Rahsia Doa Sang Fakir


TINJAU MALAM

Para gelandangan dan fakir miskin 
menanti untuk menerima sedekah.MALAM tadi setelah lama tidak mengambil angin malam, selepas Maghrib saya bersama seorang rakan memasuki ke ibu kota. Lama tidak menjenguk ibu kota sejak negara diancam pandemik.
Saya melalui jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian membelok untuk pulang melalui Jalan Raja Laut. Setiap kali saya lewati jalan ini saya tidak akan lupa memerhati kepada gelandangan dan orang miskin yang berkeliaran dan duduk-duduk tercatuk di pinggir jalan itu
Kawasan itu sudah jadi seperti lembah menerima rezeki daripada insan-imsan berhati mulia dan pemurah sejak lama dulu. Kawasan itu sudah jadi seperti lembah syurga buat mereka kerana akan dikunjungan oleh insan-insan baik hati bagi menyampaikan sedekah makanan dan minum buat mereka.

Ada juga yang tertidur dan menjadikan kaki lima itu sebagai tilam empuk untuk melalui sebuah malam sementara menanti sang suria muncul keesokannya.

Mengenang mereka itu saya teringat kepada burung-burung yang datang ke halaman rumah saya setiap pagi. Sebaik saja fajar sidiq menghilang kelihatan mereka bertenggek di atas talian eletrik menanti saya keluar dengan sepiring makanan. Sebegitu saya menaburnya mereka akan turun beramai-ramai dan memakannya penuh girang.

Begitu jugalah dengan para gelandangan dan orang miskin yang berada di "Lembah Pengharapan" itu.
Kita mungkin kurang senang dengan mereka. Merasa jijik dan mual apabila melihat pakaian sesetengah daripadanya compang camping. Ia mencacatkan pemandangan indah dan gemerlapan Kuala Lumpur. Mereka dianggap sebagai sampah masyarakat atau kutu jalanan

Sebenarnya kita tidak boleh mengeji mereka begitu kerana nasib yang dilalui setiap insan itu berbeza. Mungkin ada seorang dua yang sengaja mengambil kesempatan? Kita kena faham kemiskinan wujud sejak lama dahulu lagi. Kemiskinan dan pelacuran adalah profesyen tertua di dunia yang tidak mungkin dapat dihapus
  Menyayat hati.
Sebaik-baiknya, kita tidak mengeji apa lagi tanpa turun menyelidiki sendiri masalah mereka dengan mata kepala sendiri. Melihat mereka dalam gambar berbeza dengan melihat secara nyata. Disebalik "sandiwara" itu sebenarnya ada kisah nyata yang sungguh menyayat hati. Justeru sebaiknya kita menginsafi nasib dilalui mereka dan bersyukur kerana keadaan itu tidak menyinggahkan kehidupan kita

Berbalik kepada apa yang dilihat malam tadi, ia perasaan saya tersentuh bukan kepada para pengemis dan orang yang ketiadaan makan dan "homeless" yang menanti dan menunggu kedatangan rezeki, tetapi kepada sang penderma yang rajin membawa makan untuk mereka. Para pengemis itu sudah kalih buat orang ramai melihatnya, dan ia bukan sesuatu yang mengharu lagi.

Apa yang mengharukan saya ialah kepada mereka yang sanggup membawa makanan itu. Naluri kemanusiaan mereka bagi saya sangat tinggi dan tidak terlawan oleh saya. Saya tidak pun mengenali mereka. Dan yang datang itu pula dari kumpulan tertentu dan juga Ngo yang memahami penderitaan dan kesengsaraan para gelandangan. Tetapi sejak pandemik ini para Ngo tidak lagi digalakkan untuk terus melayan gelandangan bebas seperti sebelum ini.

Namun ada individu tertentu yang mengambil alih kerja Ngo itu dan juga sebagai membantu kerajaan dalam menyediakan makanan dan minuman buat mereka khasnya kepada yang terlepas pandang. Iya, dalam suasana pandemik ini jika tidak ada individu mulia begitu ia membebankan keparahan buat pengemis kerana orang ramai menghadkan pergerakan mereka, keadaan ini secara tidak langsung sumber rezeki mereka terhad. 
Jadi kegiatan individu tersebut secara persendirian yang meneruskan berkebajikan sangat membantu para gelandangan dan orang miskin. 

Saya tidak mengenali sekumpulan individu yang sedang membahagikan makanan ketika saya melewati jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.  Saya memerhati dari jauh dengan penuh kebanggaan dan terharu. Bagaimana pun saya difahamkan individu yang membawa rezeki untuk gelandangan itu dilakukan setiap malam. 
Selepas Maghrib individu itu akan sampai dan membahagikan makanan itu dalam keadaan terbatas dan beberapa minit sahaja kerana mematuhi SOP. Pengemis juga sudah faham, dengan disiplin yang harus dilakukan semasa menerima pemberian makanan itu. Proses pemberian sekejap sahaja, beberapa minit ia selesai.

Melihat makanan itu diberikan dan disambut dengan penuh syukur oleh gelandangan ia menyebabkan saya rasa sebak bercampur rasa bangga. Sebak apabila melihat telatah pengemis yang tak sabar terus membuka bungkusan dan makan tergesa-gesa. Nampak sangat mereka seperti dalam kelaparan

Sementara rasa sebak pula mengenangkan kemurahan individu itu. Jiwa makin tersentuh lagi apabila saya diam-diam menganggap mereka mewakili saya. Walaupun tangan kita sendiri tidak menghulurnya tetapi mata yang memandang pemberian sedekah itu sudah rasa terhibur. Itu menyebabkan saya sayu dan air mata sempat relai setitik dua.

Mengingat kebaikan pemberian sedekah ini, terkenang saya kepada sebuah kisah bagaimana kemurahan hati seorang Raja di sebuah negara di Timur Tengah yang mempercayai doa daripada fakir miskin didengari Allah. Lantaran itu Raja berkenaan melakukan sedekah setiap hari kepada ratusan fakir miskin tanpa jemu-jemu. Dalam amalan menghulurkan sedekah golongan pertama diberi adalah fakir miskin .

Begitu nampak individu itu mereka
berlari dan terus beratur.Natijah daripada kebajikan itu menyebabkan Raja berkenaan dikurniakan Allah kekayaan tidak pernah terduga olehnya. Telaga minyak pertama yang ditemui di Timur Tengah adalah di negaranya. Penemuan itu sebagai anugerah Allah kepada negara berkenaan yang disifatnya kerana berkat doa sang fakir.
Sepanjang perjalanan pulang, saya terfikir dan percaya apa dilakukan individu berkenaan yang bermurah hati melakukan infak makanan dan minum kepada fakir miskin itu kerana mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas Raja berkenaan

Barangkali kita semua perlu juga mengambil kesempatan untuk mendapat anugerah Allah yang Maha Kaya itu dengan berbuat perkara yang sama. Silakan, kerana para gelandangan, orang miskin, homeless masih sedia menanti simpati kita di Lembah Pengharapan itu untuk memberi pahala buat kita. [wm.kl.11:35 am 18/08/2021]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/rahsia-doa-sang-fakir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Sayang Syurga Buat Mu Sarah Rakan Selebriti Titip Doa Atas Pemerg1an Siti Sarah

Ramai Sayang Syurga Buat Mu Sarah Rakan Selebriti Titip Doa Atas Pemerg1an Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 199 hits
Industri hiburan pagi ini menerima satu perkhabaran yang mendvkacitakan apabila penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin men1nggal dun1a ak1bat jangk1tan w4bak c0vid 19
Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 411 hits
Siti Sarah Kembali Kritikal Oksigen Drop 40 Keadaannya Sangat Sangat Tidak Baik Shuib Mohon Doa Orang Ramai Sebelum majlis bacaan Yasin ini doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik VIDEO SEHINGGA kira kira pukul 8 malam Ahad ta...
Doa Sahih Awal Bulan Dan Awal Tahun Hijriyah

Doa Sahih Awal Bulan Dan Awal Tahun Hijriyah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 483 hits
Ini doa sahih pada awal dan akhir tahun Silakan diamalkan
Pelakon Izuan Fitri Selamat Jalani Pembedahan Ibu Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Izuan Fitri Selamat Jalani Pembedahan Ibu Mohon Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 368 hits
PELAKON remaja Mohamad Izuan Fitri selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis dan kini menunjukkan perkembangan positif
Ketika Harapan Punah Berlaku Keajaiban Sebab Doa Yassin Solat Hajat

Ketika Harapan Punah Berlaku Keajaiban Sebab Doa Yassin Solat Hajat

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 209 hits
TERKINI sehingga pukul 6 petang Sabtu paras oksigen dalam badan Siti Sarah ialah 85 Satu perkembangan yang Shuib anggap luar biasa PETALING JAYA Pelawak Shuib percaya doa doa bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti henti daripada semua or...
Awal Muharram 1443 Hijrah Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Awal Muharram 1443 Hijrah Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 633 hits
1 Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Mekah ke Kota Madinah Masih ingat lagi lirik lagu maal hijrah menyingkap sejarah yang akan dinyanyikan setiap kali tiba Awal Muharram waktu se...
Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 307 hits
Panduan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Alhamdulillah petang ni KakYa rasa gembira dan teruja dapat berkongsi panduan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah untuk pembaca blog KakYa Semoga sedikit sebanyak apa yang KakYa kongsikan akan...
Jangan Dilupakan 3 Doa Ketika Sujud

Jangan Dilupakan 3 Doa Ketika Sujud

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 677 hits
Berdoa adalah cara kita meminta yang cukup mendekatkan diri kita kepada Allah Doa merupakan senjata agung bagi orang mukmin dan amat digalakan untuk kita perbanyakkan dengan berdoa dalam kehidupan seharian kita Berdoa juga adalah merapatkan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan