Rakyat Berhak Lontar Pandangan Berhimpun Tetapi Mesti Punyai Asas Kukuh Pm Anwar


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tausiah selepas menunaikan solat Jumaat pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 5 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat berhak melontarkan pandangan termasuk himpunan atau demonstrasi, tetapi bukan sehingga melakukan kekerasan dan jenayah.
Menurut Perdana Menteri, sebarang himpunan atau demonstrasi yang diadakan mestilah mempunyai asas yang kukuh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin, demonstrasi dan protes sehingga mencetuskan keganasan seperti di Indonesia tidak berlaku di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tausiah selepas menunaikan solat Jumaat pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Bernama“Dia boleh bantah, kita tidak menghalang, tapi isu apa? Elaun Menteri potong, Perdana Menteri tak ambil gaji, isu itu tak berbangkit.
“Minyak turun, peruntukan kepada rakyat tambah, saya dah umumkan… yang lain-lain kita boleh timbang dalam belanjawan,” katanya.
Demi mencapai keamanan serta kestabilan negara tanpa membebankan rakyat, tambah beliau, kerajaan perlu berusaha gigih mengembangkan ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat Jumaat serta menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Mohd Zaini Samsu Hadi“Negara kena aman, kerja kena kuat, ekonomi kena kembang, pelaburan kena ajak masuk, dan jangan menjejaskan kedudukan ini, yang tertekan adalah rakyat.
“Tidak salah rakyat menyuarakan apa juga pandangan, tapi janganlah nak bakar rumah ketua-ketua. Yang melanggar undang-undang, polis akan ambil tindakan.
“Ada orang kata ini mengekang kebebasan, tak betul. Itu macam fitnah. Saya fikir wajar kita jaga supaya teguran itu berbeda dengan fitnah,” katanya.
Mengulas lanjut pertemuan bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Beijing baru-baru ini, Anwar dimaklumkan keadaan di negara jiran itu semakin baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan pada 3 September 2025. Foto XinhuaProtes besar-besaran di Indonesia tercetus akibat rasa tidak puas hati terhadap ketidaksamarataan ekonomi dan elaun mewah ahli Parlimen.
Ketegangan memuncak apabila tular rakaman video sebuah kenderaan taktikal tentera melanggar sehingga menyebabkan kematian penunggang ojek, Affan Kurniawan, 21, pada 28 Ogos lalu.
Bagaimanapun kesemua keistimewaan yang diumumkan sebelum ini telah pun ditarik balik dan suasana di Jakarta dan bandar besar lain kembali tenang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/rakyat-berhak-lontar-pandangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1747 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Program MADANI Rakyat menjadi saluran komunikasi penting antara kerajaan dan rakyat untuk menyampaikan maklumat mengenai usaha meningkatkan kesejahteraan hidup mengu...
Pendapatan Rakyat Masih Rendah Punca Kerajaan Tidak Laksana Gst Kata Anwar

Pendapatan Rakyat Masih Rendah Punca Kerajaan Tidak Laksana Gst Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2137 hits
PUTRAJAYA 20 Jun Kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan buat masa ini Perdana Menteri berkata ia berikutan tahap pendapatan rakyat yang masih rendah dan masih belum berada pada tahap terbaik Jelas ...
Anwar Pesan Jangan Perlekeh Bantuan Rm100 Ingatkan Masih Ramai Rakyat Bersyukur

Anwar Pesan Jangan Perlekeh Bantuan Rm100 Ingatkan Masih Ramai Rakyat Bersyukur

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1779 hits
KUALA LUMPUR 24 Julai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak tertentu agar tidak memperkecil bantuan tunai tambahan RM100 Anwar berkata jumlah itu mungkin dilihat kecil oleh golongan berpendapatan tinggi namun memberi m...
Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2987 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIAN...
Anwar English Proficiency Critical And Important For Malaysia S Future

Anwar English Proficiency Critical And Important For Malaysia S Future

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1884 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his speech at the Ambank Group 50th anniversary dinner PIC BY NSTP AIZUDDIN SAADKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has urged the Education Ministry to step up efforts to i...
Anwar Greets Kim Jong Un In Coincidental Meeting In Beijing

Anwar Greets Kim Jong Un In Coincidental Meeting In Beijing

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1667 hits
The prime minister says they shook hands while taking part in China s Victory Day parade at Tiananmen Square Prime Minister Anwar Ibrahim shaking hands with North Korean leader Kim Jong Un when they met at Tiananmen Square in Beijing on Wed...
Anwar Trump And Chinese Premier To Attend Asean Summit Putin Seriously Considering

Anwar Trump And Chinese Premier To Attend Asean Summit Putin Seriously Considering

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 894 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his keynote address during the Ambank Group 50th anniversary dinner in Kuala Lumpur NSTP AIZUDDIN SAADKUALA LUMPUR United States President Donald Trump and Chinese Premier Li Qiang will visit Malaysia next ...
Anwar Bertegur Sapa Dengan Kim Jong Un Di China

Anwar Bertegur Sapa Dengan Kim Jong Un Di China

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 572 hits
Anwar Bertegur Sapa Dengan Kim Jong Un Di China Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sempat bersalam dan bertegur sapa dengan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyaksikan perarakan di Dataran Tian anmen ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe For Dried Beef Cheese Ball

Galeri Seni Upsi

Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Nsk Rawang

Masjid Al Syakirin Gombak

Awal Pagi Rezeki Masuk