Raja Sudah Bersuara


Menjelang Maghrib kelmarin, saya terima salinan dua dokumen berasingan iaitu pertama, Kenyataan Media Istana Negara dan kedua, Kenyataan Media Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dokumen pertama
Dokumen ini menyatakan Yang di-Pertuan Agong telah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Rabu, pukul 2.30 petang. Ia menyatakan, setelah mendengar pandangan pemimpin politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan taklimat oleh pelbagai agensi kerajaan, Seri Paduka ‘menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.’ Ini akan memberi peluang kepada ahli Parlimen membahaskan segala Ordinan Darurat yang telah diluluskan serta Pelan Pemulihan Negara.

Yang di-Pertuan Agong juga ‘menzahirkan harapan’ agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera. Oleh itu, Seri Paduka ‘menzahirkan pandangan’ bahawa kerajaan ‘perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi’ kepada seluruh rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin.

Seri Paduka juga ‘menzahirkan pandangan’, sebuah pentadbiran yang ‘stabil dan kukuh’ adalah amat perlu, berupaya menangani wabak Covid-19 dan ‘memulihkan ekonomi negara.’

Seri Paduka juga menyedari peranan Parlimen sebagai platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang membincangkan pelbagai isu, bukan hanya mengenai penularan wabak tetapi juga peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi ‘membantu rakyat yang dalam kesempitan’ dan ‘memulihkan semula ekonomi negara.’

Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan Raja-Raja Melayu, para petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa dalam usaha memerangi penularan Covid-19.

Seri Paduka menyeru seluruh rakyat sama-sama mendoakan agar rakyat dan negara sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta dijauh daripada segala musibah.

Dokumen kedua
Dokumen kedua menyatakan, enam Raja Melayu (dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah) serta Pemangku Raja Pahang dan Raja Muda Perlis telah ‘mengadakan perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong’ di Istana Negara pada hari sama. Kita tidak dimaklumkan kenapa Sultan Kelantan (atau wakilnya) tidak hadir sama.

Raja-raja Melayu ‘menzahirkan penghargaan’ kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mengadakan pertemuan ini untuk ‘mendapatkan nasihat’ daripada Raja-Raja Melayu yang memerintah sembilan buah negeri.

Raja-Raja Melayu juga menzahirkan di peringkat negeri masing-masing, baginda-baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembahkan kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini dan pelbagai cadangan ‘memohon kebijaksanaan’ Raja-Raja Melayu ‘membantu merangka formula penyelesaian’ untuk meringankan kesusahan dan penderitaan hidup rakyat.

Dokumen itu selanjutnya menyatakan, Raja-Raja Melayu telah ‘mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka serta berterus terang’ agar dapat dijadikan ‘bahan panduan dan rujukan’, membantu Yang di-Pertuan Agong membuat ketetapan secara bijaksana, sambil pada setiap masa melindungi kemuliaan dan kedaulatan takhta pemerintahan, ‘kekal berkecuali dan bebas daripada dilihat atau ditafsirkan berpihak kepada mana-mana individu atau kumpulan politik.’

Raja-Raja Melayu mengambil maklum tujuh isu besar melanda negara masa ini, antaranya angka jangkitan harian Covid-19 yang besar walaupun dalam darurat, keadaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan, suasana politik tidak stabil, penderitaan rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, suasana pembelajaran di sekolah, umat Islam tidak dapat melakukan ibadah di masjid dan surau terutama solat Jumaat, demikian juga penganut agama lain terhalang melakukan urusan agama masing-masing.

Raja-Raja Melayu menegaskan pendirian betapa pentingnya mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman ‘untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.’

Raja-Raja Melayu ‘menyokong dan senada’ dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong ‘yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.’ Di peringkat negeri, raja-raja Melayu turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Ringkasan
Untuk membantu pembaca memahami maksud ayat-ayat dalam dua dokumen tersebut, saya perincikan seperti berikut:

Dalam dokumen pertama, Yang di-Pertuan Agong ‘menzahirkan pandangan’:
 Sidang Parlimen hendaklah diadakan ‘secepat mungkin.’
 Kerajaan memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi.
 Sebuah pentadbiran yang ‘stabil dan kukuh’ adalah perlu untuk menangani wabak Covid-19 dan ‘memulihkan ekonomi negara.’
 Parlimen perlu bersidang untuk membolehkan wakil rakyat membincangkan pelbagai isu semasa yang penting.

Dalam dokumen kedua, Raja-Raja Melayu mengambil maklum tujuh isu besar:
 Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan.
 Kerenah birokrasi pemberian vaksin dikurangkan.
 Suhu politik disejukkan.
 Sebuah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat.
 Darurat tidak disambung lagi selepas 1 Ogos 2021.
 Parlimen dan DUN bersidang secepat mungkin.

Mesej penting
Mesej penting yang hendak disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah baginda-baginda sentiasa prihatin tentang penderitaan rakyat selama ini dan mahukannya segera berakhir.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu juga menyampaikan mesej kepada badan eksekutif supaya segera melakukan apa yang perlu bagi memerangi wabak Covid-19, mengembalikan demokrasi berparlimen, melakukan urus tadbir yang baik dan mewujudkan pemerintahan stabil (mendapat sokongan majoriti), berintegriti dan bertanggungjawab.

Soalnya, apakah respons daripada badan eksekutif nanti? Apakah mereka boleh memahami makna ‘menzahirkan pandangan’ (bahasa Istana) dan sedar akibat tidak mempedulikan atau sengaja mengingkari ‘pandangan’ tersebut?

Oleh: Datuk Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/raja-sudah-bersuara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Fatiha Raja Azhar Kamarudin Bin Raja Datuk Idris

Al Fatiha Raja Azhar Kamarudin Bin Raja Datuk Idris

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 812 hits
Al Fatiha My nephew Raja Azhar Kamarudin Bin Raja Datuk Idris passed away at his home in Coventry England at 5 30pm GMT Thursday 10th June 2021 12 30am Friday 11th June 2021 Malaysian time Raja Azhar was 40 years old and died of cancer afte...
The Smart Tai Chi The Raja Raja Melayu Are Playing

The Smart Tai Chi The Raja Raja Melayu Are Playing

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 237 hits
But the Raja Raja Melayu must not take sides in the political battles If they do the politicians who win will no doubt praise the Raja Raja Melayu and call them wise but those who lose will condemn the Raja Raja Melayu and say nasty things ...
Beli Air Jagung Amirreka Amir Raja Lawak Di Prima Saujana Kajang

Beli Air Jagung Amirreka Amir Raja Lawak Di Prima Saujana Kajang

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 378 hits
BELI AIR JAGUNG AMIRREKA AMIR RAJALAWAK DI PRIMA SAUJANA KAJANG Mummy ni memang boleh di katakan hari hari buat pengeposan barangan online ke courier services di Prima Saujana Kajang Tapi selalu lupa nak singgah kedai AIR JAGUNG AMIRREKA AM...
Tengku Putra Haron Goes To War With The Raja Raja Melayu Again

Tengku Putra Haron Goes To War With The Raja Raja Melayu Again

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 352 hits
This is typical opposition mentality They whack you when you do and they also whack you when you don t Both ways you get whacked And this man from the Singapore side of the Johor royal family has been attacking the Raja Raja Melayu since ag...
Adun Pas Tiada Ke Ikrar Sokong Samsuri Sebagai Mb Kata Raja Kamarul

Adun Pas Tiada Ke Ikrar Sokong Samsuri Sebagai Mb Kata Raja Kamarul

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 158 hits
June 12 2021 12 Jun 20211 Berita tersebar baru baru ini tentang usaha menjatuhkan Menteri Besar PAS Terengganu Samsuri Mokhtar telah menarik perhatian ramai Bagi mengelak dari perkara ini merosakkan imej PAS mereka bertindak mengheret dan m...
Adakah Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja 16 Jun Sah Dari Segi Perlembagaan

Adakah Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja 16 Jun Sah Dari Segi Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 152 hits
Apakah pendirian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap perbincangan khas Yang di Pertuan Agong dengan Raja Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun 2021 depan Adakah PM bertanyakan kepada Peguam Negara Perbincangan Khas itu Adakah perbi...
Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 165 hits
Kalau ikutkan suara suara rakyat yang kedengaran di media sosial dan di merata mata tempat yang lain hanya satu kesimpulan tentang harapan mereka terhadap Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang akan berlangsung pada 2 30 petang hari ini di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu