Rakyat Kecewa Tanah Rizab Pdrm Pindah Milik Jejas Imej Polis


Bimbang jika ini adalah satu ‘bunga-bunga’ berkaitan rasuah
Presiden Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh menegaskan, isu penukaran hakmilik sebidang tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mukim Kamunting kepada sebuah organisasi gereja di Melaka perlu dipandang serius oleh pihak berwajib.

Menyifatkan ia sebagai mengejutkan, beliau berkata, sekiranya benar laporan tersebut, maka siasatan segera perlu dilaksanakan kerana ia melibatkan imej PDRM sendiri.

“Polis adalah badan penguat kuasa paling tinggi yang dipercayai untuk menjaga harta benda dalam negara ini.

“Sekiranya perkara ini berlaku, seolah-olah ia mengecewakan rakyat. Rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan yang kita harapkan dapat menjaga kita dan harta benda kita. Seolah-olahnya begitu.

“Kejadian ini perlu diambil serius. Kerana kita bimbang akan menjejaskan reputasi PDRM. Tambahan pula bekas Ketua Polis Negara sebelum ini ada sebut berkenaan rasuah berleluasa.

“Kita bimbang jika ini satu lagi ‘bunga-bunga’ berkaitan aktiviti rasuah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak gereja menuntut hak milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting yang merupakan tanah milik PDRM.

Sumber berkata, semakan mendapati tanah rizab Persekutuan itu merupakan bekas tapak berek kelamin dan rumah ketua balai berpangkat Sarjan.

Penukaran tanah milik PDRM itu terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April lalu.

Mengulas lanjut, Sirajuddin yang merupakan mantan Datuk Bandar Ipoh berkata, pihak berkuasa termasuk PDRM harus melakukan siasatan secepat dan sedalam mungkin hingga ke akar umbi.

“Perlu disiasat secara bebas di mana salah dan silapnya, apa puncanya. Tak dapat dinafikan ada kemungkinan soal rasuah atau salah guna kedudukan.

“Seolah-olah ada pihak yang telah berbuat janji dengan mana-mana pihak tertentu untuk memberi tanah kepada gereja sehingga membolehkan pejabat peguam membuat tuntutan. Ini menggambarkan seolah-olah ada masalah urus tadbir,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, pihak yang bertanggungjawab perlu dihukum sewajarnya di mahkamah supaya menjadi pengajaran pada pihak dan agensi lain.

“Daripada kejadian ini, agensi lain yang mempunyai tanah rizab atau tanah milik jabatan berkenaan, jika tidak diurus dengan baik, perkara-perkara ini akan berlaku dan boleh berlaku.

“Pihak berwajib perlu ambil pengajaran secara serius supaya isu ini tidak berulang dan tidak berlaku di mana-mana tempat sekalipun. Ia hanya memberi gambaran bahawa pengurusan tidak begitu kemas. Kerana tidak logik, tanah polis nak dituntut pihak gereja. Tiada kaitan langsung.

“Walhal, tanah itu nanti mungkin nak diguna untuk pembangunan masa hadapan pihak polis sendiri. Kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mengambil perhatian pada isu ini,” katanya.

Terbaharu, susulan penerimaan surat tuntutan daripada syarikat peguam, satu laporan dibuat pada 20 April lalu oleh polis sendiri untuk menyiasat status milikan tanah yang sebelum ini merupakan tanah PDRM.

Pihak polis kini dilaporkan dalam proses mendapatkan dokumen asal tanah tersebut dan juga sedang mengesan saksi bagi tujuan merakam keterangan. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/rakyat-kecewa-tanah-rizab-pdrm-pindah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Maut Di Sibu Akan Di Semadi Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Damar Malam Ini

Polis Maut Di Sibu Akan Di Semadi Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Damar Malam Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 354 hits
SIBU Mayat seorang anggota polis lelaki yang disyaki maut akibat ditembak rakan sekerjanya di sini kelmarin dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pahang malam ini Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata bedah sias...
Selamat Berinterview Dengan Polis Ye Diana Padah Membangsatkan Pdrm Di Facebook Diana Mat Handphonenya Ditangkap

Selamat Berinterview Dengan Polis Ye Diana Padah Membangsatkan Pdrm Di Facebook Diana Mat Handphonenya Ditangkap

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 275 hits
Padah membangsatkan Polis Diraja Malaysia di Facebook gara gara nyaris dikenakan kompaun ketika melalui sekatan jalan raya di Putrajaya seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Moh...
Rentasan 874 Panas Kerajaangagal Petanda Rakyat Kecewa Tolak Kera

Rentasan 874 Panas Kerajaangagal Petanda Rakyat Kecewa Tolak Kera

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 268 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8741 KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA MERUDUM 2 PENGISYTIHARAN DARURAT TERUS DIPERTIKAI 3 KEPADA SIAPA HARUS RAKYAT MENGADU 4 SEMAKIN LAMA BEBAN SEMAKIN BERAT
Cabaran Bina Semula Imej Pdrm

Cabaran Bina Semula Imej Pdrm

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 325 hits
Kisah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dituduh dipegang sindiket ah long menarik pemerhati pasukan keselamatan Dakwaan itu sudah tentu sesuatu yang tidak disangka sangka Sejak dikembalikan semula ke dalam Polis Diraja Malaysia e...
Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel Sekurang Kurangnya 90 Dilapor Cedera

Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel Sekurang Kurangnya 90 Dilapor Cedera

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 348 hits
2 480 total views 2 480 views today Sekurang kurangnya 90 individu dilaporkan cedera semasa pertembungan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di Baitul Maqdis malam tadi lapor CNN Memetik kenyataan persatuan Bulan Sabit Merah Palestin...
Ph Buat Laporan Polis Pendedahan Hamid Bador

Ph Buat Laporan Polis Pendedahan Hamid Bador

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 315 hits
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador baru baru ini menggoncang institusi Polis DiRaja Malaysia Oleh itu bagi Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan pihak polis dan kerajaan Perikatan Nasional harus memperbaiki maruah dan inte...
Pukul Warga Asing Enam Lelaki Ditahan Polis

Pukul Warga Asing Enam Lelaki Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 299 hits
KAJANG Polis telah menahan enam lelaki berumur antara 24 hingga 54 tahun berhubung kejadian pukul seorang lelaki warga asing di Kajang semalam Video berdurasi selama lebih kurang 1 minit 21 saat tentang kejadian tentang kejadian itu turut t...
Didakwa Langgar Sop Polis Ambil Keterangan Neelofa Dan Suami

Didakwa Langgar Sop Polis Ambil Keterangan Neelofa Dan Suami

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 321 hits
Neelofa dan suaminya PU Riz dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai semalam SEREMBAN Polis mengambil keterangan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail s...
Pendedahan Hamid Bador Polis Perlu Siasat Segera Muhyiddin Perlu Nyatakan Pendirian

Pendedahan Hamid Bador Polis Perlu Siasat Segera Muhyiddin Perlu Nyatakan Pendirian

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 181 hits
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador baru baru ini menggoncang institusi Polis DiRaja Malaysia Oleh itu bagi Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan pihak polis dan kerajaan Perikatan Nasional harus memperbaiki maruah dan inte...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach