Rakan Niaga Latiff Ahmad Dinamakan Sebagai Penerima Bayaran Palsu Dalam Projek Sgpv


 Dari Rafizi Ramli
1 November 2022


RAKAN NIAGA LATIFF AHMAD DINAMAKAN SEBAGAI PENERIMA BAYARAN PALSU DALAM PROJEK SGPV


Saya mengalu-alukan pengumuman Dato’ Seri Latiff Ahmad, pimpinan BERSATU/Perikatan Nasional yang terpalit dengan skandal LCS untuk tidak bertanding dalam PRU15. 


Saya juga masih menunggu surat saman sivil dari beliau selepas pendedahan-pendedahan saya menunjukkan penglibatan beliau dalam skandal LCS melalui sebuah syarikat palsu yang bernama Alizes Marine Ltd.


Saya ambil maklum kenyataan beliau minggu ini yang beliau mempunyai tempoh masa enam tahun untuk mengemukakan saman sivil terhadap saya. Saya berharap beliau tidak menggunakan taktik yang sama seperti Najib Razak, yang berjanji untuk menyaman Wall Street Journal tetapi sehingga ke penjara belum memfailkan saman tersebut.


Walaupun telah mengumumkan persaraan dari politik, itu tidak bermakna Latiff Ahmad boleh bebas dari tuduhan-tuduhan berkait skandal LCS. 


Saya harap rakyat Malaysia bersabar sementara saya terus meneliti kes ini sehinggalah tangan-tangan ghaib yang menggugat keselamatan negara (demi kekayaan dan kepentingan diri) di bawa ke muka pengadilan.


Pengalaman saya menunjukkan usaha untuk membongkar tangan-tangan ghaib di sebalik skandal-skandal besar negara selalunya memakan masa yang cukup lama.


Sebab itu, bermula hari ini, saya ingin kembali memberi perhatian kepada skandal-skandal pertahanan negara iaitu LCS dan pembelian meriam Howitzer (SPH) yang telah saya dedahkan sebelum ini.


Sehingga kini, Latiff Ahmad cuba mengelak mengenai pembabitan beliau dalam syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS dengan hanya memberikan penafian-penafian mudah.


Satu-satunya penafian setakat ini adalah “Zainab bukan isteri saya”, sedangkan carian syarikat menunjukkan Latiff Ahmad adalah rakan kongsi Zainab dalam syarikat Alizes Marine Ltd yang dinamakan sebagai syarikat palsu yang mendapat kontrak pembekalan projek LCS.


Keterlibatan Latiff Ahmad dalam perolehan projek LCS lebih sukar untuk dinafikan kerana ada lagi beberapa syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik yang ada kaitan dengannya.


Jika siasatan dalaman setakat ini hanya menamakan satu syarikat yang ada kaitan dengan Latiff Ahmad, dia boleh membuat tuduhan bahawa siasatan terkeliru (seolah-olah ada individu lain yang bernama Latiff Ahmad). Apabila siasatan menamakan juga syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengannya, atau individu-individu yang dikenal pasti sebagai rakan perniagaannya, sudah tentu bukti-bukti ini mengukuhkan lagi penemuan siasatan dalaman bahawa Latiff Ahmad mendapat laba (secara salah) dari perolehan projek LCS.


Satu lagi dari syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Forensik Audit yang mempunyai kaitan dengan Latiff Ahmad ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura bernama JSD Corporation Pte Ltd.


Muka surat 75 Laporan Audit Forensik memperincikan bahawa syarikat ini mendapat bayaran sebanyak RM1.36 juta sebagai bayaran bagi khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tidak ada bukti khidmat itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.1 menyatakan bahawa pembayaran bagi “khidmat teknikal” seperti ini, termasuk kepada JSD Corporation Pte. Ltd. hanyalah bersandarkan satu invois kepada BNS (anak syarikat LTAT yang mendapat kontrak bagi projek-projek TLDM) sedangkan tiada bukti pun khidmat teknikal itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.5 (muka surat 78) mendedahkan bahawa JSD Corporation Pte Ltd dibayar bagi khidmat teknikal pembinaan kapal perang, sedangkan syarikat itu adalah syarikat yang menyewakan kapal terbang. Ini menguatkan lagi penemuan bahawa bayaran-bayaran khidmat teknikal seperti ini adalah bayaran palsu untuk menipu projek-projek pertahanan laut yang dikendalikan TLDM.


Di hari-hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan siapa di belakang JSD Corporation Pte Ltd, hubung kaitnya dengan tokoh-tokoh UMNO/BERSATU serta penglibatan mereka dalam pelbagai skandal selama ini. 


Saya menunggu maklum balas dari Latiff Ahmad untuk menafikan yang dia tiada kaitan dengan mana-mana individu di belakang JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan di dalam siasatan.


RAFIZI RAMLI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/rakan-niaga-latiff-ahmad-dinamakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Layak Dinamakan Calon Pm Abdul Latiff

Anwar Tak Layak Dinamakan Calon Pm Abdul Latiff

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 153 hits
Pakatan Harapan tidak wajar menamakan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mendakwa ini ...
Ini Watak Yang Saya Belum Pernah Feel Lee Sungkyung Kongsi Kehidupan Sebagai Pelakon Projek Akan Datang

Ini Watak Yang Saya Belum Pernah Feel Lee Sungkyung Kongsi Kehidupan Sebagai Pelakon Projek Akan Datang

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 183 hits
Lee Sung kyung baru baru ini tampil bersama majalah ELLE KOREA untuk edisi terbaru ARTIKEL BERKAITAN Dalam satu sesi temu bual bersama ELLE KOREA Lee Sungkyung juga sempat berkongsi beberapa informasi mengenai dirinya Dia ditanya mengenai p...
Dinilai Sebagai Bank Yang Kuat Di Umkm Begini Kata Professor Harvard Soal Peran Bri

Dinilai Sebagai Bank Yang Kuat Di Umkm Begini Kata Professor Harvard Soal Peran Bri

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 138 hits
Professor Harvard puji peran BRI sebagai sebuah bank yang kuat dalam mendukung UMKM di Indonesia
Pelaburan Forex Meraih Momentum Sebagai Trend Global

Pelaburan Forex Meraih Momentum Sebagai Trend Global

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 130 hits
Kekeliruan sedang tercetus dalam pasaran kewangan Peraturan yang semakin ketat kenaikan inflasi gangguan dalam sektor tenaga pergolakan sosial dan peperangan telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia Bagaimanakah Forex sebagai satu cara pe...
Aisha Retno Bikin Lagu W H U T Part 2 Kesinambungan Lagu Whut Sebagai Tanda Terima Kasih

Aisha Retno Bikin Lagu W H U T Part 2 Kesinambungan Lagu Whut Sebagai Tanda Terima Kasih

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 162 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 125 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Johor Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan namanya berada dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti untuk bertanding di luar kawasan keahliannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Tanpa mendedahkan kerusi Parli
Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 233 hits
ULASAN PAGIBanner pengakuan ikhas Musa BEKAS Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dengan penuh diplomasi menyetujui kalau Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri berbanding dengan dua calon lain Ismail Sabri Yaakob dan Mahiaddin Yassin...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah