Raikan Kehadiran Ezam Satukan Kekuatan




1. Baru-baru ini, setelah saya menaikkan gambar saya bersama Dato Ezam Mohd Noor dan beberapa hari kemudian memaparkan poster program beliau di laman sosial facebook, saya telah menerima banyak respon dari teman-teman pelbagai latarbelakang. Ada yang respon di ruangan komen, ada yang menghantar mesej di messenger dan whatsapp, malah ada yang terus hubungi saya melalui panggilan telifon.

2. Respon itu hadir dalam bermacam bentuk dan rupa. Jika dari teman yang sealiran, kebanyakkan dari mereka bersetuju Ezam kembali masuk gelanggang perlawanan, dalam masa yang sama meminta pandangan saya akan baik buruknya gerakan ini. Saya beri pandangan saya dalam tulisan ini.

3. Ada juga yang respon meminta supaya kita berhati-hati dengan Ezam, kerana penerimaan segelintir rakan-rakan reformis terhadap beliau masih lagi samar-samar, masih 50-50. Saya kata inshaAllah jika kita mendengar sendiri apa yang cuba disampaikan oleh saudara Ezam, khususnya dalam persediaan untuk kembali ke gelanggang lawan diktator, pastinya perasaan samar itu sedikit demi sedikit akan hilang berganti keyakinan.

4. Tidak kurang juga yang memberi respon dengan kata-kata kesat, hinaan dan celaan di ruangan komen facebook. Mereka yang komen begini tidak lain dan tidak bukan, adalah terdiri daripada kartel dan juga walaun. Mereka melihat kehadiran saudara Ezam memberi impak tersendiri yang mampu menggegar tanahair, memberi tekanan kepada pemerintah supaya peralihan kuasa yang telah dijanjikan itu dikotakan dan seterusnya pelaksanaan Reformasi sebenar direalisasikan.

5. Ada yang marahkan Ezam kerana pernah bertembung dengan Anwar Ibrahim suatu masa dulu, banyak yang diperkatakan. Namun itu adalah di antara saudara Ezam dan Anwar Ibrahim.

6. Ya benar saudara Ezam pernah keluar dari landasan di atas alasan tertentu. Sekurangnya, beliau bertindak keluar atas prinsip, ketika ada sosok yang masih berada dalam kerangka parti walaupun menentang Presiden secara terangan, malah menjadi duri dalam daging apabila berkomplot dengan pihak musuh untuk menyekat Presiden.

7. Pada hemat saya, kembalinya saudara Ezam ke gelanggang adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu setelah melihat satu persatu tindak tanduk Tun Mahathir membelakangi agenda Reformasi. Tun Mahathir sudah mula menunjukkan taringnya dari beberapa keputusan yang dibuat, justeru kehadiran sosok seperti saudara Ezam adalah tepat pada masanya untuk kita raikan.

8. Saudara Ezam hadir dan bersuara ketika ramai pejuang lain diam seribu bahasa di sebalik pangkat dan jawatan. Malah ada diantara mereka yang hanyut dibuai kuasa hingga tergamak membentuk sebuah kartel yang mahu menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. 

9. Ada juga teman yang mempersoal tindakan saya meraikan saudara Ezam untuk berdepan mahazalim, sedangkan saya begitu lantang menentang kemasukkan Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan untuk berdepan Najib Razak. Pada hemat mereka, situasi ini adalah sama sedangkan saya bertegas ianya berbeza sama sekali.

10. Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah menolak kemasukkan Tun Mahathir untuk sama berjuang melawan kleptokrasi, malah saya rai satukan kekuatan. Apa yang saya lawan ketika itu ialah kemasukkan Tun Mahathir dengan dilantik sebagai calon Perdana Menteri. Saya sokong jika Tun Mahathir nak bersama, tetapi bukanlah masuk sebagai calon PM. Kerana apabila Tun Mahathir menjadi PM, kegusaran saya pada waktu itu, kini sedang berlaku.

11. Maka dengan adanya saudara Ezam, kekuatan yang lebih ampuh mampu dipersediakan. Kita jadikan saudara Ezam kereta kebal dalam perjuangan ini.   

12. Saudara Ezam memilih untuk terus bergerak di luar kerangka parti, dengan menghimpun segenap kekuatan dari kalangan reformis dan aktivis parti. Ayuh kita hadirkan diri dalam Siri Jelajah Reformasi - Sembang Santai Bersama Saudara Ezam Mohd Noor seperti yang dijadualkan pada tarikh dan lokasi di bawah;

7hb - Ipoh (malam)
8hb - Tapah (pagi)
8hb - Klang (malam)
9hb - Taman Medan (malam)
14hb - Shah Alam (malam)
15hb - Ulu Tiram (2ptg-5ptg)
15hb - Seremban (malam)
16hb - Sg Buloh (12tgh-5ptg)
16hb - Kuantan (malam)

13. Lokasi tepat dan masa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Saya juga difahamkan jadual saudara Ezam sudah penuh untuk sepanjang bulan Februari ini dan lokasi selanjutnya akan diumumkan kemudian. Saya cuma membantu untuk mempermudahkan gerakan ini, memudahkan maklumat diakses. Anda yang menerima maklumat ini, silalah proses dengan baik, menilai dan bertindak atas penilaian tersebut.

Sekian

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/raikan-kehadiran-ezam-satukan-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukankah Kita Angkat Sumpah Kerahsiaan Parti Bina Kekuatan Bukan Cipta Kekusutan

Bukankah Kita Angkat Sumpah Kerahsiaan Parti Bina Kekuatan Bukan Cipta Kekusutan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 175 hits
Masa kita diberikan amanah dan tanggungjawab bukankah kita angkat sumpah kerahsiaan parti Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dipercayai merujuk kepada seorang MKT yang men...
Ezam Turun Gelanggang Tekan Mahathir

Ezam Turun Gelanggang Tekan Mahathir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 210 hits
Kalau sebelum ini bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Muhammad Noor hanya beri respons terhadap sikap dan perangai Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menunjukkan tidak berubah kekal dengan sikap lamanya melalui kenyataannya dalam media ma...
Ezam Mahu Mahathir Undur Segera

Ezam Mahu Mahathir Undur Segera

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 158 hits
Mohamad Ezam Mohd Nor 1 Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekali...
Ezam Di Klang

Ezam Di Klang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 308 hits
Salam geng malam ini next siri2 dialog bersama sama Dato Ezam Md Noor berada di Port Klang Ikuti kupasan dan pendedahan2 terkini bagi membangkitkan semua semangat reformis bagi memaksa seorang ditaktor yang sedang memegang tampuk kerusi per...
Atlet Kuno Dengan Kekuatan Mengerikan Yang Mampu Menekuk Kalah Para Atlet Modern

Atlet Kuno Dengan Kekuatan Mengerikan Yang Mampu Menekuk Kalah Para Atlet Modern

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 188 hits
Jika di bandingkan dengan masa lalu tentu kita menang akan beberapa hal termasuk di dalamnya teknologi sosial hingga perhitungan Namun penelitian sejarah mengungkapkan bahwa para leluhur kita di masa lalu tidaklah seburuk dan selemah yang k...
Melawan Kekuatan Sihir Dengan Dzikir Tasbih Dan Tadabbur Alfalaq

Melawan Kekuatan Sihir Dengan Dzikir Tasbih Dan Tadabbur Alfalaq

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 720 hits
Oleh Fadhil ZA Kejahatan sihir santet dan guna guna sudah ada sejak zaman dahulu kala Didalam Qur an diceritakan bagaimana Nabi Musa berhadapan dengan para tukang sihir raja Fir aun Didalam surat Al Baqarah ayat 102 disebutkan bahwa sihir y...
Raudhah Kekuatan Saya Shahida Akui Sepanjang Mengandung Dia Sentiasa Menangis

Raudhah Kekuatan Saya Shahida Akui Sepanjang Mengandung Dia Sentiasa Menangis

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 275 hits
Kelahiran Raudhah besar maknanya bagi saya Itu yang diungkapkan oleh Datin Seri Nur Shahida pada majlis kesyukuran dan akikah anaknya Raudhah Arshiyah Menerusi apa yang dikongsikan Shahida mungkin ramai tak tahu sewaktu mengandung Raudhah b...
Anwar Berhadapan Kemusnahan Jika Penyokongnya Tak Reti Bahasa Semborono Mendesak Tanpa Kekuatan

Anwar Berhadapan Kemusnahan Jika Penyokongnya Tak Reti Bahasa Semborono Mendesak Tanpa Kekuatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 193 hits
Setuju hanya penggabungan Anwar Najib mampu menjadikan Anwar PM dan najib serta konconya dibebaskan Teori yang sangat umum dan mudah tetapi bacaannya tetap sama failed Anwar tidak perlu ambil high risk lebih baik bersabar
Faktor Kekuatan Fenomena Bossku Hinggakan Pengaruh Dr Mahathir Semakin Layu

Faktor Kekuatan Fenomena Bossku Hinggakan Pengaruh Dr Mahathir Semakin Layu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 312 hits
Kita sering memperkatakan kejayaan Bossku mentadbir negara dalam tempuh beliau menjadi Perdana Menteri Tiada yang boleh kita nafikan kesungguhannya mengotakan kata Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Kebijaksanaan DS Najib menguruskan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner