudkan kem tertentu di dalam Umno sebaliknya menumpukan usaha menjaga kestabilan parti Ketua Umno Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bimban...
Rakaman Audio Anwar Nafi Terlibat Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang Umno

Rakaman Audio Anwar Nafi Terlibat Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA Selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini giliran Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan presiden UMNO itu Ketua pemba...
Kluster Menteri Umno Akan Kekal Dalam Kerajaan Pn

Kluster Menteri Umno Akan Kekal Dalam Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 312 hits
BORHAN AHMADPara menteri dan timbalan menteri Umno yang berjumpa Perdana Menteri petang semalam mengambil keputusan untuk kekal dalam kerajaan sehinggalah Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan mengenainya Menurut sumber Perdana Ment...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 348 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Consider Rakyat Before Setting Date To Resign From Govt Posts Umno Info Chief

Consider Rakyat Before Setting Date To Resign From Govt Posts Umno Info Chief

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 247 hits
Umno information chief Shahril Sufian Hamdan has called on the party s cabinet ministers to consider the people s interests before resigning from their posts in the Perikatan Nasional government Is pulling out now the best move That must be...
Jika Diharamkan Wujud Lagikah Umno

Jika Diharamkan Wujud Lagikah Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 320 hits
Pada waktu kuku ditumbuhi besi pekara tak boleh jadi akan terjadi Begitulah nasib Umno sebuah parti kebanggaan orang Melayu seketika dahulu Kini Umno ibarat rumput kering di musim kemarau nak kata mati pun tidak nak kata hidup segar bugar p...
Edisi Khas Mingguan 014 Panas Tidak Pernah Wujud Kerjasama Umno Pkr

Edisi Khas Mingguan 014 Panas Tidak Pernah Wujud Kerjasama Umno Pkr

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 228 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0141 KENYATAAN TAKIYUDDIN DITEMPELAK2 DEBAT MUHYIDDIN VS TUN M MUSTAHIL 3 UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN PKR
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever