Raikan Konvokesyen Aliah Di Usim Nilai
RAIKAN KONVOKESYEN ALIAH DI USIM, NILAI - Kakak mana tak happy kalau tengok adik berjaya kan? Syukur alhamdulillah. Walaupun memegang segulung ijazah dan memakai jubah konvo itu impian aku, tapi biar sekadar impian. Ambil berkat dari adik-adik pun dah okay
Ini tentang adik bongsu aku, Auji Aliah. Kami panggil Yah je. Asalnya, lepas SPM, Yah cakap dia nak apply kulinari. Dia suka masak. Kemain kau......... dekat rumah kemain dia masak itu masak ini. Dengan harapan boleh masuk kulinari. Tapi kulinari full ! Second choice dia, Interior Designer
Diawali dengan stress setiapkali balik kolej, asyik bergaduh aku sebab penat, habis juga dia study. Tapi bermula dengan sijil je dulu. Dia mula internship dan kemudian dapat kerja tetap. Yah cakap dia nak sambung belajar. Aku support je apa yang Yah nak buat kalau itu yang terbaik untuk future dia
Hampir setahun lebih Yah dah habis study, barulah ada majlis konvokesyen. Majlis diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai. Kami pergi balik hari je. Yang bestnya, dari pukul 5:30 pagi macam tu, kami dah gerak dari Rawang ke Nilai
Lama juga kami tunggu Yah terima ijazah dia tu. Mama dengan Abah dah tersengguk-sengguk dalam dewan. Mujur aku tak ikut masuk, kalau tak, comfirm kemurungan sebab lama sangat-sangat ! Dah tunggu lama tu, kami adik beradik yang lain siap lepak & makan. Akhirnya settle juga
Yah dah malas nak pergi studio tangkap gambar. Dia tak ralat pun sebab dia penat. Lagipun baru sijil dia kata. Tunggulah dia ambil diploma. Amboii kemain
Baguslah nak sambung belajar. Selagi terdaya dan berdaya, kumpul saja ilmu. Tahniah adikku sayang. Semoga yang baik-baik saja di dalam hidup adik-adik aku :)
The writer,Auni Muthal'lib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/09/raikan-konvokesyen-aliah-di-usim-nilai.html