Raja Permaisuri Tuanku Bainun Guru Yang Bergelar Permaisuri


Kisahnya seumpama sebuah cerita Cinderella moden. Anak gadis kesayangan seorang guru ini tidak pernah menduga takdir akan membawanya hingga ke singgahsana Permaisuri. Wanita bertuah yang dimaksudkan ini adalah Raja Permaisuri Tuanku Bainun binti Mohd Ali, atau turut dikenali sebagai Cikgu Bainun, yang disunting menjadi suri kepada seorang putera dari Perak, iaitu Raja Azlan Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.
Sejarah Awal

Raja Permaisuri Tuanku Bainun telah dilahirkan pada 7 November 1932, di Georgetown, Pulau Pinang. Nama baginda yang sebenar ialah Bainun binti Mohd Ali, dan merupakan anak gadis kedua kepada Cikgu Mohd Ali, seorang bekas guru dan Nazir Sekolah di Pulau Pinang dan ibunya bernama Che Putih Ibrahim. Suasana ketika baginda dibesarkan ketika itu adalah pada waktu Tanah Melayu sedang dijajah oleh pihak British dan ramai anak gadis Melayu yang tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan bersekolah. Namun, Tuanku Bainun amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak seorang guru dan ini telah membuka peluang yang luas bagi baginda untuk menuntut ilmu.
Bergelar sebagai seorang anak kepada guru, didikan serta asuhan yang diberikan oleh ayahandanya telah menjadikan baginda seorang gadis yang penuh disiplin, sopan dan begitu taat kepada kedua-dua ibu bapanya. Tuanku Bainun telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. George’s, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah di St. George’s Girls School, Pulau Pinang. Ketika berada di alam persekolahan,Tuanku Bainun merupakan seorang pelajar yang begitu aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah.
Baginda merupakan anggota pasukan pandu puteri sekolah, malah dengan penglibatan yang aktif di dalam pasukan tersebut, Tuanku Bainun telah berjaya memperoleh gelaran ‘Queen’s Guide’ (Pandu Puteri Diraja), iaitu anugerah tertinggi bagi ahli dalam pasukan pandu puteri. Selain itu, Tuanku Bainun juga terpilih untuk menjadi seorang pengawas ketika berada di alam persekolahan. Pembelajaran dan disiplin yang diterimanya sewaktu menjawat jawatan di dalam pasukan pandu puteri dan pengawas ini telah menjadikan baginda sebagai seorang gadis yang patuh terhadap undang-undang, tabah dan rajin berusaha. Tuanku Bainun turut bergiat cergas dalam aktiviti sukan sepanjang berada di alam persekolahan. Baginda merupakan seorang pemain hoki dan bola jaring yang amat aktif di sekolahnya, malah minat Tuanku Bainun dalam sukan hoki ini berterusan sehinggalah baginda melanjutkan pengajian ke England.
Sedari kecil, Tuanku Bainun telah bercita-cita untuk meneruskan legasi ayahandanya, iaitu menjadi seorang pendidik. Impiannya ini terkabul apabila baginda terpilih bagi menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Kirkby, di Liverpool, England. Akhirnya, pada tahun 1952, iaitu pada usia 20 tahun, Tuanku Bainun telah berangkat ke England bagi meneruskan pengajian dan cita-cita baginda dalam bidang perguruan. Tanpa disedari, di sinilah bermulanya kisah baginda yang bakal membawanya sehingga ke singgahsana.
Tuanku Bainun yang baru tiba di England bagi mengikuti pengajian baginda bersama guru-guru pelatih yang lain telah disambut oleh sekumpulan pelajar Melayu yang sedang menuntut di England pada waktu itu. Salah seorang daripada pelajar ini adalah Raja Azlan Shah, putera bongsu kepada Sultan Perak, yang sedang menuntut dalam bidang undang-undang di Universiti Nottingham. Pertemuan pertama di antara Tuanku Bainun dan Raja Azlan Shah ini telah membawa kepada sebuah ikatan persahabatan dan menyemai kasih sayang antara mereka.
Pada tahun 1954, Tuanku Bainun kembali ke tanahair dan merealisasikan impiannya untuk bergelar sebagai seorang guru dengan mengajar di sekolah asal baginda, iaitu Sekolah Rendah St. George’s, Pulau Pinang. Pada waktu yang sama, Raja Azlan Shah pula telah memegang jawatan sebagai seorang majistret di Kuala Lumpur.
Perkahwinan Dan Kerjaya Sebagai Seorang Guru
Genap setahun selepas bergelar sebagai guru, akhirnya pada 9 Disember 1955, iaitu pada usia 23 tahun, Tuanku Bainun telah melangsungkan perkahwinan dengan Raja Azlan Shah setelah tiga tahun menyemai cinta. Meskipun telah mendirikan rumahtangga, namun Tuanku Bainun masih meneruskan kerjaya baginda sebagai seorang pendidik. Pada tahun 1956, baginda telah mengucapkan selamat tinggal kepada warga Sekolah Rendah St. George, Pulau Pinang kerana mengikuti suaminya yang bertugas sebagai majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun sebagai seorang pendidik telah bertukar sekolah dari semasa ke semasa kerana mengikuti suami baginda yang ditukarkan ke negeri-negeri lain. Selama 22 tahun berkhidmat sebagai guru, baginda telah menyumbangkan bakti kepada banyak sekolah, antaranya ialah Sekolah Rendah Batu Road, Kuala Lumpur; Sekolah Rendah King George V. Seremban, Negeri Sembilan; Sekolah Sultan Mahmud, Raub, Pahang; Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak; Sekolah Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang dan Sekolah Menengah Sri Ampang, Kuala Lumpur.
Apabila suami baginda dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang bagi Negeri Pahang pada tahun 1960, Tuanku Bainun telah mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun. Tujuannya adalah bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak serta keluarganya buat sementara waktu. Namun, rindu baginda kepada dunia pendidikan masih tidak terpadam, dan pada tahun 1963, Tuanku Bainun kembali bertugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Sri Ampang, Kuala Lumpur.
Baginda telah menabur bakti selama 15 tahun di sekolah berkenaan, dan Tuanku Bainun juga telah dilantik sebagai Penolong Kanan bagi sekolah tersebut. pada tahun 1979, suami baginda telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, dan berikutan dengan perlantikan ini, Tuanku Bainun telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia perguruan yang dicintainya dan bersara daripada dunia pendidikan. Tuanku Bainun akhirnya bergelar sebagai suri rumahtangga sepenuh masa dan menumpukan perhatian buat keluarga yang mana pada waktu itu, rumahtangga mereka telah diserikan dengan kehadiran dua orang putera serta tiga orang puteri. Putera sulung baginda, iaitu Raja Nazrin Shah merupakan Sultan Negeri Perak pada hari ini.
Perlantikan Sebagai Permaisuri 
Pada November 1982, Raja Azlan Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, dan kehidupan Tuanku Bainun juga semakin sibuk dengan kedudukan baginda sebagai isteri kepada seorang hakim negara. Tanpa diduga, kehidupan baginda akhirnya berubah daripada seseorang yang bergelar ‘Cikgu Bainun’ dan isteri kepada seorang hakim negara kepada Wanita Utama di negeri Perak apabila suami baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak dan membawa gelaran DYMM Maulana Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 1984. Serentak dengan pertabalan ini, Tuanku Bainun yang berusia 52 tahun pada ketika itu telah dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.
Lima tahun setelah berada di singgahsana permaisuri Negeri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun telah dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong Yang Kesembilan, apabila Sultan Perak ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia pada tahun 1989. Bergelar sebagai seorang Permaisuri serta Permaisuri Agong, Tuanku Bainun sebenarnya telah mewujudkan suatu perspektif baru dan menjadi lambang wanita berkerjaya yang cemerlang. Ini kerana reputasi baginda sebagai seorang bekas guru yang amat dihormati dalam kalangan guru-guru serta para pelajar baginda.
Sumbangan Dan Pencapaian
Sebagai seorang wanita yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, Tuanku Bainun pastinya begitu menitikberatkan aspek pendidikan buat golongan remaja dan wanita. Malah, jasa baginda dalam bidang pendidikan juga telah mendapat pengiktirafan apabila Tuanku Bainun telah dikurniakan anugerah ‘A Fellow of the University of Liverpool’ dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Negara.
Sebagai seorang Permaisuri Negeri Perak pula, Tuanku Bainun telah menjadi Penaung kepada banyak pertubuhan dan persatuan di negeri tersebut. Antaranya ialah sebagai Penaung bagi Baiduri, Persatuan Hoki Wanita Perak, Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri dan PERKIM. Selain itu, baginda juga merupakan seorang yang gemar bermain golf pada masa lapangnya dan turut aktif memasuki pertandingan golf bagi wanita.
Tuanku Bainun sepertimana wanita Melayu yang lain, mempunyai bakat dan kemahiran yang tersendiri dalam seni gubahan bunga. Malah, baginda juga sangat kreatif dan begitu teliti dalam menggubah bunga-bunga pilihan baginda. Dek kerana minatnya yang mendalam terhadap bunga-bungaan, maka tiga jenis bunga orkid telah diberi nama sempena nama baginda, iaitu ‘Christiera Permaisuri Bainun’, ‘Dendrobium Tuanku Bainun’, dan ‘Renantanda Tuanku Bainun.’ Tuanku Bainun juga telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan pembukaan rasmi Pameran Orkid Antarabangsa yang diadakan di Taman Orkid, Kuala Lumpur.
Kesimpulan

Raja Permaisuri Tuanku Bainun Mohd Ali yang kini berusia 86 tahun adalah lambang seorang wanita serba boleh dengan pelbagai peranan yang dipegangnya secara serentak, iaitu seorang isteri, ibu, pendidik dan suri rumahtangga yang cekap serta berdedikasi. Malah, baginda juga diingati oleh seluruh rakyat di negeri Perak sebagai seorang Permaisuri pengasih yang begitu prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyatnya. Semoga semangat dan kisah cemerlang seorang wanita bernama Tuanku Bainun Mohd Ali dapat disemarakkan dalam diri kita semua khususnya buat golongan wanita.
Rujukan
Amirul, I. (2014). Cinderella Malaysia: Tuanku Bainun Mohd Ali. Retrieved December 9, 2018, from http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/12/cinderella-malaysia-tuanku-bainun-mohd.html”
Iskandar, Z. (2017). YMM Tuanku Bainun, Dari Guru Ke Raja Permaisuri Perak. Retrieved December 9, 2018, from https://ift.tt/2QCXYJl
Mohamed Roselan, A. M. (1998). Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik: Negeri Perak (1st Edition). Petaling Jaya, Selangor: Oscar Book International.
Siti Rosnah, H. A. (2006). Raja Permaisuri Agong: Payung Mahkota Ibu Pertiwi. Kuala Lumpur, Malaysia: Golden Books Centre Sdn Bhd.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/raja-permaisuri-tuanku-bainun-guru-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menjaga Mak Yang Sakit Di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh

Pengalaman Menjaga Mak Yang Sakit Di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1463 hits
Nak cerita pengalaman menjaga mak yang sakit di hospital Mula mula mak di masukkan ke wad kelas ke 3 Memang sangat sibuk dan sesak wad itu Sebenarnya awal awal lagi adik ada minta wad kelas pertama tapi tiada kekosongan Menjaga mak yang sak...
Guru Sains Terbaik Di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018

Guru Sains Terbaik Di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 460 hits
Rezeki tahun 2018 nih datang tanpa diduga bila saya terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali Indonesia Pertandingan yang bertujuan bagi mencari Guru Sains Terbaik ASEAN ini dianjurkan oleh SEAMEO QITEP ...
Menag Lukman Beri Penghargaan Pada Lima Guru Inspirasi

Menag Lukman Beri Penghargaan Pada Lima Guru Inspirasi

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 144 hits
Menurut Menag para penerima penghargaan ini memiliki kesamaan yaitu menghadapi keterbatasan fasilitas minim kesejahteraan dan berjibaku dengan kisah kisah butuh perjuangan
Bu Niar Sosok Guru Honorer Tangguh Di Pedalaman Indragiri Hulu Riau

Bu Niar Sosok Guru Honorer Tangguh Di Pedalaman Indragiri Hulu Riau

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 351 hits
Good morning students suara Bu Niar memecah keheningan kelas di pagi itu Seperti biasa pagi itu Bu Niar menjadi lakon tunggal di sebuah petak kecil berdinding papan dan beratapkan seng Orang menyebutnya sebagai sekolah Meskipun kondisinya t...
Sekolah Letak Syarat Had Harga Hadiah Gara Gara Guru Dapat Beg Tangan Mewah

Sekolah Letak Syarat Had Harga Hadiah Gara Gara Guru Dapat Beg Tangan Mewah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 483 hits
Sekolah letak syarat had harga hadiah gara gara guru dapat beg tangan mewah 1 Gambar hiasan DUA sekolah di United Kingdom menetapkan had harga hadiah untuk guru iaitu sebanyak 50 bagi mengelakkan ibu bapa berbelanja mahal Guru guru di sekol...
Kpm Sasar Majoriti Guru Miliki Sarjana Menjelang 2030

Kpm Sasar Majoriti Guru Miliki Sarjana Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 437 hits
Kerajaan meletakkan sasaran supaya majoriti guru di Malaysia ini mempunyai sekurang kurangnya ijazah sarjana menjelang tahun 2030 Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan berharap beberapa universiti awam dapat memberi kelonggaran dengan ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad