Rahsia Kejayaan Kedai Mamak



Data daripada persatuan peniaga restoran makanan mamak menunjukkan peratusan kegagalan yang cukup rendah. Peratusan kedai mamak yang gagal hanyalah serendah 5% sahaja. Daripada 100 kedai mamak yang dibuka hanya 5 restoran sahaja yang akan gulung tikar. Apa rahsia mereka?
Ada juga di kalangan peniaga Melayu yang membuka restoran yang berjaya bertahan, terutamanya para peniaga Tom Yam. Terdapar banyak kedai-kedai restoran Tom Yam yang perniagaan mereka hebat mampu bertahan dengan jumlah pendapatan yang tinggi. Apa rahsia mereka?
Terdapat di kalangan rakan saya yang menceburkan diri dalam perniagaan restoran, tapi malangnya perniagaan mereka gagal bertahan lama. Terdapat ramai lagi orang Melayu yang terjun dalam perniagaan restoran yang bungkus belum cukup setahun berniaga. Apa masalah mereka?
Dari pemerhatian saya, rahsia kejayaan peniaga kedai makan mamak banyak disumbang oleh pemahaman mereka tentang apa maknanya ‘customer service’. Dalam bahasa Melayu, kita namakan khidmat pelanggan.
Faktor utama pelanggan masuk ke kedai makan adalah kerana mereka mahu dilayan untuk menghilangkan rasa lapar. Ada juga yang masuk hanya untuk minum sahaja dan golongan ini mempunyai kehendak ‘mahu dilayan’ yang tinggi.
Sediakan Satu Kumpulan Berdedikasi Khas Untuk Melayan PelangganPara mamak memahami apa maknanya dilayan. Untuk itu mereka menyediakan kumpulan yang besar khas untuk melayan kehendak para pelanggan. Jika kita sekadar mahu minum dan berborak, kebanyakan daripada kita akan memilih kedai mamak.
Penekanan pada jumlah pelayan yang mencukupi untuk memuaskan kehendak pelayan merupakan faktor utama kedai mamak menjadi pilihan. Begitu juga kebanyakan peniaga Tom Yam, mereka punyai jumlah kakitangan yang cukup untuk melayan pelanggan.
Tiru Kejayaan Kedai MamakDalam dunia perkhidmatan, ramai peniaga Melayu yang memandang remeh keperluan menyediakan jumlah kakitangan yang cukup untuk melayan para pelanggan mereka. Kebanyakan daripada syarikat perniagaan perkhidmatan Melayu, hanya sanggup menyediakan kerani yang kerjanya terlalu ‘multi tasking’.
Kerani itulah yang membuat segala kerja administrasi yang tak pernah habis dan kerani itu jugalah yang melayan segala komplen atau pertanyaan pelanggan atau prospek pelanggan. Itu menyebabkan produktiviti merosot dan pelanggan rasa tidak puas hati.
Jika kita pandang serius untuk memuaskan hati pelanggan dalam industri yang berorientasikan perkhidmatan, kita tidak boleh pandang remeh terhadap penyediaan satu kumpulan kakitangan yang kerjanya memastikan kehendak pelanggan dipenuhi dengan segera dan berkesan.
Saya sering membuat servis kereta Nissan di pusat servis Nissan. Mereka menyediakan satu kumpulan customer servis yang mencukupi semata-mata untuk melayan pelanggan dari peringkat tempahan sehinggalah kereta pelanggan siap diservis. Kumpulan ini juga bertanggung jawab membuat panggilan susulan dalam tempoh beberapa hari selesainya servis. Begitulah hebatnya mereka memahami makna “customers satisfaction”.
Antara perniagaan perkhidmatan yang boleh meniru cara kedai mamak adalah:
Khidmat pest controlKhidmat potong rumputKhidmat pembantu rumahKhidmat pembersihanKhidmat penghantaranKhidmat penyelengaraan
Banyak lagi perniagaan seumpama yang saya sebutkan di atas yang mengambil ringan terhadap melayan kehendak pelanggan sedangkan jumlah pelanggan mereka bukannya sedikit. Amat malang jika kita mencampur adukkan pekerja operasi dengan pekerja khidmat pelanggan.Kumpulan operasi perlu memberikan tumpuan pada kerja teknikal dan pastikan kerja mereka berkesan, mantap dan berjaya. Manakala kumpulan khidmat pelanggan pula berkewajipan menyampaikan maklumat progres kerja yang cemerlang tersebut pada pelanggan dengan cara yang disukai oleh pelanggan dan ini perlu latihan yang berlainan berbanding kumpulan operasi.
Untuk mereka yang perniagaannya ada proses melayan pelanggan, jangan kemut duit untuk melabur sumber manusia dalam menjalankan tugasan tersebut. Amat malang jika anda mahukan pelanggan berpuasa hati dan dalam masa yang sama tidak ada seorangpun kumpulan kakitangan khas yang memberi tumpuan pada faktor utama kejayaan perniagaan anda. Ayuh segera bertindak! 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tipsbantuniaga.blogspot.com/2023/09/rahsia-kejayaan-kedai-mamak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Kejayaan Orang Cina Jadi Kaya Rupanya Salah Satu Kena Bantu Adik Beradik

Rahsia Kejayaan Orang Cina Jadi Kaya Rupanya Salah Satu Kena Bantu Adik Beradik

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 177 hits
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang hidup mewah dan kaya raya tentu sahaja ramai yang mahukannya Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bu...
Wanita Kena Tikam Dalam Kedai Dobi Di Seberang Takir

Wanita Kena Tikam Dalam Kedai Dobi Di Seberang Takir

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 226 hits
Tangkap layar rakaman CCTV seorang wanita ditikam di dalam sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir Kuala Nerus hari ini KUALA NERUS Seorang wanita cedera akibat ditikam senjata tajam dipercayai gunting oleh seorang lelaki tidak dik...
Kedai Kopi Dulu Dulu Ipoh

Kedai Kopi Dulu Dulu Ipoh

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 211 hits
Kedai Kopi Dulu Dulu sebuah lagi kedai makan yang sempat saya dan Encik Suami cuba sewaktu ke Ipoh Kedai Kopi Dulu Dulu beroperasi seawal pukul 7 pagi memang sesuai masanya sebab kami perlu bersarapan awal pagi sebelum Encik Suami pergi ker...
Resepi Cara Buat Sup Thai Rasa Sebijik Macam Kat Kedai Siam

Resepi Cara Buat Sup Thai Rasa Sebijik Macam Kat Kedai Siam

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 146 hits
Bahan bahan Bawang besarDaun limau purutSeraiBawang putihHaliaSup bunjutSos ikanSayur pilihanJus limau nipisDaun ketumbarGaram dan gula secukupnyaCara penyediaan 1 Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk 2 Kemud...
Perompak Kedai Barangan Elektrik Buang Hajat Dalam Kereta Polis

Perompak Kedai Barangan Elektrik Buang Hajat Dalam Kereta Polis

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 102 hits
Seorang pemuda yang disyaki mencuri barangan elektronik membuang air besar di dalam seluarnya ketika menaiki sebuah kereta polis Dilaporkan dalam kejadian di Kotamobagu wilayah Sulawesi lapor portal berita Prohaba semalam Sebelum pemuda itu...
Didakwa Harga Cekik Darah Pemilik Kedai Jelaskan Datang Lebih Kurang 20 Orang

Didakwa Harga Cekik Darah Pemilik Kedai Jelaskan Datang Lebih Kurang 20 Orang

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 181 hits
Pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di medan selera di Johor Bharu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut Pemilik kedai beri penjelasan Menerusi hantaran anaknya di platform Facebo...
Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 150 hits
Pengusaha kedai kopi harap Belanjawan 2024 sedia insentif tangani isu harga barang Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitka
Jimat Berbaloi Kunjungi 5 Kedai Barangan Vintage Ini Ketika Melancong Ke Korea

Jimat Berbaloi Kunjungi 5 Kedai Barangan Vintage Ini Ketika Melancong Ke Korea

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 82 hits
Selain daripada kaya dengan makanan yang sedap dan unik Seoul juga merupakan sebuah bandar yang popular dengan masyarakat yang suka berfesyen ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 kedai pakaian yang boleh korang lawati keti...
Kedai Bakery Ala Paris Halal Tapi Dekat Kajang Je

Kedai Bakery Ala Paris Halal Tapi Dekat Kajang Je

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 156 hits
Kedai bakery ni benda common dah la kan Selalu dah kita jumpa Tapi yang biasa jual tu cam roti sosej roti gula gitu gitu laa Tapi bakery yang aku nak share this time special semacam sikit Sebab dekat sini jual pelbagai jenis roti and pastri...
Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur