Raikan Intern Staf Di Richiamo Coffee
Assalamualaikum WBT
SEMALAM, cukuplah sudah tempoh staf intern di pejabat Sk menjalani Latihan Industri. Tak sempat nak diraikan semalam, hari ini kami makan-makan di Richiamo Coffee, lokasi yang sama meraikan Hari Lahir Sk yang Sk ceritakan DI SINI.
Masa nak confirm menu dengan Aida melalui whatsapp, asyik taip dan padam aje. Keliru sama ada nak makan nasi atau spaghetti. Teringat hari tu Aida makan Spaghetti Aglio Olio, sedap.. tapi, anak tekak ingin nak makan Patin Tempoyak. Bila buat pesanan, Patin Tempoyak cuma ada bahagian kepala, jadi, Sk ambil Spaghetti Aglio Olio
Kali ni, memasing semua makan spaghetti.
Spaghetti Aglio Olio - Sk, Ina & Kak ImahSpaghetti Salted Egg - Fidah, Naza, Ayu & Aida
Kedua-duanya sedap tapi Aglio Olio tak pedas macam Aida makan hari tu
Sebelum balik, Sk beritahu pada staf.. dia kata, oh, nak pedas ya, kenapa tak beritahu, hihi. Haaa.. betullah kan, kenapa tak bagitahu, boleh tambah chilli flakes kalau nak pedas. Tapi yang penting, udang besar dan segar.. berjuang jugaklah nak mengopek sebab kulitnya keras sikit
Yang diraikan tentulah yang kelihatan terpaling remaja. Yang lain semua dah remaja purba terutama yang tudung warna biru muda tu, hahahah. Ayu orangnya rajin dan banyak membantu tambahan sepanjang intern ni kolej banyak aktiviti
Saya pun pernah melalui zaman awak, Ayu. Banyak lagi ranjau onak duri yang akan Ayu tempuhi akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan Ayu
Cenderahati beli dari Mamasab. Semua Aida yang uruskan, kami tinggal makan jer. Hari ni pun Sk tumpang kereta Naza, malas nak drive sesekali kita bagi orang muda pulak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/raikan-intern-staf-di-richiamo-coffee.html