Raja Muda Selangor Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada 30 Usahawan Oku


 


RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN UNTUK MEMBERIKAN GERAN PERNIAGAAN KEPADA 30 USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM PROGRAM LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO) ANJURAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY

 

Pada 11 Oktober 2022, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penyerahan Geran Perniagaan kepada 30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bertempat di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya, Selangor.




 

Seramai 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 

 




Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 

 



Kriteria pemilihan peserta adalah:

Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 
Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.



Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:

Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 
 



Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 

 



Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamptersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 

 



Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 

 



Pada hari ini, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh: 

Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO 
Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia 
Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community. 
 




PERIHAL SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)  

Selangor Youth Community (SAY)diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.

 

Setakat tahun 2021, SAY telah memberi kesan positif kepada seramai 296,000 belia, bukan sahaja tertumpu di dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. SAY juga menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir. 





PERIHAL INISIATIF ENTREPRENEURSHIP SELANGOR

 

Entrepreneurship Selangorbergerak di bawah organisasi Selangor Youth Community (SAY) yang juga dikenali sebagai Keusahawanan Selangor dan ditubuhkan berpandukan visi DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor untuk mewujudkan inisiatif yang memfokuskan bidang keusahawanan untuk belia di negeri Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem keusahawanan belia yang ada dan menyatukan semua agensi kerajaan, sektor swasta, entiti bukan kerajaan dan juga individu di bawah satu misi bersama - untuk memperkasakan belia melalui inisiatif keusahawanan dan mendorong belia untuk ke peringkat antarabangsa. Terdapat 2 inisiatif utama di bawah Entrepreneurship Selangor:




         i.       SAY LEAD (Leadership, Entrepreneurship, Acceleration and Development)

SAY LEAD adalah sebuah liga usahawan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia untuk membantu usahawan OKU memperolehi pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus bimbingan perniagaan yang berstruktur. Tiga pemenang utama akan layak ke peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.




     SAY ASPIRE
SAY ASPIRE adalah program yang mensasarkan syarikat Industri Kecil Dan Sederhana yang diterajui oleh belia di negeri Selangor dan berpotensi untuk dieksport ke pasaran antarabangsa. Program bimbingan perniagaan yang berlangsung selama 6 bulan ini memberi peluang kepada usahawan belia mendapat akses ke pasaran baru dan peluang perniagaan yang berinovasi.  

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2022/10/Raja-Muda-Selangor-Berkenan-Memberikan-Geran-Perniagaan-Kepada-30-Usahawan-OKU.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngopi Di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam Selangor

Ngopi Di Kopi K Seksyen 9 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum semua Mama ni masih dalam mood M Tapi ada byk entry kat draft tu sampai 300 Banyak juga gambar gambar yang belum upload Aduyai napelah malas sangat ni haha Harini mama nak tulis cerita basi Ngopi di Kopi K Seksyen 9 Shah Ala...
Resident Takes Selangor Govt To Court Over Decision To Demolish Shah Alam Stadium

Resident Takes Selangor Govt To Court Over Decision To Demolish Shah Alam Stadium

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 182 hits
A Shah Alam resident Ahmad Mua Adzam Shah Ya akob today filed an application for a judicial review to challenge the decisions of the state government and menteri besar to demolish the Shah Alam Stadium and build a smaller one Ahmad Mua Adza...
Selangor Islamic College Now A Full University

Selangor Islamic College Now A Full University

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 120 hits
Selangor International University offers degree courses in Islamic studies business studies Islamic banking education communications and information technology SHAH ALAM The Selangor International Islamic University College has been upgrade...
Kolaborasi Wanita Ikon Selangor 2022 Bersama Pusat Bantuan Guaman Syarie

Kolaborasi Wanita Ikon Selangor 2022 Bersama Pusat Bantuan Guaman Syarie

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 261 hits
Mempunyai sebuah keluarga yang mencapai Sakinah Mawaddah Wa Rahmah pastinya merupakan impian setiap insan mahupun lelaki atau wanita Akhir akhir ini isu yang berkaitan dengan keganasan yang berlaku dalam rumahtangga keganasan terhadap pasan...
Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 305 hits
Umno Selangor yakin dapat menumpaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam saingan tiga penjuru di negeri itu TANJUNG KARANG Umno Selangor menerusi Barisan Nasional yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan ...
Are You Okay Centre Di Uitm Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati

Are You Okay Centre Di Uitm Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 480 hits
Are You Okay Centre di UiTM Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati Sebagai bekas pelajar UiTM mummy turut berbangga atas penubuhan Are You Okay Centre yang di inspirasikan oleh Alumni UiTM sendiri iaitu Wanita Ikon ...
Fenomena Air Pasang Bomba Selangor Siap Siaga Sebarang Kemungkinan

Fenomena Air Pasang Bomba Selangor Siap Siaga Sebarang Kemungkinan

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 139 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor bersiap siaga sebarang kemungkinan sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga Khamis ini Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata piha...
Broken Barrier Leads To Minor Flooding In Kuala Selangor

Broken Barrier Leads To Minor Flooding In Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 146 hits
KUALA SELANGOR A broken barrier led to minor flooding in Kuala Selangor here following high tides early Tuesday morning When contacted Selangor Fire and Rescue Department director Norazam Khamis said that Jalan Masjid Tanjung Karang Pekan T...
Awani Ringkas Dun Selangor Hanya Bubar Tahun Hadapan

Awani Ringkas Dun Selangor Hanya Bubar Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 193 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities