Rakyat Bertindak Luar Batasan Kerana Tekanan Hidup Zahid


 



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan rakyat tidak bertindak di luar batas rasional ketika berdepan dengan masalah kesempitan hidup sehingga ada cuba meragut nyawa.

Presiden UMNO itu berkata, sayangilah keluarga, ibu bapa, isteri dan anak-anak yang bergantung hidup kepadanya jika tidak ada lagi di sisi mereka.

“Sentiasa percaya, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya, setiap permasalahan ada penyelesaian dan akan tiba juga masanya nanti.

“Mungkin Allah mahu mengingatkan kita kepada sesuatu dan mengenai sesuatu. Jadi, jangan menyerah, jangan berundur, jangan berputus asa. Hidup ini suatu perjuangan.

“Kepada bukan Muslim, agama masing-masing juga menuntut kesabaran, bertabahlah kerana apa yang terjadi ini semua di luar kawalan kita. Bukan kita yang menentukan ekonomi negara dan menguruskan hal pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sepanjang masa, beliau sentiasa mendoakan rakyat Malaysia berada dalam limpahan naungan rahmat Allah dan syafaat Rasulullah.

Katanya, semua tahu ramai berada dalam keadaan tertekan, masalah demi masalah menimpa hingga ada yang hilang pendapatan, pekerjaan, perniagaan merudum dan pendapatan isi rumah terjejas.

“Keadaan bertambah kusut apabila bank pula berterusan mendesak bayaran itu dan ini, sedangkan rakyat hari-hari memikirkan apa akan jadi pada masa depan diri, keluarga, anak-anak yang masih kecil sehingga kadangkala fikiran menjadi buntu tidak tahu apa lagi boleh dilakukan.

“Ada pula terlalu rindukan emak ayah di kampung, anak-anak dan isteri selepas lama terpisah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suam-suam kuku.

“Kepala bertambah runsing memikirkan ancaman Covid-19 yang masih berleluasa, tetapi kepada yang beragama Islam ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kata beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri ini berkata, sejak pelaksanaan PKP suam-suam kuku, Mydin Holdings Berhad (Mydin) juga turut, betapa susahnya hendak berniaga sekarang.

Menurutnya, pasar raya di negara ini merekodkan penyusutan 25 peratus sejak pelaksanaan PKP suam-suam kuku, malah ada pusat beli belah menjunam sehingga 95 peratus.

“Antara puncanya disebabkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat merudum. Dalam erti kata lain, rakyat sudah tidak ada wang lagi.

“Jika semua pasar raya ini bungkus, apa nasib pekerja mereka. Bertambahlah rakyat yang tiada wang. Sekarang ini pun sudah 20 peratus pekerja dibuang kerja. Andai keadaan ini berterusan, Julai nanti mungkin bertambah kepada 30 peratus dan Ogos pula 50 peratus,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Dalam Negeri berkata, majoriti peniaga sektor peruncitan terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ dengan kebanyakannya habis daya untuk menyelamatkan perniagaan masing-masing.

Katanya, walaupun Kementerian Kewangan memaklumkan institusi perbankan akan memberi moratorium automatik, tetapi hakikatnya proses permohonan amat sukar.

“Sebab itu kita konsisten desak kerajaan laksanakan PKP yang sebenar. Apabila ini dilakukan, kebanyakan aktiviti ekonomi perlu dihentikan sementara dan bank akan terikat dengan ‘social obligation’ untuk memberi moratorium automatik.

“Ini tidak, PKP suam-suam kuku menyebabkan banyak perniagaan perlu terus beroperasi. Sebab itu bank ada alasan untuk terus menuntut bayaran daripada peniaga,” katanya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/rakyat-bertindak-luar-batasan-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 281 hits
Total lockdown sudah sambung 2 minggu lagi Namun Moratorium Pukal tanpa faedah masih tidak kesampaian Rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik sewajibnya bank juga harus berkorban Laporan 2020 juga mendedahkan b...
Rakyat Perlu Siri Bantuan Kewangan Untuk Teruskan Hidup Kata Guan Eng

Rakyat Perlu Siri Bantuan Kewangan Untuk Teruskan Hidup Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 349 hits
June 12 2021 Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak rugi jika ia meminjam RM45 bilion daripada pasaran hutang domestik bernilai RM1 3 trilion untuk membantu syarikat dan rakyat yang terjejas dengan lanjutan PKP penuh PETALING JAYA Setiausaha A...
Tekanan Hidup Jadi Punca Lelaki Naik Bas Untuk Pecah Mesin Cdm

Tekanan Hidup Jadi Punca Lelaki Naik Bas Untuk Pecah Mesin Cdm

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 239 hits
BALIK PULAU Seorang lelaki yang dipercayai berdepan tekanan hidup dilaporkan cuba bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang di sebuah bank di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira pukul 10 malam itu tindakan suspek berusia 39 tahun ter...
Rakyat Tak Larat Hidup Berimunisasi Pkp

Rakyat Tak Larat Hidup Berimunisasi Pkp

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 273 hits
Rakyat tak larat hidup berimunisasi PKP Sampai bila Oleh MOHD YUNUS YAKKUB Hari ini rakyat terus berkurung ekoran lanjutan tempoh Pe rintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 selama dua minggu lagi Kes harian Covid 19 ketika ini masih melebihi 5 000...
Pm Umum I Citra Ganti I Sinar Menyinari Hidup Rakyat Malaysia

Pm Umum I Citra Ganti I Sinar Menyinari Hidup Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 343 hits
Assalamualaikum wbt Inisiatif i Citra membantu kewangan ahli KWSP yang terkesan akibat pandemik covid 19 Sejak PKP 1 0 dilaksanakan kerajaan telah memberikan pelbagai inisiatif kemudahan kewangan kepada rakyak iaitu i lestari dan kini i cit...
Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 332 hits
Keadaan semasa semakin menghimpit kita semua Tidak dinafikan ramai di luar sana yang sudah jatuh terduduk apabila mengenang nasib akan datang yang tidak pasti Rata rata mereka sedang penat menghadapi dugaan hidup
Plot Twist Lagi Ramai Teka Ada Watak Hidup Dari Mati Watak Baru Dalam The Penthouse 3 Nanti

Plot Twist Lagi Ramai Teka Ada Watak Hidup Dari Mati Watak Baru Dalam The Penthouse 3 Nanti

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 340 hits
Kembali lagi kita dalam episod netizen membongkar teori The Penthouse 3 Dalam sebuah entri di laman komuniti baru baru ini dikhabarkan mungkin akan ada satu watak yang dihidupkan kembali Daripada gambar yang diselitkan dapat dilihat Ha Yoon...
Syariah Menjadi Panduan Hidup

Syariah Menjadi Panduan Hidup

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 432 hits
Syariah adalah panduan hidup yang ditetapkan oleh Allah Atas keperluan manusia dalam melaksanakan tugas di dunia ini syariah adalah memenuhi keperluan untuk memandu manusia menjalani kehidupan dengan sempurna Sebarang permasalahan sosial ya...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

Sinopsis Penuh Siri Wednesday Season 2

Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian