Raja Melayu Payung Negara




Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang kini kurang menghargai nilai sejarah negara bangsa dan menganggapnya tidak lebih daripada sekadar satu mata pelajaran di sekolah dan bukannya sesuatu yang bernilai dan harus dihargai.
Sejak zaman kerajaan Srivijaya dan kerajaan Kedah Tua, sehingga kepada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya sampai kepada hari ini, Tanah Melayu yang bertuah ini diperintah oleh Raja-Raja Melayu berdaulat yang telah berjaya membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara bangsa.
Akibat buta sejarah, ada dalam kalangan kita yang tidak lagi menghormati dan menghargai sistem diRaja yang selama ini telah memayungi negara serta melindungi rakyat jelata.
Kini telah lahir golongan yang tanpa segan silu menuduh sistem dan Institusi diRaja sebagai satu sistem feudal yang tidak lagi relevan di zaman moden ini.
Sehinggakan telah pun bangkit golongan yang bukan sahaja berani memfitnah, menghina dan menyebarkan kebencian terhadap Raja-Raja Melayu, malah berusaha menghapuskan sistem diRaja, dengan fitnah kononnya Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak memberi apa-apa manfaat, malah menyusahkan rakyat.
Fahaman anarkisme sebegini semakin hari semakin merebak di Malaysia akibat sikap masyarakat yang mengagungkan kebebasan serta ketidak prihatinan masyarakat akan sejarah dan prinsip-prinsip asas negara.
Hasilnya, timbul salah tanggapan dan kekeliruan di kalangan rakyat jelata tentang sejarah pengobanan dan kepentingan institusi diRaja; di mana mereka sebenarnya tidak tahu dan tidak faham tentang peranan Raja-Raja Melayu di negara ini.
Setelah British tiba di Tanah Melayu pada tahun 1771 untuk mengembangkan kuasa dan kawasan jajahannya, mereka berjaya menjadikan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat sebagai kawasan jajahan takluk Mahkota British.
Seterusnya, pihak British telah cuba untuk menjajah kerajaan-kerajaan Kesultanan Melayu berdaulat yang lain di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak.
Namun, tipu helah British dalam usaha menjajah keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu berjaya dikesan oleh kesembilan Raja-Raja Melayu yang berkuasa lagi bijaksana.
Maka untuk mengelakkan daripada jatuhnya keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu ke tangan British, Baginda Raja-Raja Melayu bertindak membuat satu keputusan yang amat penting.
Demi memelihara dan mendaulatkan kedudukan Islam dan orang Melayu iaitu Rakyat Raja di Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan untuk bersekutu sebagai sebuah negara baharu yang lebih kuat dan teguh.
Keputusan ini bukannya satu keputusan yang dibuat dengan mudah, kerana pengorbanan di sebaliknya amatlah besar, di mana Raja-Raja Melayu telah mengorbankan kuasa multak baginda ke atas negeri-negeri baginda.
Jika tidak kerana kebijaksanaan dan pengorbanan Raja-Raja Melayu, negara kita tidak akan menjadi sebuah negara yang bersekutu tetapi sebaliknya menjadi negara-negara kecil yang berasingan dan mungkin masih di bawah naungan British.
Menurut pakar Perlembagaan, Prof Dr. Shamrahayu Abdul Aziz: “Persekutuan (Malaysia) asalnya tidak mempunyai apa-apa, tiada tanah atau kekuasaan; Persekutuan terbentuk atas tanah dan kekuasaan dan kedaulatan negeri”.
Banyak peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan memperincikan kepentingan serta kedudukan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di dalam sistem pemerintahan negara.
Perkara ini amat penting sebagai langkah check and balance kepada keputusan pimpinan politik negara yang dipengaruhi oleh dasar parti dan untuk memancing undi; berbanding kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang tentunya lebih tinggi daripada kedudukan dan jawatan politik.
Menurut Perkara 3(2) dan 3(3) Perlembagaan, Raja-Raja Melayu merupakan ketua agama Islam di negeri-negeri baginda sementara Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.
Perkara ini ditegaskan lagi oleh Perkara 37 Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsi baginda, mengangkat dan menandatangani Sumpah Jawatan seperti yang termaktub di dalam Bahagian I, Jadual Keempat Perlembagaan di mana baginda bersumpah di atas nama Allah dengan lafaz “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” untuk memelihara pada setiap masa agama Islam.
Baginda juga adalah tonggak perpaduan kaum di mana baginda memikul bertanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan.
Hasil daripada legasi pengorbanan dan perjuangan Baginda Raja-Raja Melayu sejak zaman dahulu, kini kita boleh menikmati kehidupan yang aman dan damai di dalam satu negara bangsa yang dinamakan Persekutuan Malaysia.
Maka, menjelang pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal berlangsung pada 30hb Julai 2019, ada baiknya kita renungi dan belajar menghargai jasa dan pengorbanan Raja-Raja Melayu sepanjang sejarah negara kita.
Jangan sampai kita menjadi seperti kacang lupakan kulit atau lebih teruk, ibarat diberi susu, tuba dibalas. – UTUSAN ONLINE
Ali Karim merupakan seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang juga merupakan pemerhati lanskap politik tanah air. Dia juga merupakan Duta Rasmi Muafakat Pendidikan Johor (MPJ), sebuah Persatuan Guru di Johor. Pandangan dan tulisannya boleh dibaca melalui ahmadalikarim.wordpress.com.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/25/raja-melayu-payung-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Wacana Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Di Nusantara Di Ukm

Video Wacana Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Di Nusantara Di Ukm

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 557 hits
Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Di Nusantara Antara Kuasa Kedaulatan Tarikh 22 Julai 2019Masa 9 30 pagi 12 30 tengah hariTempat Bilik Senat Canselori UKM1 Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling telah membentangkan sejarah tamadun kerajaan M...
7 Wasiat Raja Raja Melayu Yang Harus Dipegang Rakyat Malaysia

7 Wasiat Raja Raja Melayu Yang Harus Dipegang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 382 hits
Generasi zaman sekarang mungkin kurang memahami apakah peranan sebenar badan di Raja dalam sistem pemerintahan negara kita apatah lagi apabila semakin banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada Sultan dan Raja oleh pihak pihak tertentu ata...
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Raja Berperlembagaan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Raja Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 4738 hits
Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara sejak tahun 1957 kita bakal menyaksikan Istiadat Pe...
Perjuangan Dap Ancam Negara Melayu Kata Annuar Musa

Perjuangan Dap Ancam Negara Melayu Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 370 hits
UMNO tidak bersependapat dengan DAP musuh Islam yang nyataKUALA SELANGOR Dasar Malaysian Malaysia yang dibawa oleh parti DAP bertentangan dengan Perlembagaan Negara serta boleh mengakibatkan negara menjadi huru hara Setiausaha Agung UMNO Ta...
Berjuang Demi Melayu Islam Negara Taik Kucing Tengok Jubor Pun Dah Gugur Iman

Berjuang Demi Melayu Islam Negara Taik Kucing Tengok Jubor Pun Dah Gugur Iman

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 1677 hits
Itupun ada hati penyokong balaci minta pemimpin taik kucing mereka jadi khalifah Memang lingkup Malaysia ni Itu jawapan aku pada pecacai najib yang kini tiba menyokong munafiqin dulupun tersungkur di PRU14 dah tewas tak serik Harap sangat c...
Bawalah Pulang Ilmu Dari Luar Negara Ke Tanah Air

Bawalah Pulang Ilmu Dari Luar Negara Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 336 hits
1 Sejak zaman tok nenek moyang kita lagi kita macam ada satu kekaguman terhadap bangsa kulit putih Sebab itu masa mereka datang Tanah Melayu kita terima dan layan mereka dengan tangan terbuka malah menjadikan mereka gabenor dan menguasai pe...
Lgbt Jawapan T Menteri Dangkal Peguam Negara Tiada Kuasa Tuan Ibrahim

Lgbt Jawapan T Menteri Dangkal Peguam Negara Tiada Kuasa Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 250 hits
SAYA ingin merujuk kepada jawapan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada soalan YB Rantau Panjang bertarikh 16 Julai 2019 Soalan tersebut berkait dengan Himpunan Hari Wanita yang telah dianjurkan oleh beberapa NGO di Dataran ...
Ini Pelan Internet Terbaik Yang Boleh Korang Dapatkan Jika Travel Ke Luar Negara

Ini Pelan Internet Terbaik Yang Boleh Korang Dapatkan Jika Travel Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 291 hits
Tak sabar nak pergi bercuti overseas bulan Ogos ini ke gais Tapi ada tak korang rasa risau bila tak ada internet untuk upload momen korang kat IG Story Jangan risau Dengan adanya Celcom korang tak perlu terlalu bergantung sangat pada Wifi s...
Video Trump Tidak Tahu Di Mana Letak Negara Myanmar

Video Trump Tidak Tahu Di Mana Letak Negara Myanmar

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 254 hits
Ketika seorang pengungsi Rohingya dari Myanmar memohon bantuan kepada pemerintah AS Trump malah bertanya di mana lokasi Myanmar
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025