Raikan Cuti Panjang Hujung Minggu Merdeka Di Desaru Coast


Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula keluar rumah untuk bercuti, semakin bertambahlah sorotan terhadap pelbagai pilihan destinasi pelancongan yang terdapat di dalam negara. Pelancongan domestik telah meningkat sejak kebelakangan ini kerana penumpuan para pelancong ke tempat-tempat peranginan popular. Namun begitu, tidak banyak tempat, jika ada, yang boleh mendabik dada dengan “memiliki segalanya” di satu kawasan dan pada masa yang sama, memastikan penjarakan fizikal dalam percutian, jauh daripada kesesakan orang ramai – mungkin kecuali satu


Merdeka ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia telah menyediakan pelbagai tawaran yang terbaik bagi menarik para pelancong ke sana untuk menikmati semula apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. Dengan keluasan 3,900 ekar di sepanjang persisiran pantai 17-km yang tidak tercemar, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) sudah tentu memiliki segalannya – hotel dan pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia, keindahan alam semulajadi, salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia, golf, dan juga kemudahan membeli-belah dan gaya hidup, semuanya terletak di lokasi yang kaya dengan kepelbagaian alam yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut

Seperti alunan lagu, mengenali Malaysia adalah mencintai Malaysia. Menjelangnya hujung minggu Merdeka yang panjang ini, Desaru Coast mengalu-alukan kedatangan semua rakyat Malaysia untuk jatuh cinta semula dengan Malaysia dengan pengalaman percutian yang sukar untuk dilupakan

“Jika ada satu destinasi percutian yang boleh menawarkan sesuatu untuk setiap ahli keluarga anda, ia sudah tentunya Desaru Coast!” kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd

”Sebagai sebuah negara yang majmuk, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, festival dan hari perayaan dan keunikan ini terserlah di Desaru Coast.  Selain daripada tempat-tempat tarikan dan pantai yang indah, para pengunjung  boleh menikmati pengalaman yang terbaik dari timur mahupun barat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang  dengan teliti dan pilihan makanan serta minuman yang menyelerakan di destinasi kami. Khas sempena Merdeka kali ini, kami telah menyediakan pelbagai tawaran untuk meraikannya,” jelas beliau


Keseronokan @ Adventure Waterpark
Tidak dapat disangkal bahawa Adventure Park merupakan salah satu tarikan terbesar untuk keluarga di Desaru Coast. Dengan keluasan melebihi 25 ekar, Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan, gelongsor dan tarikan yang unik, sama ada basah atau kering. Taman air ini berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Melayu, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan yang sesetengahnya tidak terdapat di tempat-tempat lain di dalam negara ini, seperti water coaster yang pertama di rantau ini

Bagi memudahkan keluarga untuk menikmati pelbagai tarikan yang wajib dikunjungi ini, Adventure Waterpark menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk semua pemegang MyKad, yang membolehkan anda untuk mendapatkan tiket kedua secara percuma dengan setiap pembelian tiket harian dewasa atau kanak-kanak. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos dan boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang Desaru Coast dengan kod promosi ‘WEAREOPEN’

Kemeriahan bakal berlanjutan di taman tema. Pada tarikh 30 dan 31 Ogos kelak, para pengunjung akan disambut di pintu masuk utama dengan muzik rancak yang diputarkan oleh DJ Murdoch. Namun begitu, muzik tidak berakhir di situ, pengunjung bakal dihiburkan oleh perarakan pancaragam (10.00 pagi, 1.30 petang dan 5.30 petang), persembahan nyanyian jalanan, permainan kuiz kilat dan pesta muzik bersama DJ pada jam 1.00 petang pada kedua-dua hari tersebut. Salah satu acara yang tidak harus dilepaskan adalah sesi berzumba di dalam air yang boleh disertai oleh seisi keluarga pada jam 3.00 petang

Pelbagai aktiviti, cabaran dan permainan akan disediakan untuk pengunjung dewasa dan juga kanak-kanak pada kedua-dua hari tersebut. Ini termasuk gerai permainan percuma (dibuka pada jam 10.00 pagi), zon permainan berisi angin (inflatable) (dibuka pada jam 12.00 tengah hari), peraduan mewarna Merdeka pada jam 1.00 petang, cabaran Wira Warrior (2.00 petang dan 4.00 petang), Persembahan Solo Angklung Merdeka (10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.00 petang). Jika ini tidak mencukupi untuk memenuhi masa lapang sekeluarga, pengunjung juga boleh menikmati permainan dam gergasi, permainan Ular & Tangga gergasi dan beraneka permainan karnival lagi

Para pengunjung ke Adventure Park pasti merasa rambang mata dengan pilihan makanan dan minuman yang disediakan di sini. Anda sekeluarga boleh mendapatkan penjimatan besar dengan ‘63 Merdeka Combo’ di River Grill. Terdapat dua set pilihan untuk tawaran ini. Set pertama termasuk Sosej Gril, dua hidangan Nasi Ayam Panggang dan tiga cawan minuman ringan. Set kedua pula termasuk satu hidangan Rooster & Cheese Hot Dock, empat ketul ayam goreng, setiap hidangan disertakan dengan kentang goreng kekisi dan sayuran coleslaw pelangi, tiga cawan minuman ringan dan tiga manisan Tropicana Lime Vanilla. Kedua-dua set hidangan ini boleh didapati dengan harga bernilai hebat pada RM63.00 sahaja. Sementara itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran-tawaran lain yang hebat di Beachside Cabana


Oh! Rasai kenikmatan hidangan Malaysia
Setelah meluangkan masa di Adventure Waterpark dan sekitar Desaru Coast, tibalah masa untuk menjamu selera dengan pelbagai pilihan hidangan yang disediakan khas  di hotel-hotel dan tempat-tempat tarikan di Desaru Coast. Bermula pada 17 sehingga 31 Ogos, para pengunjung boleh menikmati beraneka juadah yang enak, termasuk makanan tradisional tempatan dan hidangan yang dicipta khas untuk memperingati latar belakang Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya

“Kepelbagaian citarasa makanan adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Malah, makanan juga boleh mengeratkan lagi perpaduan di antara kita. Dengan itu, Desaru Coast meraikan Hari Kemerdekaan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dari seluruh negeri dengan citarasa yang terhasil daripada integrasi pelbagai budaya yang telah berlaku sejak berdekad lamanya,” kata Hoe Teck Wei

Para pengunjung ke Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka ini berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan seperti  minuman istimewa, manisan dan juadah tradisional di restoran-restoran yang mengambil bahagian di Desaru Coast, termasuk Els Club Desaru Coast, Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Pelbagai pilihan dan tawaran tempat penginapan
Bermalam di Desaru Coast adalah satu cara yang terbaik untuk menikmati destinasi ini dengan sepenuhnya memandangkan terdapat banyak tempat untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan di sini. Anda pasti akan merasa rambang mata dengan pilihan penginapan yang ditawarkan di Desaru Coast untuk percutian hujung minggu yang jauh daripada kesibukan kota. Inilah destinasi untuk ‘menikmati segalanya, yang jauh dari segalanya!’
Untuk memeriahkan lagi percutian hujung minggu Merdeka, Desaru Coast bakal menawarkan dua pakej percutian yang diperhebatkan –Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast – dengan penjimatan sehingga 60%. Tawaran masa terhad ini adalah sah sehingga 23 Disember 2020*. 

Nikmati sinaran suria dalam hidup anda
Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan dengan harga bermula dari RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam dan juga di sekitar destinasi Desaru. Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium – Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit sehingga RM100 yang boleh digunakan di dalam pusat peranginan ini

Pukulan pertama tanpa had
Bagi penggemar golf, Promosi Golf Galore Desaru Coast menawarkan bilik berkatil kembar dengan harga bermula dari RM799 untuk seorang untuk penginapan dua hari, satu malam. Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf 9 lubang Academy Course dan lapangan sasar
*Tertakluk kepada terma dan syarat 
Dengan itu, kumpulkan ahli keluarga anda dan kunjungilah Desaru Coast pada hujung minggu Merdeka yang panjang ini untuk menikmati percutian patriotik yang lain daripada yang lain. Tempahan awal adalah disarankan

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.desarucoast.com









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2020/08/raikan-cuti-panjang-hujung-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patuhi Norma Baharu Ketika Cuti Hujung Minggu Elak Penularan Covid 19

Patuhi Norma Baharu Ketika Cuti Hujung Minggu Elak Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 457 hits
SHAH ALAM 8 OGOS Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor sekali lagi mengingatkan orang awam supaya patuh norma baharu ketika cuti hujung minggu ini bagi mengekang penularan Covid 19 Pasukan itu juga mengingatkan orang awam mengimbas k...
Minggu Depan Cuti Sekolah 5 Hari Bermula 20 24 Ogos 2020

Minggu Depan Cuti Sekolah 5 Hari Bermula 20 24 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 900 hits
Mungkin ada yang terlupa atau tak lihat takwim persekolahan dan tarikh2 cuti 2020 Saya sendiri pun tak perasan tarikh cuti dah berubah sikit Minggu depan cuti sekolah 5 hari bermula 20 hingga 24 Ogos 2020 ya Awal beritahu Cuti itu memang pe...
Menu Makanan Tengahari Hujung Minggu

Menu Makanan Tengahari Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 412 hits
Makan Tengahari Ahad Syukur masih bernyawa Chak Ini makanan tengahari untuk Hari ini Oi Nona diet ke Hahaha Atkins ek Oh takla Aku makan ikut suka kawal mana yang aku rasa boleh kawal je Ini sebab mood nak makan clean tu datang ginilah jadi...
Santan And Cr Me De La Cr Me Celebrate Merdeka With Quintessential Malaysian Flavours

Santan And Cr Me De La Cr Me Celebrate Merdeka With Quintessential Malaysian Flavours

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 383 hits
Santan partners with local ice cream artisan Cr me De La Cr me for two limited time only flavours Pak Nasser s Nasi Lemak ice cream and Pandan Dodol ice creamPak Nasser s Nasi Lemak Ice creamIn conjunction with Merdeka and Malaysia Day cele...
Bawal Merdeka Istimewa 2 In 1 Ibu Anak Tudung Sicomel

Bawal Merdeka Istimewa 2 In 1 Ibu Anak Tudung Sicomel

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 587 hits
Bawal Merdeka Istimewa 2 in 1 Ibu Anak Tudung Sicomel Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang ke 63 tahun Apakah perasaan anda menyambut kemerdekaan di tahun 2020 Apa yang anda harapkan Ada yang belum tercapai segala impian itu ...
Kemeriahan Merdeka Sale Di Pgmall My Yang Ramai Nantikan Telah Kembali

Kemeriahan Merdeka Sale Di Pgmall My Yang Ramai Nantikan Telah Kembali

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 933 hits
Kemeriahan Merdeka Sale di PGMall my Yang Ramai Nantikan Telah Kembali Sedar atau tidak kini sudah bulan Ogos 2020 dan bulan Merdeka yang ke 63 sudah Selama 63 tahun juga Negara Malaysia telah mencapai kemajuan dan kemakmuran yang dapat dir...
Syoknya Merdeka Sale Di Pg Mall

Syoknya Merdeka Sale Di Pg Mall

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 453 hits
Syoknya Merdeka Sale di PG Mall Musim pendemik Covid 19 ni tempat paling terbaik untuk shopping adalah secara online Antara medium shopping online terbaik di Malaysia adalah PG Mall Best ke shopping di PG Mall PG Mall adalah satu satunya on...
Adidas Merdeka Sale

Adidas Merdeka Sale

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 422 hits
Adidas Merdeka SaleAdidas End of Season Sale Shopee Shopee 9 9 Super Shopping Day ALL PROMO ECOMMERCE ADIDAS MY SG SHOPEE MY
Tuah Diberi Nama Merdeka Dapat Makan Percuma

Tuah Diberi Nama Merdeka Dapat Makan Percuma

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 328 hits
KEPALA BATAS 23 OGOS Kalau nak makan percuma sebut nama tiga kali demikian kelebihan seorang nelayan di Penaga sini yang bernama Mohd Merdeka Ismail Sejak kecil Mohd Merdeka yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 berasa malu dengan namanya dan s...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas