Raja Permaisuri Agong Dimasyhur Sebagai Canselor Uiam


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Watikah pemasyhuran itu dibacakan dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan majlis konvokesyen ke-35 UIAM yang dijadualkan esok.
“Beta dengan ini mengisytiharkan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, sebagai Ketua Perlembagaan UIAM.
“Semoga Allah memberikan Seri Paduka Baginda segala kemudahan, keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Perkara 23 (1) Perlembagaan UIAM, ketua perlembagaan universiti hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kredit: Bernama Meneruskan legasi ayahanda Tunku Azizah menjelaskan diri baginda sangat dekat dengan UIAM sejak Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983.
“Beta amat tersentuh dan bersyukur untuk meneruskan legasi Almarhum Paduka Ayahanda yang, sebagaimana anda semua tahu adalah Ketua Perlembagaan UIAM selama 35 tahun.
“UIAM amat dekat dengan hati beta, sejak Almarhum Paduka Ayahanda memegang jawatan itu, beta telah mengikuti dengan dekat perkembangan dan kemajuan universiti unik dan istimewa ini – Taman Ilmu dan Akhlak,” titah baginda.
Tunku Azizah yang kelihatan terharu turut meminta hadirin membacakan Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Ahmad Shah, menjadikan Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM hening seketika.
Momen indah yang bersejarah itu turut disaksikan anakanda pasangan diraja iaitu Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Raja Puteri Iman Afzan and Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Wanita pertama pegang jawatan tertinggi pentadbiran UIAM Kredit: Bernama Pemashyuran bersejarah itu menjadikan Tunku Azizah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam struktur organisasi pentadbiran UIAM.
Sebelum ini, jawatan tertinggi pernah dipegang wanita dalam pentadbiran UIAM adalah sebagai Rektor yang disandang oleh Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin pada 2011.
Prof Zaleha, yang merupakan Rektor kelima, mengambil alih jawatan berkenaan menggantikan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid yang tamat perkhidmatan pada tahun sama.
Tunku Azizah, 59, berkenan menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan UIAM daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Istana Negara pada Jun lepas.
Tunku Azizah dilantik memegang jawatan itu tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April 2019.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/23/raja-permaisuri-agong-dimasyhur-sebagai-canselor-uiam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Di Masyhor Sebagai Canselor Upnm

Agong Di Masyhor Sebagai Canselor Upnm

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 187 hits
Hari ini merupakan hari pembukaan bagi Majlis Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ke 10 dan hari ini juga Agong baru di masyhorkan sebagai Cancelor UPNM yang baru Pemasyhuran Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatu...
Don T Overly Press Children On Education Raja Permaisuri Agong

Don T Overly Press Children On Education Raja Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 270 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah 8211 Bernama file photo KUANTAN Parents and teachers were told not to overly press their children over education as it is feared to have a psychological effect on the chil...
Permaisuri Jalan Berhayun Tangan Dengan Agong Aksi Sweet Pasangan Diraja Jadi Tumpuan Netizen

Permaisuri Jalan Berhayun Tangan Dengan Agong Aksi Sweet Pasangan Diraja Jadi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 226 hits
Tuanku Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mencari tumpuan rakyat dengan interaksi romantik mereka berdua ketika menghadiri m...
Seiepas Heboh Pasai Bendera Maiaysia Bintang Lima Ini Kata Kata Padu Permaisuri Agong

Seiepas Heboh Pasai Bendera Maiaysia Bintang Lima Ini Kata Kata Padu Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 657 hits
Ketika kehangatan isu Persatuan Bola Keranjang Malaysia memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu semalam ciapan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menc...
Rakam Tampal Gambar Penduduk Flat Yang Gemar Buang Sampah Kepada Umum Sebagai Hukuman

Rakam Tampal Gambar Penduduk Flat Yang Gemar Buang Sampah Kepada Umum Sebagai Hukuman

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 458 hits
Tinggal di rumah flat pangsapuri dan yang sewaktu dengannya sentiasa berdepan dengan masalah kebersihan terutamanya adanya penduduk yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah membuang sampah di tangga depan lif dan lain lain Masalah ...
Prktanjungpial Wee Jeck Seng Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Tg Piai

Prktanjungpial Wee Jeck Seng Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Tg Piai

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 422 hits
Wee Jeck Seng hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tanjung Piai selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Sabtu Wee menang dengan majoriti besar lebih 15 000 undi dalam persaingan enam penjuru mengalahkan pencabar terdeka...
Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 337 hits
MALAYSIAKINI Jika Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri merestui pengguguran timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali daripada merasmikan kongres tahunan bagi sayap pemuda parti maka hal itu wajar dibiarkan begitu kata naib presiden PKR Zurai...
Orang Melayu Perlu Dilantik Sebagai Menteri Kewangan

Orang Melayu Perlu Dilantik Sebagai Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 230 hits
Penyelesaian yang lebih berkesan Azmin adalah calon yg lebih tepat Keperluan untuk menyediakan dana dan perancangan economi orang Melayu Persediaan mengganti Mahathir Persediaan sebuah kerajaan baru
Dukung Iwan Bule Sebagai Ketua Pssi Bagaimana Reaksi The Jakmania

Dukung Iwan Bule Sebagai Ketua Pssi Bagaimana Reaksi The Jakmania

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 310 hits
Persija Jakarta disebut mendukung Mochamad Iriawan untuk menjadi Ketua Umum PSSI periode 2019 2023 Mendengar kabar tersebut suporter tim ibu kota The Jakmania bereaksi Menurut yang dihimpun Lewat akun Instagramnya mochamadiriawan84 Iwan Bul...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki