Raja Arab Saudi Taja 20 Jemaah Malaysia Tunaikan Haji


KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).
Program tahunan kendalian Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta kos di Masya’ir Haram.

Loading… Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan, berkata melalui program Istidhofah itu, kerajaan Arab Saudi berjaya menghimpunkan sejumlah besar umat Islam dari seluruh dunia.
Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendali program itu kerana sudah menganjurkannya lebih 20 tahun.
“Saban tahun kami mendapat maklum balas positif daripada jemaah seluruh dunia bagi membantu para peserta tetamu Raja Arab Saudi menunaikan haji.
“Kami akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan program ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada BERNAMA selepas program Majlis Meraikan Tetamu Raja Arab Saudi 2019 di sini, malam ini.

Antara tujuan utama program itu ialah menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan mengenai Islam dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.
Mereka yang terpilih terdiri daripada kalangan agamawan, wakil kerajaan, ahli akademik, pendakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antara yang terpilih di dalam program itu ialah Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, Ridzuan Awang dan Wartawan Meja Multimedia BERNAMA, Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman.
Kumpulan itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Ogos dan berada di Arab Saudi hingga 17 Ogos.
Selain itu, Raja Salman turut menaja 1,300 jemaah dari 72 negara di bawah program itu.
Penjaga Dua Kota Suci itu turut mengundang 200 keluarga mangsa serangan keganasan di Christchurch, New Zealand menjadi tetamunya untuk menunaikan haji.
Raja Arab Saudi itu turut menaja 2,000 anggota keluarga tentera Yaman untuk menunaikan haji tahun ini.
Arab Saudi turut merancang untuk menampung hingga 30 juta jemaah haji dan umrah pada tahun-tahun akan datang berdasarkan Wawasan 2030 yang diperkenal Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Kerajaan itu juga prihatin dengan kesejahteraan jemaah haji serta umrah, dan perkara ini dicerminkan menerusi wawasan tersebut. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/raja-arab-saudi-taja-20-jemaah-malaysia-tunaikan-haji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagai Bulan Jatuh Ke Riba Hanya Kerana Videonya Tular Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji

Bagai Bulan Jatuh Ke Riba Hanya Kerana Videonya Tular Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 717 hits
Bagai bulan jatuh ke riba seorang datuk bersama beberapa ahli keluarganya mendapat tuah apabila diundang sendiri oleh pemerintah Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini Sebelum ini Uhi 94 bersama keluarganya tel...
Ylki Minta Pemerintah Larang Penjualan Kartu Perdana Arab Saudi Ke Calon Jemaah Haji

Ylki Minta Pemerintah Larang Penjualan Kartu Perdana Arab Saudi Ke Calon Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 300 hits
Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia meminta pemerintah Indonesia untuk melarang penjualan kartu perdana operator Arab Saudi pada jemaah haji Indonesia Salah satu alasannya ialah karena akan menghilangkan potensi penerimaan pajak negara
Jemaah Haji Malaysia Kekal Kebersihan Jadi Contoh Negara Lain

Jemaah Haji Malaysia Kekal Kebersihan Jadi Contoh Negara Lain

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 326 hits
MAKKAH Jemaah haji Malaysia diminta supaya mengekalkan budaya kebersihan diamalkan oleh jemaah haji sebelum ini bagi menjaga imej Malaysia di mata dunia dan menjadi contoh kepada jemaah haji dari negara lain Ketua Rombongan Haji Malaysia Da...
Muncul Seruan Boikot Haji Terkait Isu Pelanggaran Ham Arab Saudi

Muncul Seruan Boikot Haji Terkait Isu Pelanggaran Ham Arab Saudi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 247 hits
Ritual ibadah haji akan dimulai pada 9 Agustus namun sejumlah muslim memilih tidak berhaji karena kebijakan internal dan eksternal Arab Saudi khususnya intervensi di Yaman yang telah merenggut puluhan ribu nyawa dan penganiayaan terhadap ak...
Dr Zakir Naik Dapat Kewarganegaraan Arab Saudi Dari Raja Salman

Dr Zakir Naik Dapat Kewarganegaraan Arab Saudi Dari Raja Salman

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 372 hits
Riyadh Pendakwah kontroversial asal India Dr Zakir Naik dilaporkan telah mendapatkan kewarganegaraan Arab Saudi dari Raja Salman Laporan Middle East Monitor pada Jumat 19 Mei 2017 mengklaim mendapat informasi dari sumber sumber kepercayaan ...
Kisah Pria Arab Saudi Yang Mendapati Tkw Indonesia Bunuh Anaknya Memaafkan Dan Menaikkannya Haji

Kisah Pria Arab Saudi Yang Mendapati Tkw Indonesia Bunuh Anaknya Memaafkan Dan Menaikkannya Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 325 hits
Tidak sedikit TKW asal Indonesia yang tersangkut masalah hukum di Arab Saudi Beberapa di antara mereka bernasib tak beruntung karena harus menghadapi hukuman mati Tapi TKW Indonesia ini yang bekerja di keluarga seorang pria bernama Ghaleb N...
Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Selamat Tiba

Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Selamat Tiba

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 334 hits
Petang semalam seramai 474 orang jemaah haji yang termasuk dalam kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah Kumpulan KT29 itu dilaporkan tiba pada jam 1 26 tengah hari waktu temp...
Kifarah Jemaah Haji Malaysia Dalam Flight Bila Sampai Jeddah

Kifarah Jemaah Haji Malaysia Dalam Flight Bila Sampai Jeddah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 730 hits
KIFARAH JEMAAH HAJI MALAYSIA DALAM FLIGHT BILA SAMPAI JEDDAHSekarang musim orang pergi haji Banyak pula cerita orang banyak dosa tak nampak Kaabah tak boleh jijak tanah haram dan berbagai2 Ada seorang jemaah malaysia nauk flighr Air us A380...
Berita Bodoh Pak Arab Situation In Saudi Arabia Could Explode At Any Moment

Berita Bodoh Pak Arab Situation In Saudi Arabia Could Explode At Any Moment

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 343 hits
prominent Saudi opposition figure said society angry at MBS no segment of Saudi society not angry with MBS Saad al Faqih head of Movement for Islamic ReformMBS thirsty for power crush anyone in his waysituation in Saudi Arabia could explode...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan